Joint Direct Attack Munition (JDAM) adalah satu kit panduan yang menukarkan bom tanpa panduan, atau "bom bodoh", menjadi bom panduan tepat untuk semua keadaan cuaca. Bom-bom yang dipasang dengan JDAM akan terpandu oleh sebuah sistem panduan inersia yang diintegrasikan dengan sebuah penerima Sistem Kedudukan Global, memberi ia satu jarak berkesan sehingga 15 batu nautika (28 km). Julat berat bom yang dipasang dengan kit JDAM bermula dengan 500 paun (230 kg) sehingga 2,000 paun (910 kg).[1] Sistem panduan JDAM telah dibangunkan secara bersama oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat, oleh itu menyumbang penggunaan perkataan "joint" dalam JDAM.[2] Apabila dipasang pada sebuah bom, kit JDAM memberi sebuah pengenalan GBU (Guided Bomb Unit), menggantikan pengenalan Mark 80 atau BLU (Bomb, Live Unit) pada bom yang dipasang dengan kit ini.

Joint Direct Attack Munition
(JDAM)
GBU-31: Sebuah bom Mk 84 yang dipasang dengan kit JDAM
JenisKit panduan bom
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1997–kini
Digunakan olehLihat pengguna
PerangKonflik Kurdish–Turki
Perang Menentang Keganasan
Perang Afghanistan (2001–kini)
Perang di Pakistan Barat Laut
Keganasan Al-Qaeda di Yaman
Perang Iraq
Perang Somalia (2006–2009)
Perang Saudara Somalia (2009–kini)
Perang Saudara Syria
Campur tangan diketuai Amerika dalam Perang Saudara Syria
Campur tangan diketuai Amerika di Iraq (2014–kini)
Campur tangan ketenteraan Turki di Syria
Operasi Olive Branch
Perang Saudara Iraq (2014–2017)
Perang Saudara Yaman (2015–kini)
Campur tangan diketuai Arab Saudi di Yaman
Konflik di Najran, Jizan dan Asir
Pertempuran Marawi
Sejarah pengeluaran
Kos unitSekitar US$25,000 (bergantung pada lot pembelian. Jualan kepada pelanggan luar dengan harga lebih mahal.)
AnekaLihat versi
Spesifikasi
Panjang9.9–12.75 kaki (3.02–3.89 m)

Jarak tembakan maksimumSehingga 15 batu nautika (28 km)

Lebar sayap19.6 hingga 25 inci (500 hingga 640 mm)
Sistem
pemanduan
Panduan inersia/GPS
KetepatanSpesifik 43 kaki (13 m); Berkesan sekitar 23 kaki (7 m)

JDAM bukan sebuah senjata stand-alone; sebaliknya satu pakej panduan "bolt-on" yang mengubah bom-bom graviti tanpa panduan kepada bom panduan tepat. Komponen utama sistem ini terdiri daripada satu komponen ekor yang mempunyai permukaan kawalan aerodinamik, satu kit (badan) strake, dan satu gabungan unit kawalan panduan sistem panduan inersia dan GPS.[2]

JDAM bertujuan untuk meningkatkan teknologi bom panduan laser dan pengimejan infra merah, yang mana boleh terganggu oleh permukaan daratan yang teruk dan keadaan cuaca. Penjejak laser kini dipasang pada beberapa JDAM.[3]

Bermula pada tahun 1998 sehingga November 2016, Boeing telah menyiapkan lebih daripada 300,000 kit panduan JDAM. Pada tahun 2017, ia telah membina lebih daripada 130 kit setiap hari.[4] Setakat Februari 2020, 430,000 kit telah dikeluarkan.[5]

Integrasi sunting

 
JDAM yang dipasang pada Heavy Stores Adaptor Beam (HSAB) terletak di bawah sayap B-52H Stratofortress
 
2,000lb GBU-31 digugurkan di Afghanistan oleh dua buah F-15E, 2009.

Sekarang sunting

JDAM kini boleh digunakan pada pesawat:

Sebelumnya sunting

JDAM boleh digunakan pada pesawat berikut:

Pengguna sunting

 
Peta dengan pengguna JDAM dalam warna biru

Selain digunakan oleh pengguna utamanya, angkatan tentera Amerika Syarikat—kerajaan Amerika Syarikat juga telah meluluskan penjualan JDAM untuk pasaran eksport di bawah Akta Kawalan Eksport Senjata, walaubagaimanapun ianya terhad kepada beberapa negara sahaja.[perlu rujukan]

Pengguna sekarang sunting


Ciri-ciri umum sunting

  • Fungsi utama: Senjata udara ke permukaan terpandu
  • Kontraktor: Boeing
  • Panjang: (JDAM dan kepala peledak) GBU-31 (v) 1/B: 152.7 inci (3,880 mm); GBU-31 (v) 3/B: 148.6 inci (3,770 mm); GBU-32 (v) 1/B: 119.5 inci (3,040 mm); GBU-38 (v) /B: 2.35 m (92.64 inci)
  • Berat pelancaran: (JDAM dan kepala peledak) GBU-31 (v) 1/B: 2,036 paun (924 kg); GBU-31 (v) 3/B: 2,115 paun (959 kg); GBU-32 (v) 1/B: 1,013 paun (459 kg); GBU-38 (v) /B: 590 paun (268 kg)
  • Rentang sayap: GBU-31: 25 inci (640 mm); GBU-32: 19.6 inci (500 mm)
  • Jarak: Sehingga 15 batu nautika (28 km)
  • Siling: 45,000 kaki (14,000 m)
  • Sistem panduan: GPS/INS
  • Kos seunit: Sekitar $22,000 per kit ekor (FY 07 dolar)[2]
  • Tarik diperkenalkan: 1999
  • Inventori: Kit ekor pada skala pengeluaran penuh. Anggaran inventori sekitar 240,000 total, 158,000 untuk Tentera Udara A.S dan 82,000 Tentera Laut A.S. (setakat Oktober 2005)

