Jiwa & Lara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Fauzi Nawawi dan Neelofa, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 13 September 2011 hingga 8 November 2011 menggantikan Ramadhan Terakhir dan digantikan oleh Bunga April.[1]

Jiwa & Lara
GenreDrama
Ditulis olehMahizan Hussain
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Fobia Cinta" oleh Nashrin
Lagu penutup"Fobia Cinta" oleh Nashrin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Luq Adam Heydhani Heykal
  • Sarah Heyrissa Heykal
  • Luqman Haqeem Heykal
Penerbit
  • Heykal Hanifah
  • Bibi Hasnah Muhamad
PenyuntingHarlina Abd Ghani
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 September 2011 – 8 November 2011

Sinopsis sunting

Mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 1980an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah. Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.

Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut. Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.

Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini. Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir. Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.

Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan. Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu. Apakah kesudahan bagi persengketaan antara Zaman dan Jiwa? Apakah cinta Jiwa dan Lara akan bersatu setelah terpisah sekian lama?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (11 September 2011). Drama Bersiri Cinta Elysa & Jiwa Lara Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Disember 2011.