Jodoh Syaitan ialah filem seram komedi Malaysia 2020 arahan Ismail Bob Hashim dengan skrip oleh Epy Kodiang. dibintangi oleh Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Haji Yusoff dan Fauziah Nawi.[1][2] Filem ini merupakan filem kedua terbitan Da Motion Media selepas M4M4 dan dikeluarkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.[3]

Jodoh Syaitan
PengarahIsmail Bob Hasim
Penerbit
PenulisEpy Kodiang
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Da Motion Media
Mula ditayangkan
5 Mac 2020
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Megat, seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan diminta ibunya untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. Pada masa yang sama, Tok Chai bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Tok Chai bagi memenuhi hawa nafsunya.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Menurut penerbit Mokharul Shamsul Mokhtar, dengan pengalaman luasnya sebagai seorang pengurus produksi, beliau memutuskan untuk menerbitkan filem sendiri: "Kalau diikutkan pasaran filem di negara ini tidak menentu, tetapi ia bukan halangan buat saya untuk menghasilkan filem. Lagipun dengan cara ini juga saya dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakan-rakan kru dalam industri,". Ismail Bob Hashim menggalas tugas sebagai pengarah, ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh enam tahun sejak Adnan Sempit Sawadikap (2014). Penggambaran dijalankan bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.[4][5]

RujukanSunting

  1. ^ Nur Asyikin Mayudin (5 Mac 2020). "Bukan spoiler alert! Tapi ini 9 sebab kenapa wajib tonton filem Jodoh Syaitan, dialog spontan Soffi Jikan paling tak tahan". mStar Online. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  2. ^ "Kisah manusia berkahwin dengan Syaitan dalam Jodoh Syaitan". Propa Rangers. 2 Mac 2020. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  3. ^ Redzuan Muharam (2 Mac 2020). "Belasungkawa Abam Bocey". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  4. ^ Budiey (7 Ogos 2018). "Sinopsis filem Jodoh Syaitan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  5. ^ "'Jodoh Syaitan' singkap kisah paku mayat untuk dijadikan isteri". Astro Awani. 3 Ogos 2018. Dicapai pada 12 Mac 2020.

Pautan luarSunting