John Ousterhout (disebut /ˈoʊstɚhaʊt/) adalah orang yang telah mencipta Tcl dan Tk ketika memegang jawatan professor di Universiti California, Berkeley. Beliau mendapat Sarjana Muda Fizik di Universiti Yale pada tahun 1975, dan kemudian mendapat Ph.D. di dalam sains komputer daripada Universiti Carnegie Mellon pada tahun 1980.

John Ousterhout

Pada tahun 1994, Ousterhout meninggalkan Bekerley untuk menyertai Makmal Sun Microsystems yang telah mengupah sebuah kumpulan untuk menyetainya di dalam pembangunan Tcl. Selepas beberapa tahun bersama Sun, beliau meninggalkannya dan mengasaskan Scriptics, Inc. (kemudian ditukar kepada Ajuba Solutions) dalam Januari 1998 untuk menyediakan peralatan pembangunan Tcl profesional dan kebanyakan ahli kumpulan Tcl tadi menyertainya. Ajuba telah dibeli oleh Inerwoven dalam bulan Oktober 2000. Beliau menyertai fakulti Universiti Stanford pada tahun 2008.

Pautan luar sunting