Jemput-jemput udang
Jemput-jemput udang atau juga dikenali sebagai cucur udang, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak masak. Jemput-jemput udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau segar. Ia turut dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiznya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
Nama alternatif | Jejemput udang Cucur udang Cekodok udang |
---|---|
Tempat asal | ![]() |
Suhu penghidangan | Panas atau Sejuk |
Bahan utama | Udang Tepung gandum |
144 kcal (603 kJ) | |
![]() ![]() |
Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur.
GaleriSunting
Pautan luarSunting
- (Melayu) Resepi di Kuali.
- (Melayu) Resepi jemput udang geragau.