Jejak Karmila (novel)

Jejak Karmila ialah novel oleh penulis novel Malaysia, Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Novel ini diterbitkan oleh BesQ Publication. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.

Jejak Karmila
Umum
PengarangNilam Himawari, Rizal Wan Ramli
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreDrama, misteri
Penerbitan
PenerbitBesQ Publication
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672052012

Sinopsis sunting

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian ALLAH SWT. Apabila ada yang merana di ‘dalam’ sana, yang di ‘luar’ ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilau. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah, dia beralih pula pada gadis lain.

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja terbongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Siapa sebenarnya Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya? Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri.

Keluaran dan legasi sunting

Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Zehra bermula 12 Julai 2013 di TV3, dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies Farehah dan Asyraf Aley.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Jejak Karmila (TV3)". My Infotaip. 10 Januari 2017. Dicapai pada 2 Mac 2017.