Jesse Spencer

Australian actor

Jesse Gordon Spencer (dilahirkan pada 12 Februari 1979 di Melbourne, Victoria, Australia) ialah seorang pelakon dan pemuzik Australia. Dia paling dikenali kerana watak Dr. Robert Chase yang dipegangnya dalam drama perubatan House dan watak Billy Kennedy dalam drama lipur lara Australia Neighbours.

Jesse Spencer
Kelahiran
Jesse Gordon Spencer

(1979-02-12) 12 Februari 1979 (umur 45)
Melbourne, Victoria, Australia
PekerjaanPelakon, ahli muzik
Tahun aktif1991–kini

Biografi sunting

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Spencer dilahirkan di Melbourne, Victoria, Australia. Ibubapanya Robyn dan Rodney Spencer adalah pengasas parti politik Australians Against Further Immigration dan beberapa kali menerima pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan negeri bagi mewakili parti tersebut dan One Nation.[1] Dia mempunyai dua orang abang, Tarney (ahli pembedahan plastik mata) dan Luke (perunding ortopedik), dan seorang adik perempuan, Polly (perunding anestatik).

Spencer belajar di Sekolah Rendah Canterbury , Sekolah Menengah Malvern dan Scotch College(kolej swasta). Ketika di Kolej Scotch, dia menyertai ujibakat bagi drama lipur lara, Neighbours. Dia terus berusaha mendapatkan kelulusan VCE sambil bekerja dalam rancangan itu dan bergraduasi pada tahun 1997.[perlu rujukan]

Karier sunting

 
Spencer di majlis Anugerah SAG 2009

Lakonan sunting

Sebagai pelakon, Spencer amat dikenali di Australia dan UK sebagai Billy Kennedy dalam drama lipur lara Australia Neighbours, watak yang dimainkannya selama enam tahun dari tahun 1994 hingga 2000. Sejak daripada itu, dia muncul dalam drama Death in Holy Orders, begitu juga filem-filem seperti Winning London, Uptown Girls dan Swimming Upstream.

Sejak 2004, dia memegang watak Dr. Robert Chase dalam drama perubatan Amerika House bersama-sama Hugh Laurie. Dia juga berlakon bersama dengan bekas tunangnya Jennifer Morrison dalam drama House dan filem Flourish.

Muzik sunting

Sehingga 2008, dia menggesek biola untuk Band From TV, sebuah kumpulan muzik yang dibentuk oleh Greg Grunberg dan melibatkan Hugh Laurie yang sama-sama membintangi drama House. Mereka membuat persembahan dalam pelbagai acara sambil menyalurkan bayaran yang diperolehi kepada pelbagai badan kebajikan yang disokong setiap anggota. Kumpulan itu juga membuat persembahan dalam American Idol Gives Back di samping bintang Desperate Housewives Teri Hatcher.

Spencer telah meggesek biola sejak berusia 10 tahun dan juga mampu bermain gitar dan piano.

Anugerah sunting

Dia pernah dicalonkan bagi Anugerah Logie pada tahun 1998 dan 1999 kategori "Pelakon Lelaki Paling Popular" untuk Neighbours. Pada tahun 2005, dia dicalonkan bagi "Persembahan Ledakan TV Pilihan – Lelaki" bagi House M.D. di Anugerah Pilihan Remaja dan dicalonkan pada tahun 2009 di Anugerah Kesatuan Pelakon Layar Perak bagi "Persembahan Menyerlah oleh Kumpulan dalam Siri Drama".

Spencer menerima Anugerah "Boomerang Keemasan" oleh Orang Australia dalam Filem di Anugerah Kejayaan Orang Australia dalam Filem Ke-2 pada 11 Mei 2006, kerana lakonannya dalam House, di samping Jacinda Barrett, James Wan and Leigh Whannell.[2] Pada tahun 2007, dia disenaraikan dalam isu 100 Orang Paling Cantik majalah People.

Kehidupan peribadi sunting

 
Spencer dan Morrison

Spencer bertemu dengan bekas bintang bersama dalam drama House Jennifer Morrison pada Mac 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver , ketika dalam perjalanan untuk penggambaran episod pertama House sebelum mula berpacaran pada Julai 2004.

Mereka bertunang pada 23 Disember 2006 di Paris. Spencer dan Morrison juga mendedahkan bahawa mereka bercadang untuk berkahwin di sebuah estet peribadi di Los Angeles kemudiannya pada tahun 2007. Bagaimanapun, pada Ogos 2007, pasangan tersebut mengumumkan pembatalan pertunangan mereka.[3] Setelah berpacaran selama beberapa bulan, Spencer muncul di Anugerah Emmy 2008 bersama-sama penyanyi British Louise Griffiths. Selepas setahun setengah bersama, pasangan itu berpisah pada April 2010.[perlu rujukan]

Hasil karier sunting

Filem
Tahun Filem Watak Catatan
2000 Lorna Doone Marwood de Whichehalse Untuk tayangan TV
2001 Curse of the Talisman Jeremy Campbell Untuk tayangan TV
Winning London Lord James Browning Jr.
2002 Stranded Fritz Robinson Untuk tayangan TV
2003 Swimming Upstream Tony Fingleton Berdasarkan satu autobiografi
Uptown Girls Neal Fox
Death in Holy Orders Raphael Arbuthnot Untuk tayangan TV
2006 Flourish Eddie Gator
2010 Tell-Tale Lover
2011 The Girl Is in Trouble Nicholas dalam penggambaran
TV
Tahun Judul Watak Catatan
1994 Time Trax Young Bill Episod: "A Close Encounter"
1994–2000 Neighbours Billy Kennedy Watak tetap (1994–2000; 2005)
1998 Hercules: The Animated Series Triten Jr. Episod: "Hercules and the Son of Poseidon"; suara
2002 Always Greener Kyle Episod: "A Death in the Family"
2004–present House Dr. Robert Chase Watak tetap (Musim 1-kini)
2005 Blue Heelers Lee Cruickshank Episod: "Dangerous Animals"
Teater
Tahun Judul Watak Catatan
1991 The King and I Louis State Theatre, Melbourne, Australia.
1992 Winnie the Pooh Christopher Robin The Alexander Theatre (Monash), Australia.
1993 Scrooge Older brother of Tiny Tim The Princess Theatre, Melbourne, Australia.
1998–1999 Peter Pan Peter Pan Hammond Productions (London), White Rocks Theatre, Hastings, UK.
1999–2000 Jack and the Beanstalk Jack Artist Management Group production – Wolverhampton Grand Theatre, UK.
2003 The Modernists Terrance The Crucible Theatre, Los Angeles, California
Video muzik
Tahun Judul lagu Watak Artis
2009 "Still Have My Heart" Doktor gigi Caitlin Crosby
2010 "Say Goodbye" Teman lelaki Katharine McPhee

Rujukan sunting

  1. ^ "Jesse Spencer Biography – Yahoo! Movies". Movies.yahoo.com. Dicapai pada 3 April 2011.
  2. ^ [1] Australians in Film
  3. ^ Jordan, Julie (15 Ogos 2007). "House Costars Call Off Engagement".

Pautan luar sunting