Johann Sebastian Bach

Johann Sebastian Bach (21 Mac 1685–28 Julai 1750) adalah seorang penggubah dan pemain organ Jerman yang prolifik. Karya keagamaan dan sekularnya untuk alat-alat muzik koir, orkestra dan solo menggabungkan elemen-elemen muzik era barok dan membawa muzik era tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau tidak memperkenalkan sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gaya Jerman yang lazim dengan teknik gaya gerak imbang, pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadanan irama dan jalinan dari luar negeri, khususnya dari Itali dan Perancis. Ramai orang menganggap Bach sebagai penggubah Barok yang terutama, serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh seperti George Frideric Handel, beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam peralihan daripada muzik era barok ke muzik era klasikal.

Johann Sebastian Bach

Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam, penguasaan teknik, dan keindahan seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam tradisi Eropah, daripada Mozart sehingga ke Arnold Schoenberg. Antara karya-karyanya ialah:

  • Konserto Brandenburg
  • Suit papan nada dan ragam lagu
  • Mass dalam nada B Minor
  • Keghairahan St. Matthew
  • Penawaran Muzik
  • Seni Fiug

serta sebilangan besar kantata yang mana kira-kira 220 masih wujud.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Rujukan am sunting

Skor sunting

Rakaman sunting

Topik khusus sunting

Kumpulan persembahan sunting