John Victor Morais (lahir 1910 - 6 Mac 1991) merupakan, wartawan, penulis banyak buku tentang Malaysia.

Beliau dilahirkan di Trivandrum (nama lama Thiruvananthapuram),Kerala, selatan India tetapi bersekolah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, Perak dan Regent Institute, London. Beliau naik kapal SS Rajula dari Pelabuhan Trivandrum menuju ke Tanah Melayu pada 1927.

Isterinya Gladys dan mereka mempunyai lima anak iaitu Herbert, Benedict, Elaine, Dawn dan Justin dan lapan orang cucu. Mereka tinggal di No 2, Jalan 5/7A, Petaling Jaya. Anaknya Dr Dawn Morais sambung belajar peringkat PhD jurusan bahasa Inggeris di University of Hawaii.

KerjayaSunting

Beliau menjadi pengurus editor , Malaya Tribune (1939-1951), editor Daily News, Ipoh (1951-1952), Ketua sub editor Malay Mail , Kuala Lumpur (1955-1959), Ahli lembaga Tabung Hospital Lady Templer (1960-1967).[1]


Victor Morais pernah menjadi Perunding eskekutif negeri Perak dan Presiden Kelab Akhbar Perak , Rotary Club Ipoh, Persatuan India Kinta dan Persatuan India Selangor. Beliau juga ahli lembaga Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Meninggal duniaSunting

Victor Morais meninggal dunia pada 6 Mac 1991 dan majlis pengkebumian diadakan di Gereja Asssumption Church, Petaling Jaya pada 7 Mac 1991.[2]

Buku dan artikelSunting

  1. The Leaders of Malaya and who's who, 1959-60,John Victor Morais - 1961
  2. The Who's who in Malaysia,oleh John Victor Morais, Solai Press., 1967
  3. The Who's who, Malaysia and Singapore, Volume 1, oleh John Victor Morais, 1969
  4. Strategy for action: the selected speeches of Abdul Razak bin Hussein oleh Abdul Razak Hussein (Tun), Victor John Morais, Malaysian Centre for Development Studies, 1969.
  5. Selected speeches: a golden treasury of Asian thought and wisdom , oleh John Victor Morais, Perchetakan Tenggara, 1971
  6. Blueprint for unity: selected speeches of Tun Tan Siew Sin,oleh John Victor Morais - 1972
  7. A man of his time, Lord President Tan Sri M. Suffian, oleh John Victor Morais ,Percetakan Perdana, 1974
  8. P. P. Narayanan, the Asian trade union leader, oleh John Victor Morais - 1975
  9. Without fear of favour: a biography of Tan Sri Mohd. Noah, oleh John Victor Morais - 1976
  10. Tun Tan: portrait of a statesman, John Victor Morais, Quins, 1981
  11. Who's who in Malaysia ... & profiles of Singapore,oleh John Victor Morais, Who's Who Publications, 1982
  12. Witness to history : memoirs of an editor / by J. Victor Morais ; foreword by Tun Sir James Thomson ; introduction by Tun Justice Suffian, oleh John Victor Morais,Singapore , 1982
  13. Hussein Onn: a tryst with destiny, oleh John Victor Morais, Times Books International, 1981
  14. Anwar Ibrahim: cekal dan tabah, oleh John Victor Morais, Abdul Razak bin Haji Abdul Rahman, Arenabuku Sdn. Bhd., 1984
  15. Mahathir, a profile in courage, oleh John Victor Morais, Eastern Universities Press (M), 1982
  16. Mahathir, oleh Victor Morais - Buku ini hasil temubual dengan Dr Mahathir Mohamad dan telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
  17. Ghazali Seth, a soldier's soldier and a distinguished general ,oleh John Victor Morais ,Kuala Lumpur ,1986

RujukanSunting

  1. ^ The Who's who, Malaysia and Singapore, Volume 1,John Victor Morais, 1969
  2. ^ New Strait Times,7 Mac 1991