Jeneral Artileri (Jerman)

General der Artillerie (bm: Jeneral Artileri) boleh dikategorikan:

General der Artillerie
(Jeneral Artileri)
Insignia pangkat Heer

1. Sejenis pangkat Jeneral pasukan cawangan tiga bintang, setanding dengan gred OF-8 angkatan tentera moden, dalam Tentera Darat Imperial, Reichswehr atau Wehrmacht - pangkat tetap kedua tertinggi dibawah Generaloberst. Pegawai kavalri yang berpangkat setaraf dipanggil jeneral kavalri, dan pegawai infantri yang berpangkat setaraf dipanggil jeneral infantri. Pihak Wehrmacht juga mempunyai General der Panzertruppe (pasukan armor), General der Gebirgstruppe (pasukan gunung), General der Pioniere (jurutera), General der Fallschirmtruppe (pasukan payung terjun), General der Nachrichtentruppe (pasukan semboyan). Pada hari ini dalam Bundeswehr, pangkat Leftenan Jeneral bersamaan dengan pangkat tradisi jeneral artileri. Tidak terdapat pangkat setara dalam tentera darat Jerman Timur, kerana ia telah digabungkan dengan pangkat Generaloberst.

pangkat junior
Generalleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
General der Artillerie

pangkat senior
Generaloberst

2. dalam Bundeswehr, posisi seorang pegawai artileri yang bertanggungjawab bagi permasalahan tertentu latihan trup dan kelengkapan, biasanya dengan pangkat Brigadegeneral. Posisi jeneral artileri adalah berkaitan dengan komander sekolah artileri. Posisi sepadan juga wujud bagi cawangan lain tentera darat. Oleh kerana penggunaan ini merujuk kepada sesuatu posisi yang bukan pangkat, seseorang Oberst kadangkala menjadi "Jeneral..." jenis pasukan masing-masing. Cara panggilan biasanya Herr General dan/atau Herr Oberst ; cara panggilan Herr General der Artillerie adalah tidak lazim, kerana ia tidak merujuk pada pangkat.

Lihat juga sunting