Tarian Joget , Joget , Ronggeng (Jawi: تارين جوڬيت,جوڬيت‎,روڠڬيڠ‎) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang lazim di Malaysia, terutamanya di negeri Melaka. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.[1]

Tarian Joget
Nama asliJoget/Ronggeng
EtimologiJoget inspirasi daripada Branyo
PenciptaOrang Kristang,Melayu Malaysia
Asal usulMelaka,Malaysia

Tarian ini dipercayai berasal daripada tarian orang Kristang iaitu Branyo yang sendirinya daripada suatu tarian tradisi masyarakat Algarve di Portugal iaitu corridinho.[2][3] Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu khusus seperti "Jingkling Nona" tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Tarian ini begitu terkenal sebagai acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Cara persembahan sunting

Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.

Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.

Pakaian sunting

Pakaian penari lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping sementara penari wanita berbaju kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepala. Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting