Jeneral Ketumbukan (Perancis)

Général d'armée (Jeneral ketumbukan) adalah pangkat tentera aktif tertinggi Tentera Darat Perancis.

Jeneral Ketumbukan
Général d'armée
Insignia pangkat Pangkat pegawai Perancis
Diperkenalkan 6 Jun 1939
Kumpulan pangkat Pegawai jeneral
Tentera Darat / Tentera Udara Général d'armée/Général d'armée aérienne
Tentera Laut Amiral
Persamaan
NATO
OF-9
Tentera Darat Jeneral
Tentera Udara Ketua Marsyal Udara
Tentera Laut Laksamana

Secara rasmi, général d'armée bukanlah sejenis pangkat (gred dalam bahasa Perancis), tetapi satu kedudukan dan gaya (rang et appellation) yang dianugerahkan kepada sesetengah généraux de division (jeneral divisyen, yang merupakan pangkat substantif tertinggi) yang memimpin markas pasukan yang penting, seperti ketua staf tentera (chef d'état-major de l'armée de terre) atau ketua staf am (chef d'état-major des armées). Persamaan pangkat Tentera Udara ialah Général d'armée aérienne dan Tentera Laut ialah Amiral.

Hanya Marsyal Perancis (Maréchal de France) yang lebih tinggi; namun, Marsyal Perancis bukanlah sejenis pangkat, tetapi suatu penghormatan Negara (dignité dans l'État), kini tidak lagi dikurniakan. Ia dianggap sebagai gelaran kehormat dan bukannya pangkat tentera sebenar. Susunan tujuh bintang dipaparkan pada lencana jeneral tentera darat oleh Marsyal Perancis.

Sejarah sunting

Pangkat ini telah dizahirkan pada 6 Jun 1939 oleh satu dekri[1] yang diterbitkan dalam Journal Officiel de la République Française, susulan dari laporan Menteri Perang, Menteri Tentera Laut dan Menteri Tentera Udara. Mereka membuat kesimpulan bahawa hierarki yang lebih tinggi adalah lebih kerap berhubung dengan negara-negara lain, yang sering mempunyai lebih dari dua pangkat jeneral. Oleh itu, dua kedudukan dan gaya dizahirkan untuk tujuan isu ini : Général d'armée dan Général de corps d'armée.

Penerangan lencana sunting

 
Lencana bagi Gendarmerie Général d'armée

Pangkat général d'armée memaparkan lima bintang pada lencana bahu .[a] Sebutan penggunaan semasa "enam bintang dibenarkan bagi jeneral ketumbukan yang memerintah sektor Paris" adalah satu legenda, bintang keenam ini tidak pernah wujud.[2]

Pangkat dalam Gendarmerie Nasional juga memaparkan simbol bom tangan emas di atas susunan bintang-bintang itu.

Lain-lain sunting

Gelaran jeneral ketumbukan (army general) di Perancis dan tempat lain tidak boleh dikelirukan dengan pangkat Jeneral Tentera Darat (General of the Army), yang lebih kanan, dan setaraf dengan Marsyal atau Fil Marsyal negara lain. Pangkat "jeneral tentera darat" secara teorinya bersamaan dengan memerintah keseluruhan tentera darat nasional bersama beberapa ketumbukan di medan perang, manakala gelaran "jeneral ketumbukan" hanya secara teorinya bersamaan dengan memerintah sebuah ketumbukan sahaja di medan perang.

Pemegang pangkat terkenal sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ The number of stars should not be compared with the ranks of generals of other NATO countries; the général d'armée is a NATO "OF-9" rank, denoted in other NATO armies by 4 stars
    See Army general

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "a" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "b" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan a tidak disediakan
  2. ^ French MOD "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-27. Dicapai pada 2009-04-26.CS1 maint: archived copy as title (link)»