Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam ialah seorang ahli politik Malaysia yang sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih kemenangan dalam pilihan raya negeri 2020 pada bulan September 2020. Beliau juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) untuk Kundasang sejak Mac 2004. Beliau ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersekutu dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri. Pada haribulan 12 September 2020, Parti Beliau iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) telah bersetuju untuk menyertai Gabungan di Sabah yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyatupadukan pilihan-pilihan rakyat di Sabah dan menyatupadukan bangsa yang terdapat di Sabah. Oleh yang sedemikian, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah ditubuhkan secara sah di Sabah dengan persetujuan beberapa parti yang ada di Sabah.


Joachim Gunsalam

SPDK, PGDK, ASDK, ADK (Sabah)
Timbalan Ketua Menteri Sabah III
Memegang jawatan
29 September 2020
Berkhidmat dengan
Bung Mokhtar Radin dan Jeffrey Kitingan
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehChristina Liew
Kawasan pilihan rayaKundasang
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah
Memegang jawatan
29 September 2020
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehWilfred Madius Tangau
Kawasan pilihan rayaKundasang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kundasang
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehEwon Ebin
(BNUPKO)
Majoriti1,997 (2004)
1,806 (2008)
1,975 (2013)
255 (2018)
1,422 (2020)
Butiran peribadi
LahirJoachim Gunsalam
Kundasang, Ranau, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Bersatu Sabah (PBS)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
Perikatan Nasional (PN) (sekutu)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan)
PasanganDatin Linda Ewit
PekerjaanAhli politik

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah[1][2][3]
Tahun Kerusi Undi Peratus Pencabar Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Peratus
unjuran
2004 N29 Kundasang, P179 Ranau Joachim Gunsalam (PBS) 3,091 54.12% Kaibi Laiman (SETIA) 1,097 19.21% 5,931 1,997 68.31%
Arimin Moidi (Bebas) 1,075 18.82%
Asidin Teilok (keADILan) 448 7.85%
2008 Joachim Gunsalam (PBS) 3,597 54.77% Japiril Suhaimin (Bebas) 1,791 27.26% 6,780 1,806 70.47%
Karim Adam (PKR) 1,180 17.97%
2013 Joachim Gunsalam (PBS) 4,206 41.93% Satiol Indong (PKR) 2,231 22.23% 10,295 1,975 77.40%
Japiril Suhaimin (SAPP) 2,102 20.96%
Jain Sauting (STAR) 1,117 11.14%
Sam Hondou (Bebas) 288 2.87%
Cleftus Stephen Spine (Bebas) 87 0.87%
2018 Joachim Gunsalam (PBS) 3,971 37.14% Siriman Basir (WARISAN) 3,716 34.76% 11,070 255 74.50%
Japiril Suhaimin (STAR) 2,105 19.69%
Henrynus Amin (PKAN) 733 6.86%
Jinus Sodiong (PKS) 166 1.55%
2020 N36 Kundasang, P179 Ranau Joachim Gunsalam (PBS) 4,332 43.35% Siriman Basir (WARISAN) 2,910 29.12% 9,994 1,422 66.69%
Ewon Ebin (PCS) 2,384 23.85%
Jeafry Goh Kautah (LDP) 293 2.93%
Osman Marajin (USNO Baru) 75 0.75%

Penghargaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sabah [Keputusan Parlimen]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  2. ^ "Keputusan PRU14". election.thestar.com.my.
  3. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  4. ^ Azam Baki dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah