Jeneral pasukan cawangan

Istilah "Jeneral pasukan cawangan" atau "jeneral cabang tentera" merujuk pada sejenis pangkat yang bersamaan dengan tiga bintang Leftenan Jeneral atau jeneral empat bintang. Beberapa negara membahagi, atau beberapa kali dibahagikan, para pegawai jeneral mereka dengan kelayakan memerintah pasukan cawangan, atau hanya sebagai gelaran kehormat.

Austria-Hungary sunting

 
Insignia kolar "jeneral pasukan cawangan" Austria-Hungary

Di dalam Tentera Darat Austria-Hungary terdapat tiga pangkat jeneral pasukan cawangan dari tahun 1867 hingga 1918:

Dari segi sejarah, pangkat jeneral artileri (Jerman: Feldzeugmeister; secara harfiah "battlefield ordnance master"; "gun master";[Note 1] dalam bahasa Hungary Táborszernagy) adalah setaraf dengan Leftenan Jeneral.[1] Dalam bahasa Perancis, ungkapan sepadan ialah grand maitre d'artillerie, digunakan sejak zaman Philip VI dari Perancis. Posisi ini dalam bahasa Inggeris ialah Master-General of the Ordnance

Bulgaria sunting

Negara Bulgaria Ketiga daripada penubuhannya pada tahun 1878 mempunyai pangkat tertinggi tentera iaitu "general" (bahasa Bulgaria: генерал), tetapi pada tahun 1897 pangkat ini telah dipecahkan kepada tiga gred - Jeneral Infantri (генерал от пехотата), Jeneral Kavalri (генерал от кавалерията) dan Jeneral Artileri (генерал от артилерията). Pangkat tersebut telah digantikan selepas Perang Dunia II, apabila Bulgaria jatuh kedalam lingkungan pengaruh Soviet, dengan merangkumi semua pangkat jeneral.

Finland sunting

Jeneral penuh (4 bintang; NATO OF-9) didalam tentera Finland telah dikelasifikasikan sebagai Jeneral Infantri (jalkaväenkenraali), Jeneral Kavalri (ratsuväenkenraali), Jeneral Jaeger (jääkärikenraali) dan Jeneral Artileri (tykistönkenraali). Sekarang gelaran tersebut hanyalah bersifat kehormat, dan hanya satu jeneral 4 bintang yang aktif pada satu-satu masa dalam angkatan tentera moden Finland.

Jerman sunting

Jeneral pasukan cawangan
(papan bahu dan pelapik gorjet)
           
Heer Luftwaffe Waffen-SS

Di dalam Wehrmacht Jerman seorang "jeneral pasukan cawangan" (General der Waffengattung) telah dihubungkan dengan pasukan perkhidmatan Heer (tentera darat) dan Luftwaffe (tentera udara), bergantung dari mana pegawai itu berkhidmat dan jenis pasukan apa yang beliau (secara nominal) perintah. Ia setaraf dengan pangkat tiga bintang laksamana dalam Nazi Kriegsmarine, dan SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS dalam Waffen-SS. Seorang panglima (Kommandierender General atau Befehlshaber) sebuah kor Jerman biasanya menyandang pangkat ini.

Tentera Darat
Tentera Udara

Poland sunting

 
Lencana pergelangan generał broni Poland

Di dalam angkatan tentera Poland pangkat yang setaraf dengan Leftenan Jeneral ialah generał broni ("jeneral pasukan cawangan").[Note 2]

Empayar Rusia sunting

 
"Jeneral pasukan cawangan", Tentera Darat Imperial Rusia

Peter the Great mengzahirkan pangkat Jeneral Infantri dan Jeneral Kavalri dalam Tentera Darat Imperial Rusia pada tahun 1699.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ The term is German. Feld- means battlefield, as used in the German Feldmarschall ("field marshal"), and -zeug- refers to the guns used by the artillery
  2. ^ Polish broń means both "weapons, firearms" and "branch of troops"; in this context the meaning is clearly "general of a branch of troops", not "general of weapons"

Rujukan sunting

  1. ^ Lackey, Scott (1995). The Rebirth of the Habsburg Army: Friedrich Beck and the Rise of the General Staff. ABC-CLIO. m/s. 1. ISBN 0313031312. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Templat:Pangkat tentera mengikut negara