Jeryl Lee Pei Ling (Cina: 李佩玲; lahir 23 Mei 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Rifle Range, Pulau Pinang. Sepanjang kerjaya nyanyiannya, beliau banyak terlibat dalam pelbagai pertandingan nyanyian tempatan dan antarabangsa.[1]

Jeryl Lee
Nama asal李佩玲
Nama lahirJerry Lee Pei Ling
Juga dikenali sebagai
Li Peiling
Kelahiran (2000-05-23) 23 Mei 2000 (umur 23)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
GenrePop, R&B, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
OnMuse
Pengkarya berkait
Masya Masyitah, Dennis Lau

Kerjaya sunting

Jeryl Lee mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia 10 tahun.[2] Pada tahun 2012, beliau mengambil bahagian dalam Chinese Million Stars edisi kedua dan menjadi satu-satunya penyanyi Malaysia yang dijemput ke stadium.[3]

Pada tahun 2014, beliau menyertai Watercube Singing Contest for Overseas Chinese Teenagers, memenagi pertandingan dan juga sebagai peserta termuda.[4]

Lee menjadi salah seorang peserta China Dream Show musim kelapan pada tahun yang sama, dengan menyanyikan lagu "Brave" oleh Zhang Huimei. Beliau menyatakan impiannya ialah untuk mencari seorang guru muzik di China untuk mengajarnya menyanyi. Zhou Libo mencadangkan penerbit muzik Huang Yi, yang telah mencipta lagu untuk penyanyi terkenal, mencipta lagu untuk beliau. Beliau mendapat 289 undian (300 untuk undian penuh dan 240 merealisasikan impiannya).

Pada 2016, Jeryl mengambil bahagian dalam Sing! China musim pertama, memenangi kejohanan Team Naying, dan menjadi pelajar enam teratas. Beliau menyanyikan lagi "Let it Go"; beliau juga ialah pelajar asing paling popular dalam musim itu.[4]

Beliau mengikat kontrak bersama OnMuse pada November 2016. Album studio pertamanya, SAY.Listen dikeluarkan pada 21 April 2018. Beliau kemudian mengadakan jelajah pertamanya yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[5][6]

Pada tahun sama, Jeryl Lee telah dipelawa untuk menyanyikan lagu tema "We Are The Ones" untuk Minggu Kebudayaan ASEAN 2018 dan menjadi penyanyi Malaysia pertama yang menjalani penggambaran muzik video di Beijing.

Jeryl berkolaborasi bersama pemain biola, Dennis Lau menerusi lagu bertajuk "I Wanna Be Free", yang dihasilkan berdasarkan personaliti semangat bebas beliau. Ia dikeluarkan pada Jun 2019.[7]

Beliau turut menjayakan konsert jelajah MySista bersama Masya Masyitah yang diadakan pada Oktober dan Disember 2019 di Genting Highlands, Pahang.[8]

Pada 5 Ogos 2020, beliau muncul dengan single, "Respect 1000000" dikeluarkan bagi menghargai sumbangan petugas barisan hadapan memerangi pandemik koronavirus (COVID-19). Jeryl dianugerahkan The BrandLaureate Country e-Branding Awards, kemenangan ini menjadikan beliau, yang hanya berusia 20 tahun, sebagai penyanyi Cina Malaysia pertama untuk menerima anugerah bagi persembahan beliau.[9]

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • SAY.Listen (2020)

Single sunting

  • "Mama" (2017)
  • "Bahu Kiri" (2019) - bersama Masya Masyitah
  • "Sahabat Sejati" (2019) - bersama Masya Masyitah
  • "I Wanna Be Free" (2019) - bersama Dennis Lau
  • "Respect 1,000,000" (2020)

Jelajah sunting

  • The Jeryl & Masya "MY SISTA" Live in Genting (2020)[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Nadee Mode (4 Oktober 2016). "16 year old Lee Pei Ling is making Malaysia proud with her powerful voice" [Lee Pei Ling, 16 tahun, mengharumkan nama Malaysia dengan suara memukaunya] (dalam bahasa Inggeris). Lipstiq. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  2. ^ Samantha Khor (30 September 2016). "Jeryl Lee Pei Ling has been singing since she was 10 years old! Here are her best performances" [Jeryl Lee Pei Ling telah menyanyi sejak berusia 10 tahun! Inilah antara persembahan terbaik beliau] (dalam bahasa Inggeris). SAYS.com. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  3. ^ Dara Wang (16 Oktober 2017). "Rising star's bumpy road to fame" [Laluan untuk kemasyhuran bintang meningkat naik] (dalam bahasa Inggeris). China Daily. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  4. ^ a b S. Indra Sathiabalan (16 Oktober 2020). "Eye on China" [Mengintai China] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Online. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  5. ^ "Jeryl Lee's hard work rewarded with debut album and concert" [Kerja keras Jeryl Lee dikurniakan dengan album sulung dan konsert] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 5 Februari 2018. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  6. ^ Dennis Chua (18 Mei 2018). "Jeryl Lee to rock KL" [Jeryl Lee menggegarkan KL] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  7. ^ Friends of Sevenpie (26 Jun 2019). "Violinist Dennis Lau and songstress Jeryl Lee collaborates with newest hit, "I Wanna Be Free"" [Pemain biola Dennis Lau dan penyanyi Jeryl Lee bekerjasama menerusi lagu baru, "I Wanna Be Free"] (dalam bahasa Inggeris). Sevenpie. Dicapai pada 5 Disember 2019.
  8. ^ "Malaysian singers Jeryl Lee and Masya Masyitah take on China as pop duo My Sista" [Penyanyi Malaysia Jeryl Lee dan Masya Masyitah bertandang ke China sebagai duo pop My Sista] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 23 Disember 2019. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  9. ^ "RESPECT 1,000,000: Interview with Malaysian singer, Jeryl Lee" [HORMAT 1,000,000: Temuramah bersama penyanyi Malaysia, Jeryl Lee] (dalam bahasa Inggeris). The BrandLaureate. 18 September 2020. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  10. ^ Justin (13 Ogos 2020). "Genting to host first live concert since MCO with Jeryl & Masya" [Genting menjadi tuan rumah konsert secara langsung pertama sejak PKP bersama Jeryl & Masya] (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. Dicapai pada 26 November 2020.

Pautan luar sunting