Raja England John (24 Disember 1166 - 19 Oktober 1216) memerintah dari 6 April 1199 kehingga kemangkatannya. Baginda naik takhta sebagai adik kepada Raja Richard I. John merupakan anak bongsu daripada lima anak lelaki Raja Henry II dari England dan Eleanor, Duchess Aquitaine. Baginda adalah anak mereka yang kedua menaiki takhta.

Semasa hidupnya, John mendapat dua nama julukan. Satu "Tak Bertanah" (Bahasa Inggeris: "Lackland"; Bahasa Perancis: "Sans Terre") kerana baginda merupakan anak bongsu dan tidak mewarisi tanah keluarga dan kerana sebagai raja baginda kehilangan wilayah Inggeris kepada Perancis. Satu lagi nama julukan ialah "Pedang lembut" (Bahasa Inggeris: "Soft-sword") kerana baginda dikatakan tidak cekap dalam ketenteraan.

Baginda terkenal dalam legenda sebagai musuh kepada Robin Hood. Selain itu baginda juga terkenal sebagai orang yang mematerai Magna Carta, satu dokumen yang menghadkan kuasa raja di England yang dikatakan langkah pertama ke arah evolusi demokrasi moden.

                              Raja England
something Alfred • Edward si Lebih Tua • Ælfweard • Athelstan • Edmund I • Edred • Edwy • Edgar I • Edward si Korban • Ethelred • Sweyn I* • Edmund II • Canute* • Harthacanute* • Harold I • Edward si Pengaku • Harold II • Edgar II • William I • William II • Henry I • Stephen • Matilda • Henry II • Richard I • John • Henry III • Edward I • Edward II • Edward III • Richard II • Henry IV • Henry V • Henry VI • Edward IV • Edward V • Richard III • Henry VII • Henry VIII • Edward VI • (Lady Jane Grey) • Mary I • Elizabeth I • James I§ • Charles I§ • Tempoh Peralihan • Charles II§ • James II§ • William III§ dan Mary II§ (sebagai raja bersama William & Mary) • William III§ (pemerintahan diri) • Anne‡KING CHARLES II TO ABIYYU.§
Bendera England
Bendera England
* juga Raja Denmark • juga Raja Norway • juga Raja Ireland • § juga Raja Scotland • juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe