John Anthony Brooks

Footballer

John Anthony Brooks Jr. (lahir 28 Januari 1993), dikenali sebagai John Brooks,[2] merupakan pemain bola sepak Jerman-Amerika yang bermain untuk kelab Bundesliga, Hertha BSC sebagai pertahanan dan telah mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat di peringkat antarabangsa.

John Anthony Brooks Jr.
Brooks bersama Hertha BSC pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh John Anthony Brooks Jr.[1]
Tarikh lahir (1993-01-28) 28 Januari 1993 (umur 31)
Tempat lahir Berlin, Jerman
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Pemain Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hertha BSC
Nombor 25
Kerjaya remaja
2010–2011 Hertha BSC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011– Hertha BSC II 34 (2)
2012– Hertha BSC 45 (3)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Amerika Syarikat B20 4 (0)
2011– Amerika Syarikat B23 1 (0)
2012 Jerman B20 1 (0)
2013– Amerika Syarikat 6 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Jun 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 Jun 2014

Karier antarabangsa sunting

Brooks yang memegang kedua-dua kerakyatan Jerman dan Amerika Syarikat, mengambil bahagian dalam beberapa kem untuk pasukan AS B-20, B-23 dan pasukan Jerman B20.[3] Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan AS bawah-20 ketika kekalahan 5–0 ketika menentang Paraguay pada bulan September 2010.[4] Pada bulan Julai 2013, majalah Jerman kicker menyatakan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada skuad senior AS untuk perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina.[5] Brooks membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan senior ketika kemenangan 4-3 ke atas Bosnia.

Brooks dinamakan dalam skuad akhir 23 pemain Amerika Syarikat untuk Piala Dunia FIFA 2014.[6] Ketika perlawanan pembukaan menentang Ghana, beliau masuk menggantikan Matt Besler dan menjaringkan gol kemenangan 2–1, menerusi tandukan selepas sepakan penjuru dari Graham Zusi.[7] Gol Brooks terhasil pada minit ke 86, memberikan AS tiga mata dalam peringkat kumpulan. Brooks merupakan pemain gantian AS yang pertama dalam sejarah untuk menjaringkan gol ketika Piala Dunia FIFA,[8] sebelum Julian Green menjaringkan gol ketika menentang Belgium di peringkat 16 terakhir.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 16 Jun 2014 Natal, Brazil   Ghana 2–1 2–1 Piala Dunia FIFA 2014[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. June 11, 2014. m/s. 32. Dicapai pada June 11, 2014.
  2. ^ "Brooks: 'It Was Not A Hard Decision To Play For The USA'". ussoccer.com. August 14, 2013. Dicapai pada August 14, 2013.
  3. ^ "Brooks, John Anthony" (dalam bahasa German). bz-berlin.de. Dicapai pada August 23, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "U.S. U-20 MNT Drops Opening Match to Paraguay". ussoccer.com. September 6, 2010. Dicapai pada July 26, 2013.
  5. ^ "Hertha einigt sich mit Schulz" (dalam bahasa German). kicker.de. July 26, 2013. Dicapai pada July 26, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Klinsmann Names 30-Player Preliminary Roster for 2014 FIFA World Cup". U.S. Soccer. Dicapai pada June 17, 2014.
  7. ^ a b Fanning, Evan (June 17, 2014). "USA vs Ghana, World Cup 2014: live". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada June 17, 2014.
  8. ^ "USA vs. Ghana - Brooks Stunner Hands USA 2-1 Win". U.S. Soccer. June 18, 2014. Dicapai pada June 28, 2014.

Pautan Luar sunting