Jeffrey Ahmad Maikel atau dikenali sebagai Jeffrey Little (lahir 16 Oktober 1980) merupakan seorang pemuzik, penerbit rakaman dan ahli perniagaan Malaysia kacukan Melayu dan Inggeris. Beliau merupakan salah seorang pengasas dan ahli kumpulan Prana yang mana beliau merupakan pemain meja pusingnya, bersama adiknya, Jeremy yang merupakan pemain dram. Bersama kumpulan ini, beliau merakamkan tiga album - Have A Nice Jay Walk (2001), Greenhouse Effect (2003) dan Disc 03 (2005).

Jeffrey Little
Kelahiran
Jeffrey bin Ahmad Maikel

(1980-10-16) 16 Oktober 1980 (umur 39)
WarganegaraMalaysia-England
Nama lainJeff
PekerjaanPemuzik, usahawan, penerbit rakaman
Tahun aktif1999–kini
Terkenal keranapengasas bersama Laguna Music
Ibu bapa
  • Rosnah Mohamad (ibu)
  • Mick Little (bapa)
SaudaraJeremy Little (adik)

Dilahirkan di England kepada bapa berketurunan Inggeris dan ibu berbangsa Melayu, Jeffrey bersama adiknya, Jeremy Little menubuhkan syarikat rakaman Laguna Music pada 2002 yang menaungi Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion dan Guba Rawantas. Dua beradik ini juga mengendalikan studio rakaman mereka, Greenhouse Studio di Ampang, Selangor di mana Jeffrey mengendalikan penerbitan studio, manakala adiknya mengendalikan pemasaran dan pengedaran.[1]

DiskografiSunting

Sebagai penerbitSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ben Liew (21 September 2015). Laguna Music’s Long & Uneasy Life of Producing Local Music Juice Online. Dicapai pada 21 September 2015.

Pautan luarSunting