Jelita adalah tajuk drama bersiri keluaran Sinemart yang ditayangkan secara stripping (setiap hari) di televisyen swasta di Indonesia, iaitu RCTI, pada pukul 18.00. Lihat Daftar adaptasi drama bersiri. Drama bersiri ini juga dapat ditonton di TV3 pada pukul 3.30 petang.

Jelita
GenreCinta
Keluarga
Dendam
PengarahDoddy Djanas
Dibintangi oleh
Agnes Monica
Dirly
Gading Marten
Diva Nadia
Ketrin Agustine
Cindy Fatika Sari
Lia Kartika
Hanna Hasyim
Lagu pembukaan"Matahariku" nyanyian Agnes Monica
Lagu penutup"Matahariku" nyanyian Agnes Monica
Negara asal Indonesia
BahasaIndonesia
Bilangan episod57
Penerbitan
PenerbitLeo Sutanto
LokasiJakarta
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Sinemart
Penyiaran
Saluran asalRCTI
Sky TV
TV3 (Malaysia) (2009)
Siaran asal24 Mac 2008 – 02 Mei 2008
Kronologi
MengikutiDiva
Diikuti olehGara-Gara Cinta

Pelakon sunting

Plot sunting

Templat:Spoiler Jelita adalah seorang gadis yang cantik, ceria, bersemangat, berani, berjiwa sosial tinggi, penolong, dan rela melakukan apa saja untuk membela sahabat-sahabatnya. Satu hal yang paling dibenci Jelita adalah orang kaya, kerana sejak kecil ibunya, Rima, selalu mengajarkan pada Jelita bahawa orang kaya itu sombong dan selalu mementingkan dirinya sendiri, dan hanya akan membuat gadis miskin menderita.

Sebenarnya Rima bukan ibu kandung Jelita. Ibu kandung Jelita adalah Lirna, sahabat Rima. Sebenarnya Lirna adalah seorang wanita yang baik hati, tapi dia lalu tertipu oleh seorang pemuda kaya yang menikahinya cuma untuk mempermainkannya. Bahkan hubungannya dengan pemuda itu telah menyebabkan salah faham, yang menyebabkan Lirna terpaksa menderita di penjara selama belasan tahun. Lirna berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, sehingga menyebabkan dia menjadi tertuduh atas pembunuhan suami Kartika, Rizal.

Kartika yang mengira Lirna adalah pembunuh suaminya sangat berdendam kepada Lirna. Dia bersumpah tidak akan pernah memaafkan Lirna dan membiarkan Lirna hidup tenang. Bahkan dia tak henti-hentinya mendoktrin putra tunggalnya, Bayu, agar membenci pembunuh bapanya dan seluruh keluarganya, bahawa dia tidak boleh berhubungan dengan mereka, walau apapun yang terjadi.

Beberapa bulan setelah dia menderita di penjara, Lirna baru tahu bahawa dia hamil. Tidak ingin bayinya dibesarkan dalam lingkungan penjara, Lirna pun memberikan bayiitu kepada Rima. Namun Lirna meminta Rima merahsiakan soal Jelita kepada semua orang.

Waktu berlalu. Jelita membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Suatu hari, tanpa sengaja dia bertemu dengan Bayu. Tanpa mengetahui latar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadian diantara mereka tidak disangka-sangka malah menyebabkan tumbuhnya benih-benih cinta diantara mereka.

Sementara itu, Rima yang sudah berumur mulai menghidapi penyakit. Dia menderita penyakit barah yang tidak boleh disembuhkan lagi. Dalam batinnya, Rima merasa terseksa, kerana dia masih menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui seorangpun.

Saat sakit Rima semakin parah, Rima pun akhirnya memutuskan untuk memberitahu suaminya, Rano. Tapi malang, belum sempat menyelesaikan perkataannya, Rima sudah meninggal. Kerana itu, maklumat yang sampai di telinga Rano hanyalah kata-kata bahawa salah satu dari puteri mereka bukan puteri kandung Rano. Rano menanggapi kata-kata Rima dalam maksud yang berbeza, dia mengira isterinya telah curang. Kekecewaan Rano menimbulkan konflik baru. Sikap Rano terhadap puteri-puterinya jadi berubah dingin dan menjauh kerana dia mengira salah satu dari mereka adalah hasil kecurangan.

Bagaimanakah kelanjutan cerita ini? Apakah rahsia Rima pada akhirnya akan terbongkar? Bagaimanakah kelanjutan hubungan Bayu dan Jelita? Saat Kartika mengetahui hubungan mereka, apakah Kartika akan menyetujuinya? Bagaimana reaksi Bayu saat mengetahui bahawa Jelita adalah puteri kepada orang yang sudah membunuh bapanya? Apakah dia tetap akan mempertahankan hubungannya dengan Jelita, ataukah berubah membencinya?

Pautan luar sunting