Johor Darul Ta'zim II FC
Johor Darul Ta'zim II FC, merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia . Kelab ini beraksi dalam Liga Premier Malaysia , iaitu liga tahap kedua .
Nama penuh | Johor Darul Ta'zim II FC | ||
---|---|---|---|
Nama pendek | JDT II ,JFC | ||
Stadium | Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru, Johor (Kapasiti: 30,000) | ||
Pengerusi | Pengerusi | ||
Pengurus | ![]() | ||
Jurulatih | ![]() | ||
Liga | Liga Premier Malaysia | ||
2019 | Ke-2 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
|
Dalam Liga Malaysia Bermula musim 1991, pasukan ini dikenali sebagai Johor FA.
Sejarah Sunting
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Johor dalam kancah Liga Malaysia. Pada musim 2010, pasukan ini bermain berjaya mendapat tempat dalam Liga Super Malaysia bersama jurulatih iaitu Nasir Yusof. Namun tugas bekas pemain kebangsaan ini telah digantikan dengan Edres Selamat yang juga bekas pemain Johor.
Johor yang terkenal dengan nama gelaran Jengking telah memenangi dua Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 serta berjaya memenangi liga tahap satu Malaysia iaitu Liga Malaysia 1991. Bagi piala FA, Johor berjaya mejulang Piala FA pada 1998.
Pada musim 2006/07, Johor menggabungkan nama pasukan dengan nama penaja dan membentuk nama Johor PBT Pasir Gudang (atau Johor Pasir Gudang). Namun pada tahun 2009, pasukan ini telah menukar semula kepada Johor. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II FC serta kini bermain dalam Liga Premier Malaysia 2016. Johor DT II berjaya layak ke Piala Malaysia 2014 dan 2015, namun tersingkir awal.
Perubahan Nama Sunting
- 1955–2006 : Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
- 2006–2007 : Johor Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Johor PBT Pasir Gudang)
- 2007–2013 : Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
- 2014–kini : Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim II (Johor Darul Ta'zim II F.C.)
Logo Pasukan Sunting
-
Johor FA 1955–2012 -
Johor FA 2013 -
Johor Darul Ta'zim II 2014–kini
Penaja Pasukan Sunting
Penaja Utama
Penaja Jersi
Penaja Rasmi
- Tropicana Corporation
- Iskandar Malaysia
- Berjaya Group
- Drive M7
- Grand Paragon Hotel
- KFC
- Pizza Hut
- UDA Holdings
- AL-Ikhsan
- Sharp Corporation Diarkibkan 2014-05-30 di Wayback Machine
- 100plus
- Johor Corporation
Tempoh | Pengeluar Kit | Penaja |
---|---|---|
2013 | Kappa | Johor Corporation |
2014–2015 | Nike | Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine |
2016 | Adidas | |
2017–kini | Nike |
Stadium Sunting
Stadium Pasir Gudang Sunting
Bermula musim 2014, kelab ini beraksi menggunakan stadium ini sebagai gelanggang utama untuk perlawanan liga Malaysia. Stadium Pasir Gudang merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Pasir Gudang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Stadium Pasir Gudang ini memiliki keupayaan kapasiti 15,000 penonton.
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Sunting
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1]
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[2]
Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC. Bermula musim 2020, stadium ini akan menjadi gelanggang rasmi untuk JDT II sahaja bagi aksi Liga Premier Malaysia.
Pencapaian Sunting
Domestik Sunting
Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Divisyen 1/ Perdana 1 / Liga Super | ||
Piala FA Malaysia | ||
Piala Malaysia | ||
Piala Cabaran Malaysia | ||
Piala Sumbangsih Malaysia | ||
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier | ||
Divisyen 3 / Liga FAM | ||
Piala Tunku Mahkota Johor* |
Antarabangsa Sunting
Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Sultan Hassanal Bolkiah* |
Pemain Sunting
Skuad Utama Sunting
- Sehingga 10 Januari 2020
|
|
Pegawai Kejurulatihan Pasukan Sunting
Organisasi Pasukan Sunting
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengurus | Adib Ashari Daud |
Ketua Jurulatih | Rafa Gill |
Pembantu Jurulatih | Mohd Hamzani Omar Ramlan Rashid |
Jurulatih | Amirul Hadi Zainal Shakir Shaari |
Jurulatih Kecergasan | David Agusti Martinez |
Jurulatih Penjaga Gol | Jon Elorza |
Fisioterapi | Lifizan Haili |
Sejarah Jurulatih Sunting
Ketua jurulatih pada tahun (2014–kini)
Tahun | Jurulatih | Negara |
---|---|---|
28 Februari 2014 | Azmi Mohamed | Malaysia |
1 March 2014 – 8 April 2014 | Rajko Magić | Croatia |
5 November 2014 – 10 Mei 2015 | Goran Paulić | Croatia |
11 May 2015 – 30 November 2015 | Nenad Baćina | Croatia |
1 Januari 2016 – 17 Januari 2017 | Benjamin Mora | Mexico |
18 January 2017 – 19 June 2017 | Mohd Hamzani Omar | Malaysia |
20 Jun 2017 – 9 Ogos 2018 | Benjamin Mora | Mexico |
9 Ogos 2018 – 23 Oktober 2019 | Ervin Boban | Croatia |
6 November 2019 – kini | Rafa Gill | Sepanyol |