Jeffrey Warren "Jeff" Daniels (lahir Februari 19, 1955) ialah seorang pelakon, ahli muzik dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau mengasaskan syarikat teater bukan keuntungan, Purple Rose Theatre Company di Michigan. Beliau telah berlakon dalam beberapa produksi pentas dan telah dicalonkan Anugerah Tony bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonan Broadway, God of Carnage (2009).

Jeff Daniels
Daniels pada tahun 2013
Kelahiran
Jeffrey Warren Daniels

(1955-02-19) 19 Februari 1955 (umur 69)
PekerjaanPelakon, ahli muzik, pengarang drama
Tahun aktif1977–sekarang
PasanganKathleen Rosemary Treado (k. 1979)
Laman web rasmiwww.jeffdaniels.com

Penampilan filem pertamanya adalah pada tahun 1981 dalam Ragtime manakala filem-filem terbarunya adalah Steve Jobs dan The Martian pada tahun 2015. Untuk kerjanya, beliau telah menerima empat pencalonan Anugerah Golden Globe termasuk kategori Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki dalam Filem—Komedi/Muzikal untuk The Purple Rose of Cairo (1985). Belia juga menerima pencalonan Screen Actors Guild, Anugerah Satelit dan beberapa yang lain untuk kerjanya dalam The Squid and the Whale. Beliau berlakon sebagai suami Debra Winger dalam filem 1983 yang memenangi Oskar, Terms of Endearment. Baru-baru ini, beliau membintangi sebagai Will McAvoy dalam siri televisyen HBO, The Newsroom dimana beliau dicalonkan Anugerah Primetime Emmy bagi kategori Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri pada tahun 2013.

Kehidupan awal sunting

Daniels dilahirkan di Athens, Georgia, anak lelaki kepada Marjorie J. (née Ferguson) dan Robert Lee "Bob" Daniels.[1][2] Beliau menetap di Georgia selama enam minggu[3] dan membesar di Chelsea, Michigan. Beliau menghadiri Universiti Michigan Tengah. Ketika musim panas tahun 1976, Daniels menghadiri Universiti Michigan Timur.

Karier sunting

Karier pentas sunting

Daniels telah membintangi beberapa produksi New York. Di dalam Broadway, beliau muncul dalam Redwood Curtain, The Golden Age dan Fifth of July, dimana beliau memenangi Anugerah Drama Desk bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Di luar Broadway, beliau menerima pencalonan Anugerah Drama Desk untuk Lemon Sky, dan satu Anugerah Obie untuk lakonannya dalam Johnny Got His Gun. Beliau kembali ke pentas pada tahun 2009, muncul dalam God of Carnagebersama Marcia Gay Harden, Hope Davis dan James Gandolfini.

Pada tahun 1991, beliau mengasaskan [4] Purple Rose Theatre Company, sebuah syarikat pentas bukan keuntungan di Chelsea, Michigan. Beliau adalah pengarah eksekutif PRTC dan telah menulis 15 lakonan pentas untuk mereka.

Karier filem sunting

Daniels membuat penampilan filem pertamanya dalam Ragtime pada tahun 1981. Seterusnya, beliau muncul dalam filem yang memenangi Oskar, Terms of Endearment dimana beliau melakonkan watak suami Debra Winger. Daniels kemudiannya mendapat pencalonan Golden Globe untuk lakonanya dalam Purple Rose of Cairo, diarahkan oleh Woody Allen.

Daniels mendapat pencalonan Golden Globe keduannya untuk lakonannya dalam Something Wildsebagai Charles Driggs. Daniels kemudiannya membintangi filem komedi seram, Arachnophobia pada tahun 1990. Pada tahun berikutnya, Daniels membintangi dua filem (Love Hurts dan The Butcher's Wife) dan menjadi hos rancanagn komedi sketsa NBC, Saturday Night Live.

Peranan terkenal Daniels seterusnya adalah sebagai Kolonel Joshua Chamberlain dalam Gettysburg. Filem ini juga dibintangi Tom Berenger, Martin Sheen, Stephen Lang dan Sam Elliot. Filem dua bahagian ini sangat popular di televisyen sehinggakan filem berdurasi 262-minit ini mendapat tayangan teater. Daniels menyambung wataknya sebagai Chamberlain sepuluh tahun kemudian dalam filem prekuel, Gods and Generals.

