Johari Abdul Ghani

Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah seorang Akauntan Bertauliah dan beliau merupakan seorang Fellow Chartered Association of Certified Accountants[1], United Kingdom. Beliau menjadi seorang Ahli Parlimen setelah bertanding dan memenangi pilihan raya bagi kerusi parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya Umum Malaysia yang telah berlansung pada bulan Mei 2013.[2] Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir).


Johari Abdul Ghani

PJN; SMW (Wilayah Persekutuan); DSIS (Selangor)
Datuk Seri Johari Abdul Ghani - Suit.jpg
Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
27 Jun 2016 – 9 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Nor Mohamed Yakcop
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Titiwangsa
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 7 April 2018
Didahului olehPAS logo.svg Lo' Lo' Mohamad Ghazali
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.jpg Bendera BERSATU.svg Rina Mohd Harun
Butiran peribadi
LahirJohari bin Abdul Ghani
(1964-03-06) 6 Mac 1964 (umur 57)
Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry,
Nor Fairos Mohd Nasib
KediamanDesa Pandan, Kuala Lumpur
Alma materFellow Chartered Certified Accountant, London, England
PekerjaanAhli politik, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa
ProfesionAkauntan

PendidikanSunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pandan (sekarang dikenali sebagai SK Tun Hussein Onn) dari tahun 1971 sehingga 1976 dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kampung Pandan dari tahun 1977 hingga 1981.[3][4] Beliau meneruskan pengajian di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dari tahun 1982 sehingga tahun 1985 dan memperolehi Diploma Perakaunan.[5] Beliau kemudian melanjutkan pelajaran perakaunan di UK, yang melayakkan beliau untuk menjadi ahli kepada Persatuan Berkanun Akauntan Bertauliah pada tahun 1991.[6]

Kerjaya Profesional dan KorporatSunting

Datuk Seri Johari memulakan kerjaya di syarikat perakaunan antarabangsa Peat Marwick & Co (sekarang dikenali KPMG). Selama lebih 28 tahun Datuk Seri Johari bergiat dalam dunia keusahawanan dan korporat, beliau menjawat pelbagai jawatan kanan dalam syarikat awam dan persendirian serta mencipta nama sebagai antara usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia.

Datuk Seri Johari juga lebih dikenali di kalangan ahli perniagaan sebagai strategis pemulih korporat berikutan kejayaan memulihkan beberapa syarikat berprofil tinggi yang sebelumnya mencatatkan kerugian. Antara kejayaan paling besar ialah memajukan QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, dan Ayamas Food Berhad yang mempunyai jenama KFC, Pizza Hut dan Ayamas. Beliau melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat berkenaan pada 2005 dengan keuntungan berlipat ganda.

Beliau kemudian mengambil alih Pemanis Sdn Bhd (pembotol eksklusif produk PepsiCo) dan menerajuinya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan antara 2005 hingga 2011. Sebanyak14 jenama produk PepsiCo diuruskan beliau diantaranya seperti Pepsi, Mirinda, 7up, Gatorade, Twister dan Revive. Penjualan francais Pepsi yang dibelinya pada harga RM72 juta pada harga RM820 juta kepada Asahi, Jepun, pada tahun 2011 melonjakkan nama beliau di dalam dunia korporat. Penjualan Permanis juga meraih anugerah transaksi terbaik pada 2011.

Datuk Seri Johari ketika ini adalah Pengerusi dan pemegang saham C.I Holdings Berhad (C.I Holdings) dan KUB Malaysia Berhad (KUB Malaysia). Disamping itu beliau juga pemegang saham utama dalam Central Cables Berhad dan Media Prima Berhad.

Pada tahun 2020, KUB Malaysia dan C.I Holdings meraih anugerah daripada Minority Shareholder Watchdog Group (MWSG) di bawah Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2019 (CG 2019). KUB Malaysia meraih tempat pertama kategori Excellence Award For CG Disclosure (Nilai Pasaran antara RM100 juta dan RM300 juta), manakala C.I Holdings meraih anugerah kategori Excellence Award For Long Term Value Creation. Anugerah-anugerah ini membuktikan kepimpinan beliau dalam urus tadbir korporat serta mewujudkan nilai dalam perniagaan yang diterajuinya.

Syarikat pelaburan persendirian miliknya, JAG Capital Holdings Sdn Bhd pula melabur dalam pelbagai industri pemula, modal teroka dan ekuiti persendirian. Datuk Seri Johari juga melabur dalam usahawan berpotensi dengan inovasi bernilai komersial kerana beliau berkeyakinan dalam individu berpotensi, idea baru dan teknologi masa hadapan.

