Buka menu utama
Pelepasan jelaga dalam asap sebuah lori diesel besar tanpa dipasang penapis partikel

Jelaga ialah jisim zarah karbon tidak tulen yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap hidrokarbon.[1] Ia lebih merujuk kepada hasil proses pembakaran fasa gas[petikan diperlukan] tetapi ia biasanya termasuk sisa zarah bahan api terpirolisis seperti arang batu, senosfera, kayu hangus dan kok petroleum yang mungkin dibawa udara sewaktu pirolisis yang lebih dikenal pasti sebagai kok atau bahan hangus (char).

Jelaga menyebabkan kanser dan penyakit paru-paru, malah ia juga merupakan penyebab pemanasan global buatan manusia kedua terbesar.[2]

SumberSunting

Jisim bawaan udara ini datang dari banyak sumber yang semuanya terhasil daripada pirolisis seperti pembakaran arang batu, pembakaran sampah, pembakaran luar terbuka sama ada dalam skala besar (kebakaran hutan, misalnya) atau kecil mahupun dalaman (seperti dalam relau atau pendiang, lilin, lampu minyak, dapur masakan dan sebagainya) serta juga pelepasan daripada eksos kenderaan.[3]

BahayaSunting

Jirim zarah jelaga menjadi tumpuan serius kepada kesihatan manusia disebabkan impak yang langusng dan meluas pada organ-organ pernafasan. Pakar-pakar kesihatan dahulunya mengaitkan PM10 (diameter < 10 μm) dengan penyakit paru-paru kronik, kanser paru-paru, influenza, asma dan kadar kematian yang meningkat; namun kaitan tersebut kini lebih berhubung dengan zarah yang bersaiz halus (PM2.5) atau lebih kecil (PM0.1) mengikut kajian yang dilakukan kini.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b Omidvarborna; dll. "Recent studies on soot modeling for diesel combustion". Renewable and Sustainable Energy Reviews. 48: 635–647. doi:10.1016/j.rser.2015.04.019. 
  2. ^ Bond, T. C.; Doherty, S. J.; Fahey, D. W.; Forster, P. M.; Berntsen, T.; Deangelo, B. J.; Flanner, M. G.; Ghan, S.; Kärcher, B. (2013). "Bounding the role of black carbon in the climate system: A scientific assessment". Journal of Geophysical Research: Atmospheres. 118 (11): 5380. doi:10.1002/jgrd.50171. 
  3. ^ Omidvarborna; dll. "Characterization of particulate matter emitted from transit buses fueled with B20 in idle modes". Journal of Environmental Chemical Engineering. 2 (4): 2335–2342. doi:10.1016/j.jece.2014.09.020.