Pada tahun 1994, Daniels membintangi salah satu filemnya yang berjaya dari segi komersial, Dumb and Dumber bersama Jim Carrey. Pada tahun yang sama, Daniels muncul bersama Keanu Reeves dalam Speed. Filem ini juga dibintangi Dennis Hopper dan Sandra Bullock. Speed mengutip $350 juta di box office.

Daniels kemudiannya menjadi hos Saturday Night Live buat kali kedua sebelum tayangan filem 1996, 101 Dalmatians. Filem ini mengutip $320 juta. Juga pada tahun 1996, Daniels muncul dalam Fly Away Home. Daniels kemudiannya muncul dalam filem 1997, Trial and Error.

Daniels muncul dalam filem 1998, Pleasantville sebagai Bill Johnson. Filem ini juga dibintangi Reese Witherspoon, Joan Allen dan Don Knotts. Pleasantville merupakan salah satu filem yang menerima ulasan terbaik pada tahun itu, dicalonkan tiga Anugerah Akademi. Daniels kemudiannya membintangi bersama Christopher Lloyd dalam My Favorite Martian.

Daniels kemudiannya membitang filem TV, The Crossing, Cheaters dan filem terus-ke-video, Chasing Sleep. Pada awal era 2000an, Daniels mula memberi tumpuan lebih kepada kerja teater di Purple Rose Theatre serta menulis, membintangi dan mengarah Escanaba in da Moonlight dan Super Suckers.

Peranan besar filem Daniels seterusnya adalah dalam Blood Work. Filem ini menerima ulasan bercampur dan gagal dari segi komersial. Beliau kemudiannya membintangi The Hours bersama Nicole Kidman, Meryl Streep dan Julianne Moore. Filem ini mengutip $100 juta. Gods and Generals menyusul pada tahun 2003 serta filem aksi I Witness. Daniels kemudiannya membintangi Imaginary Heroes dan filem televisyen 2004, The Five People You Meet in Heaven.

Pada tahun 2005, Daniels membintangi The Squid and the Whale. Daniels menerima pencalonan Golden Globe ketiganya untuk filem ini. Pada tahun yang sama, Daniels membintangi filem keluarga, Because of Winn-Dixie. Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam Good Night and Good Luck, diarahkan oleh George Clooney.

Daniels kemudiannya membintangi RV diarahkan oleh Barry Sonnenfeld. Beliau mempunyai peranan sokongan dalam Infamous dan dalam dua filem bebas, Mama's Boy dan The Lookout, dimana beliau dicalonkan Anugerah Satelit.

Daniels kemudiannya menyuarakan watak Zartog dalam filem animasi, Space Chimps. Daniels kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam filem thriller politik: Traitor bersama Don Cheadle dan State of Play bersama Russell Crowe dan Rachel McAdams. Juga pada tahun 2009, Daniels muncul dalam Away We Go. Daniels mempunyai peranan sokongan dalam Howl bersama James Franco sebagai Allen Ginsberg. Pada tahun 2014, Daniels menyambung wataknya sebagai Harry Dunne dalam Dumb and Dumber To.

Daniels melakonkan watak CEO John Sculley, dalam filem biografi 2015, Steve Jobs, diarahkan oleh Danny Boyle dan dibintangi Michael Fassbender. Beliau melakonkan watak David dalam filem dua bahagian siri Divergent bertajuk Allegiant.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Daniels berkahwin dengan Kathleen Rosemary Treado,[6] sejak tahun 1979. Pada tahun 1986, Daniels berpindah ke Chelsea, Michigan dimana pasangan ini menetap. Mereka mempunyai tiga orang anak: Benjamin (lahir 1984), Lucas (lahir 1987) dan Nellie (lahir 1990).

