Jibril (drama)

Jibril ialah sebuah siri drama televisyen web aksi Malaysia 2018 arahan Megat Sharizal yang ditayangkan di ntv7. Jibril juga ditayangkan di Viu.[2] Jibril dikatakan merupakan adaptasi daripada Mock Trial UITM yang diadakan pada tahun 2013 yang mendapat sambutan luar biasa, namun Jibril di ntv7 dan Viu mempunyai olahan cerita yang sedikit berbeza, lebih mendalam dan kreatif.

Jibril
GenreDrama
Aksi
PenciptaImran Sheik
PengarahMegat Sharizal
Dibintangi oleh
Aeril Zafrel[1]
Lisa Surihani
Tony Eusoff
Zahiril Adzim
Negara asalMalaysia
Bilangan episod10
Penerbitan
PenyuntingFaizul A. Rashid

Kamil Hashim

Azizul Hafiz Kassim

Farhan Arsad

Saiful Zul Aref

Mohd Haziq

Kamal Hussein Husni

Hanif Hai

Haziq Rahmat

Fatin Farahana

Mohd Azlan Shah
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Konda Kondi Studios Sdn Bhd & Playground Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalntv7, viu
Siaran asal22 Oktober 2018 – 19 November 2018

SinopsisSunting

Mengisahkan seorang peguam, Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ "'AERIL ZAFREL bakal muncul dalam drama Jibril, arahan Megat Sharizal.'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-05. Dicapai pada 5 November 2018.
  2. ^ Viu bakal tayang tiga drama baharu

Pautan luarSunting