Pada tahun 1864, seorang ahli kimia British bernama John Newlands(1837 – 1898) telah menyusun semua unsur yang diketahui pada ketika itu mengikut tertib jisim atom relatif yang menaik.

Beliau mendapati bahawa sifat-sifat yang sama berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunan selanjutnya.Pola ini menyerupai nada oktaf muzik.Oleh itu , susunan unsur ini dikenali sebagai Hukum Oktaf.

Sumbangan Newlands tidak berjaya kerana Hukum Oktafnya hanya dipatuhi oleh 17 unsur pertama iaitu dari Hidrogen(H) hingga ke Kalsium(Ca).

Beliau gagal disebabkan beliau tidak sedar akan kewujudan unsur-unsur lain yang masih belum berjaya dijumpai pada ketika itu.Maka jadualnya tidak dapat diterima.

Namun, sumbangan beliau adalah amat penting kerana beliau merupakan ahli kimia yang pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan.

Ulanagan sifat unsur secara berkala ini telah digunakan sebagai salah satu asas perkembangan Jadual Berkala Unsurseterusnya.