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1981 Ragtime P. C. O'Donnell
1983 Terms of Endearment Flap Horton
1985 The Purple Rose of Cairo Tom Baxter/Gil Shepherd
1985 Marie Eddie Sisk
1986 Something Wild Charles Driggs
1986 Heartburn Richard
1987 Radio Days Biff Baxter
1988 The House on Carroll Street Cochran
1988 Sweet Hearts Dance Sam Manners
1989 Checking Out Ray Macklin
1990 Arachnophobia Ross Jennings
1990 Welcome Home, Roxy Carmichael Denton Webb
1991 Love Hurts Paul Weaver
1991 The Butcher's Wife Dr. Alex Tremor
1992 Timescape Ben Wilson juga dikenali sebagai Grand Tour: Disaster in Time
1992 There Goes the Neighborhood Willis Embry
1993 Rain Without Thunder Jonathan Garson
1993 Gettysburg Kolonel Joshua Chamberlain
1994 Speed Harry Temple
1994 Dumb and Dumber Harry Dunne
1995 Redwood Curtain Lyman Fellers
1996 Fly Away Home Thomas Alden
1996 2 Days in the Valley Alvin Strayer
1996 101 Dalmatians Roger Dearly
1997 Trial and Error Charlie Tuttle
1998 Pleasantville Bill Johnson
1999 My Favorite Martian Tim O'Hara
1999 It's the Rage Warren Harding
2000 Chasing Sleep Ed Saxon
2001 Escanaba in da Moonlight Reuben Soady Juga penulis dan pengarah
2002 Super Sucker Fred Barlow Juga penulis dan pengarah
2002 Blood Work Jasper "Buddy" Noone
2002 The Hours Louis Waters
2003 Gods and Generals Lt. Kolonel Joshua Chamberlain
2003 I Witness James Rhodes
2004 Imaginary Heroes Ben Travis
2004 The Five People You Meet in Heaven The Blue Man
2005 The Squid and the Whale Bernard Berkman
2005 Because of Winn-Dixie The Preacher
2005 Good Night, and Good Luck Sig Mickelson
2006 RV Travis Gornicke
2006 Infamous Alvin Dewey
2007 The Lookout Lewis
2007 Mama's Boy Mert Rosenbloom
2007 A Plumm Summer Pencerita
2008 Space Chimps Zartog Suara
2008 Traitor Carter
2009 State of Play George Fergus
2009 The Answer Man Arlen Faber
2009 Away We Go Jerry Farlander
2009 Paper Man Richard Dunn
2010 Howl Profesor David Kirk
2012 Looper Abe
2013 Quad Mickey
2014 Dumb and Dumber To Harry Dunne
2015 Steve Jobs John Sculley
2015 The Martian Teddy Sanders
2016 The Divergent Series: Allegiant David

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1980 Breaking Away Budak Kolej Episod: "Pilot"
1980 Hawaii Five-O Neal Forrester Episod: "The Flight of the Jewels"
1982 American Playhouse Jed Jenkins Episod: "The Fifth of July"
1989 No Place Like Home Mike Filem televisyen
1991 Saturday Night Live Hos Episod: "Jeff Daniels/Color Me Badd"
1992 The Jackie Presser Story Tom Noonan Filem televisyen
1993 Frasier Doug Episod: "Here's Looking at You"
1995 Saturday Night Live Hos Episod: "Jeff Daniels/Luscious Jackson"
2000 The Crossing George Washington Filem televisyen
2000 Cheaters Dr. Gerard Plecki Filem televisyen
2004 The Goodbye Girl Elliot Garfield Filem televisyen
2008 Sweet Nothing in My Ear Dan Miller Filem televisyen
2012–2014 The Newsroom Will McAvoy 25 episod
2015 The Late Late Show with James Corden Will McAvoy/Harry Dunne Sketsa: "The Newsroom Gets Dumb & Dumber" (Oct 13, 2015)

Rujukan sunting

  1. ^ "Robert Lee Daniels Obituary: View Robert Daniels's Obituary by AnnArbor.com". Obits.mlive.com. Dicapai pada January 26, 2013.
  2. ^ Lai, Daniel (September 1, 2012). "Bob Daniels, Chelsea Lumber Owner, Dies at Age 83 - Chelsea, MI Patch". Chelsea.patch.com. Dicapai pada January 26, 2013.
  3. ^ "NewsBank for AJC". Nl.newsbank.com. Dicapai pada January 26, 2013.
  4. ^ "Live, Professional Stage Theatre in Chelsea, Michigan - The Purple Rose Theatre Company". Purplerosetheatre.org. Dicapai pada 2015-08-01.
  5. ^ "Jeff Daniels Joining 'Divergent' Series in Key Role (Exclusive)′". Dicapai pada April 28, 2015.
  6. ^ "Jeff Daniels Wife and Children". wagcelebritycom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-07. Dicapai pada August 26, 2013.

Pautan luar sunting