Jjigae (sebutan bahasa Korea: [tɕ͈iɡɛ]) adalah hidangan Korea serupa dengan stu Barat. Terdapat pelbagai jenis tetapi ia biasanya dibuat dengan daging, makanan laut atau sayuran dalam sup yang diperasakan dengan gochujang, doenjang, ganjang atau saeujeot.[1] Jjigae biasanya dihidangkan bersama hidangan lain pada suhu yang panas.

Jjigae
Dubu jjigae (Stu tauhu Korea)
JenisStu
Tempat asalKorea
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging, makanan laut atau sayuran; sup rebusan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jjigae
Hangul찌개
Perumian Semakanjjigae
McCune–Reischauertchigae

Makanan Korea selalunya termasuk sama ada jjigae atau guk. Ketika zaman Joseon, ia mempunyai nama yang lebih tua iaitu jochi dan dua jenis tersebut akan sentiasa hadir untuk surasang Raja.[2]

Pelbagai jenis jjigae biasanya dinamakan mengikut bahan-bahan utama seperti saengseon jjigae (생선찌개) yang dibuat daripada ikan atau dubu jjigae (두부찌개) diperbuat daripada tauhu, atau mengikut sup dan perisa mereka seperti gochujang jjigae (고추장찌개) atau doenjang jjigae (된장찌개).

Kepelbagaian sunting

Mengikut bahan sunting

  • Altang jjigae (알탕찌개), dimasak dengan telur pollock
  • Dubu jjigae (두부찌개), dimasak dengan tauhu pejal[3]
  • Ge jjigae (게찌개), dimasak dengan ketam
  • Kimchi jjigae (김치찌개), dimasak dengan kimchi dan bahan lain.[3]
  • Kongbiji jjigae (콩비지 찌게), dimasak dengan kacang soya
  • Budae jjigae (부대찌개), dimasak dengan sup pedas (haszing duu) dan pelbagai daging dan bahan-bahan lain.[4]
  • Myeongranjeot jjigae (명란젓찌개), dimasak dengan myeongran jeot (telur ikan yang diasinkan)
  • Saengseon jjigae (생선찌개), dimasak dengan fish. Dongtae jjigae (동태찌개) daripada ikan pollock beku
  • Sundubu jjigae (순두부찌개), dimasak dengan tauhu lembut[5]

Mengikut perasa sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Korea) Jjigae at Doosan Encyclopedia
  2. ^ (Korea) Jjigae Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Nate Encyclopedia
  3. ^ a b c d "Korean Food: Stews". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-03.
  4. ^ "From Trash to Delicious Treasure". Hankooki/Korea Times. 2004-12-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-13. Dicapai pada 2013-03-16.
  5. ^ "Donghae,Sokcho". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-03.