Kerjaya PolitikSunting

Datuk Johari telah aktif dalam politik selama lebih 24 tahun sejak tahun 1988. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam UMNO dan BN Titiwangsa. Pada Jun 2010, beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa dan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Titiwangsa. Berkenaan dengan isu-isu masyarakat yang dibangkitkan oleh Parlimen Titiwangsa, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat di Titiwangsa pada Julai 2010 untuk membantu dalam menangani dan menyelesaikan isu-isu ini. Antara kebimbangan utama masyarakat Parlimen Titiwangsa ialah kemiskinan, setinggan penyelesaian, infrastruktur, penjual dan lain-lain. Pusat Perkhidmatan Komuniti beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 hingga 18:00.[7]

Pada 27 Julai 2015, Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.[8] Hasil daripada suatu rombakan Jemaah Menteri pada 27 Jun 2016, beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan II.[9] Sebelum pelantikan beliau ke Jemaah Menteri, Datuk Seri Johari amat aktif dalam bidang korporat bagi tempoh lebih 25 tahun.

Datuk Seri Johari ialah seorang ahli Majlis Ekonomi negara[10]. Majlis Ekonomi ialah suatu badan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab bagi, antara lain, merumus strategi kearah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara dan juga mengawasi dan menganalisis trend dan perkembangan ekonomi global dan domestik dan merangka tindakan-tindakan spesifik untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. 

Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai salah seorang pengarah bagi Khazanah Nasional Berhad[11] iaitu suatu dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Beliau juga ialah pengerusi bagi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)[12] iaitu suatu agensi kerajaan bertanggungjawab bagi pembangunan Pulau Langkawi sebagai suatu pusat perlancongan antarabangsa. Datuk Seri Johari pernah sebelum ini menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan bandar.  

Datuk Seri Johari ialah ahli Badan Pemegang Pemegang Amanah bagi Yayasan Pelaburan Bumiputera,[13] syarikat induk bagi Permodalan Nasional Berhad, sebuah syarikat yang menguruskan dana unit amanah yang bernilai lebih daripada RM250 bilion di Malaysia. Johari juga aktif dalam Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)[14] yang mana beliau juga merupakan salah seorang Pemegang Amanah. YPPB ialah suatu unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan bagi memperkasakan keupayaan dan kemahiran kaum bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan.  

Datuk Seri Johari ialah pengasas[15] dan pengerusi bagi Yayasan Bena Nusa yang ditubuhkan bagi tujuan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di dalam bandar dan memperbaiki tahap pendidikan bagi anak-anak golongan miskin bandar.

PencapaianSunting

Sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau dalam bidang kemasyarakatan, sosial, politik, korporat dan perniagaan, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Selangor (DSIS) oleh Sultan Sharifuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh YDPA Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang membawa gelaran Datuk. Pada 1 Februari 2017, beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) oleh YDPA Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Seri.[16]

Pilihan Raya Umum ke 14Sunting

Pada pilihan raya umum ke 14 yang lepas, Johari telah pun ditewaskan oleh calon Pakatan Harapan dari BERSATU, Rina Mohd Harun. Jawatannya juga sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa dan Timbalan Menteri Kewangan berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional kalah dengan bilangan kerusi parlimen sebanyak 79 buah kerusi manakala Pakatan Harapan 122 buah kerusi manakala PAS 18 kerusi sahaja.

AnugerahSunting

Senarai anugerah yang diterima[17]

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Johari Abdul Ghani ACCA Membership 1991
  2. ^ Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia
  3. ^ "SK Tun Hussein Onn". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-06. Dicapai pada 2021-08-24.
  4. ^ "SMK Aminuddin Baki". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-16. Dicapai pada 2021-08-24.
  5. ^ Laman Rasmi UiTM
  6. ^ Johari Abdul Ghani ACCA Membership 1991
  7. ^ Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa
  8. ^ Johari Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kewangan
  9. ^ "Cabinet reshuffle: Two full ministers, four new deputy ministers announced [VIDEO]". NST Online. 2016-06-27. Dicapai pada 2017-02-23.
  10. ^ Sesi Bergambar Bersama Ahli-Ahli Majlis Ekonomi Negara
  11. ^ Khazanah Nasional
  12. ^ "Langkawi Development Authority (LADA)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-14. Dicapai pada 2017-11-23.
  13. ^ Yayasan Pelaburan Bumiputera PNB
  14. ^ Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
  15. ^ Johari Pengerusi Yayasan Bena Nusa
  16. ^ Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  17. ^ Semakan penerima darjah kebesaran