Daerah Johor Bahru

daerah di Johor, Malaysia
(Dilencongkan dari Johor Bahru (daerah))

Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor, Malaysia dengan ibu daerah Johor Bahru serta merupakan satu daerah yang termaju di negeri Johor. Daerah ini meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daerah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi satu juta orang. Daerah ini merupakan daerah kedua paling ramai penduduk di Malaysia selepas Petaling. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.

Johor Bahru‎
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina新山县 (Xīnshān Xiàn)
 • Jawiجوهر بهارو
 • Tamilஜொகூர் பாரு (Jokūr Pāru)
Bendera Johor Bahru‎
Daerah Johor Bahru is located in Bumi
Daerah Johor Bahru
Daerah Johor Bahru (Bumi)
Koordinat: 1°27′21″N 103°45′42″E / 1.4558219741476546°N 103.76153935408244°E / 1.4558219741476546; 103.76153935408244Koordinat: 1°27′21″N 103°45′42″E / 1.4558219741476546°N 103.76153935408244°E / 1.4558219741476546; 103.76153935408244
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
PusatJohor Bahru
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahAbdul Rahman bin Salleh
Keluasan
 • Jumlah410.802 batu persegi (1,063.972 km2)
Aras430 ft (130 m)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah1,711,191
 • Kepadatan4,200/batu persegi (1,600/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
79xxx-81xxx
Kod-kod kawasan
  • 072
  • 073
  • 075
Pendaftaran kenderaanJ
Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru

Bandar-bandar yang terdapat di dalam Daerah Johor Bahru ialah Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Skudai, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.

Pentadbiran sunting

Daerah Johor Bahru berpusat di Johor Bahru dan ditadbir tiga pihak berkuasa tempatan iaitu;

Mukim dan bandar sunting

Daerah Johor Bahru juga dibahagikan kepada enam mukim dan dua bandar;[4]

 
Peta daerah Johor Bahru
  1. Mukim Jelutong
  2. Mukim Plentong
  3. Mukim Pulai
  4. Mukim Sungai Tiram
  5. Mukim Tanjung Kupang
  6. Mukim Tebrau
  7. Bandar Johor Bahru
  8. Bandar Tebrau

Geografi sunting

Daerah Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan:

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970267,913—    
1980406,871+51.9%
1991704,471+73.1%
20001,081,978+53.6%
20101,334,188+23.3%
20201,711,191+28.3%
Pecahan etnik di Johor Bahru - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
52.1%
Cina
  
38.2%
India
  
9.1%
Lain-lain
  
0.6%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Johor Bahru ialah seramai 1,711,191 orang dengan kepadatan penduduk 1,605 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 52 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 610,314 tempat kediaman dengan sebanyak 460,669 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih sejuta penduduk dalam kalangan umur bekerja, 450 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 60 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 826,819
Cina 606,262
India 144,991
Lain-lain 9,951
Bukan warganegara N/A 123,168

Agama sunting

Agama di Johor Bahru - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
51.6%
Buddha
  
33.1%
Hinduisme
  
9.1%
Kristian
  
4.4%
Tidak beragama
  
0.9%
Lain-lain
  
0.9%

Majoriti penduduk di daerah Johor Bahru beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[5]

Agama Jumlah
Islam 883,183
Buddha 566,112
Hindu 156,071
Kristian 75,957
Lain-lain 15,094
Tidak beragama 14,773
Tidak diketahui 1

Pengangkutan sunting

Pelabuhan sunting

 
Pelabuhan Tanjung Pelepas

Pelabuhan yang terdapat di dalam daerah Johor Bahru ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat.

Pelabuhan Johor merupakan pelabuhan pertama yang dibina di Negeri Johor dan terletak di Pasir Gudang. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Berikut merupakan kegiatan utama bagi pelabuhan ini.[6]

  • 7 buah kren gantri, salah lima daripadanya merupakan kren Post-Panamax.
  • 19 kren pemindahan yang beroda getah.
  • 46 buah penggerak utama (prime movers).
  • 4 buah mesin staker jangkaun (reach stacker) untuk mengendalikan bahan-bahan pukal.
  • Kedalaman semula jadi dermaganya yang berukuran 13.8 meter boleh melayankan kapal-kapal pukal kering sehingga 60,000 dwt dengan senang.
  • Dermaga yang berpanjangan hampir 2.4 kilometer pada keseluruhan.

Pelabuhan Tanjung Pelepas yang terletak di Iskandar Puteri pula merupakan pelabuhan kedua yang dibina di negeri Johor. Ia juga merupakan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia. Pelabuhan ini terletak di muara Sungai Pulai. Ia juga dapat dihubungkan dengan lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas iaitu melalui Persimpangan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Lebuhraya Link Kedua. Berikut merupakan kegiatan utama pelabuhan ini.

  • 8 dermaga yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 2.88 kilometer barisan dermaga.
  • 27 buah kren tepian dermaga "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah kargo, dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak.
  • 70 buah kren treler-treler menyimpan kargo berbahaya.
  • Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara dan boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU, termasuk lebih daripada 2,100 "point reefer".
  • Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.

Pelabuhan Tanjung Langsat di Pasir Gudang pula merupakan pelabuhan ketiga yang dibina di negeri Johor. Ia terletak di muara Sungai Johor yang mempunyai lebar sepanjang 4.5 kilometer dan merupakan diri sebagai sebuah pelabuhan pengkhususan utama di Asia Tenggara yang mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Kegiatan utama-utama pelabuhan ini ialah

  • pengendalian petrokimia dan muatan cecair
  • pangkalan sokongan marin
  • terminal perikanan laut
  • pusat pesiaran antarabangsa
  • pemprosesan dan penyimpanan kargo petroleum dan muatan cecair

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ (1°31′03″N 103°50′59″E / 1.517609398894551°N 103.8496400756899°E / 1.517609398894551; 103.8496400756899)
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Kod & Nama Mukim - Struktur Kod". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-27. Dicapai pada 2015-09-06.
  5. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  6. ^ 2005 Annual Report (PDF) (Laporan). Johor Port Berhad. 253394-D. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-05. Dicapai pada 2009-03-03.