Mejar Jeneral John Dutton "Johnny" Frost adalah seorang askar payung terjun British yang mencatat nama dalam pertempuran di Jambatan Arnhem semasa Operasi Market-Garden dalam tahun 1944. ketika itu beliau menjadi pegawai memerintah Bn ke-2 Rejimen Payung Terjun (The Parachute Regiment).

John Frost

John Frost dilahirkan pada 31 Disember 1912 di Poona, India. Bapanya seorang Brigadier-Jeneral dalam Tentera India British. John Frost menghadiri Sekolah persendirian Wellington dan kemudiannya menghadiri Akademi Tentera Sandhurst. Beliau kemudiannya diberikan tauliah dengan pasukan Cameronians (Scottish Rifles), dan dihantar bertugas di Palestin. Semasa Perang Dunia II meletus, John Frost dipinjam khidmat kepada pasukan Iraqi Levies, satu pasukan Arab di bawah kawalan British di Iraq. Setelah Perang Dunia II meletus, John Frost meminta untuk kembali semula ke pasukan Cameronians, tetapi dia tidak mendapat pelepasan kerana pihak British memerlukan kepakaran beliau di Iraq. Tambahan pula dia fasih berbahasa Arab. Semasa di Iraq, John Frost secara sukarela minta menyertai pasukan payung terjun yang baru ditubuhkan.

Serangan Bruneval sunting

John Frost mengetuai satu serangan ke atas stesen radar Würzburg kepunyaan tentera Jerman di Bruneval, berhampiran Le Havre di Perancis untuk membawa pulang kelengkapan radar tersebut untuk dinilaikan oleh pakar-pakar British. Radar ini membolehkan Jerman mengesan kapal terbang dan pergerakan kapal British yang menghampiri pantai Perancis, dan mengakibatkan banyak kapal terbang ditembak jatuh. Bangunan itu diberikan pertahanan yang kukuh untuk mematahkan sebarang percubaan menyerang dari arah laut dan tidak memungkinkan serangan oleh pasukan komando.

Lord Louis Mountbatten, Panglima Operasi Bersepadu meminta satu serangan dipanggil Ops Biting oleh askar payung terjun untuk menyerang stesen radar tersebut. Oleh kerana pemerintah British takut kehilangan keseluruhan batalion yang dihantar, mereka mengecilkan pasukan penyerang kepada satu kompeni sahaja. Mejar John Frost memimpin Kompeni “C” dari Bn Ke-2 Rejimen Payung Terjun (2 Para) untuk serangan tersebut (ketika itu , John Frost masih belum habis menjalani latihan payung terjunnya). Setelah membuat serangan, pasukan ini sepatutnya berundur menggunakan bot laju (MGB) Tentera Laut Diraja dan akan dibantu oleh pasukan komando. Semasa perancangan, maklumat risik menyatakan pertahanan di stesen radar tersebut telah ditingkatkan dengan pembinaan tiga kubu konkrit. Serangan diteruskan.

Penerjunan dibuat dengan lancar dan kumpulan penyerang berkumpul di tempat berhimpun. Serangan dibuat dengan pantas dan mengikut perancangan. Forst bersama 12 orang askarnya mematahkan serangan daripada askar Jerman yang berkubu di Le Presbytère. John Frost kemudiannya membawa orang-orangnya ke pantai untuk pemindahan keluar ke Portsmouth. Serangan ini mencapai kejayaan cemerlang.

John Frost dan 2 Para kemudiannya berkhidmat cemerlang di Afrika Utara, dan membuat dua kali penerjunan kombat di belakang garisan musuh, menghuruharakan pasukan Jerman sebelum kembali ke kawasan sendiri. Selepas Afrika, John Frost berperang di Tunisia, Sicily dan Itali sebelum dihantar pulang untuk persediaan penaklukan Perancis.

Selepas serangan ke atas Bruneval, John Frost dilantik kenjadi pegawai pemerintah 2 Para. Dalam bukan September 1944, 2 Para dipilih menyertai Ops Market-Garden melibatkan 35,000 anggota tentera payung terjun. 2 Para bersama-sama 1 Para dan 3 Para ditugaskan menawan dan mempertahankan jambatan di Arnhem sehingga ketibaan tentera British yang dijadualkan tiba dalam masa 2 hari. Mereka akan dilindungi oleh 9,000 orang askar dari 3 briged terdiri dari askar payung terjun.

Ops Market-Garden sunting

 
Jambatan Arnehm yang menjadi pertarungan pasukan John Frost

Tetapi perancangan yang dibuat secara tergesa-gesa tidak menjangkakan kehadiran 2 divisyen kereta kebal di persekitaran Arnhem. Divisyen Pertama Payung Terjun menghadapi kesukaran menghampiri Arnhem. Hanya John Frost dan batalionnya yang berjaya sampai ke Jambatan Arnhem. Dengan kekuatan lebih kurang 745 orang anggota, John Frost menentang secara bermati-matian segala serangan tentera Jerman untuk menawan semula Jambatan Arnhem selama 4 hari sebelum terpaksa menyerah diri kerana kehabisan peluru. John Frost sendiri mendapat cedera di kaki terkena letupan mortar. John Frost menjadi tawanan perang di Spangenberg dan di hospital di Obermassfeldt sehingga dibebaskan oleh tentera Amerika dalam bulan Mac 1945.

Selepas pembebasan sebagai tawanan perang, John Frost menjadi pegawai pemerintah di Malta dan kemudiannya di Libya. John Frost kemudiannya mengambil alih pemerintahan Briged payung terjun pasukan simpanan. John Frost bersara dalam tahun 1968 dengan pangkat Mejar Jeneral.

Penghormatan sunting

Dia diberikan penghormatan Pingat Companion of the Bath, Distinguished Service Order (dengan ulangan), Military Cross, dan dinaikkan menjadi Grand Officer of the Sovereign Military Order of Malta.

Dalam tahun 1978, Jambatan Arnhem dengan rasminya ditukarkan nama menjadi Jambatan John Frost. John Frost mengarang buku A Drop Too Many menceritakan pengalaman perangnya. Buku itu dicetak dalam tahun 1991. John Forst meninggal dunia dalam tahun 1993.

Buku Karangan sunting

  • 1980: A Drop Too Many - autobiografi (Bahagian 1)
  • 1983: 2 PARA Falklands: The Battalion At War
  • 1991: Nearly There - autobiografi (Bahagian 2)

Rujukan sunting