Kelainan sunting

 
Gambaran artis akan kit JDAM yang dipasang pada bom-bom tanpa panduan Mk 84, BLU-109, Mk 83, dan Mk 82.
  • 2,000 lb (900 kg) berat nominal
    • GBU-31(V)1/B (USAF) Mk 84
    • GBU-31(V)2/B (USN/USMC) Mk 84
    • GBU-31(V)3/B (USAF) BLU-109
    • GBU-31(V)4/B (USN/USMC) BLU-109
    • GBU-31(V)5/B (USAF) BLU-119/B
    • GBU-31v11: pengantian bom berangkai terpandu BLU-136[24]
  • 1,000 lb (450 kg) berat nominal
    • GBU-32(V)1/B (USAF) Mk 83
    • GBU-32(V)2/B (USN/USMC) Mk 83
    • GBU-35(V)1/B (USN/USMC) BLU-110
  • 500 lb (225 kg) berat nominal

Sistem serupa sunting

  • Paveway IV dikeluarkan oleh Raytheon UK dan digunakan oleh Tentera Udara Diraja. Sejenis munisi mod-dual panduan laser/GPS.
  • HGK (bom) direka dan dikeluarkan oleh Institut Pertahanan Turki TUBITAK-SAGE[25][26]
  • Spice (bom) –kit panduan yang dibangunkan oleh Rafael untuk Tentera Udara Israel
  • SMKB – kit panduan yang dibangunkan oleh Mectron dan Britanite dari Brazil
  • AASM – kit panduan dengan ketepatan metrik yang dibangunkan oleh Safran dari Perancis.
  • B61 Mod 12 (juga dikenali sebagai B61-12) – bom jatuh bebas nuklear Amerika Syarikat yang dipasang dengan kit panduan jenis JDAM. Ketepatan yang tinggi membolehkan sasaran diperkuat boleh dimusnahkan dengan sebuah senjata nuklear lebih kecil.
  • FT PGB - Sebuah sistem buatan China yang serupa.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "JDAM continues to be warfighter's weapon of choice". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 2007-07-27.
  2. ^ a b c "Joint Direct Attack Munition GBU- 31/32/38". USAF. June 18, 2003. Dicapai pada 1 April 2014.
  3. ^ "Laser Guided JDAM Debuts in Iraq". Defense Update. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2014. Dicapai pada 2010-10-05.
  4. ^ Boeing boosts production of precision-guided bomb kits made in St. Charles to fight ongoing wars by air - STLToday.com, 27 January 2017
  5. ^ Powered JDAM: Boeing’s New Alternative to Cruise Missiles. Air Force Magazine. 28 February 2020.
  6. ^ "Bringing Back Counter-Insurgency: AT-6B vs. A-29B" Defence Talk, 10 September 2011. Retrieved: 15 January 2012.
  7. ^ "boeing.com Boeing JDAM Wins Australian Competition". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-11. Dicapai pada 2007-07-27.
  8. ^ "CF-188 Hornets on Op MOBILE drop first JDAM bombs". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-08. Dicapai pada 2011-10-27.
  9. ^ "FMS: Third Phase of Finnish F/A-18 MLU". Dicapai pada 2007-07-27.
  10. ^ "Selected Acquisition Report" (PDF). dod.gov. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-04-22. Dicapai pada 2017-04-06.
  11. ^ Defense News
  12. ^ "First International JDAM Sale: Boeing to Integrate Weapon on Israeli Aircraft". Dicapai pada 2007-07-27.
  13. ^ "global security.org". Dicapai pada 2007-07-27.
  14. ^ 航空ファン 2008-12 P118
  15. ^ "SIPRI arms transfer database". Stockholm International Peace Research Institute. 2013-11-06.
  16. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-09-15. Dicapai pada 2012-05-13.CS1 maint: archived copy as title (link)
  17. ^ "Dutch secretary of defense details plan for purchase of JDAM's". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-07-27.
  18. ^ "Norway Signs Contract for Boeing JDAM". Dicapai pada 2007-07-27.
  19. ^ http://www.pafwallpapers.com/gallery_F-16-bk52/F-16-bk52_jdam.jpg
  20. ^ Gomez, Jim. "Philippines using US smart bombs". inquirer.net. Dicapai pada 2017-01-21.
  21. ^ "Gates says Washington to sell smart bombs to Saudi Arabia". Dicapai pada 2007-07-27.
  22. ^ "armada.mde.es". Dicapai pada 2013-05-25.
  23. ^ |Taipei Economic and Cultural Representative Office in the United States (TECRO) – F-16C/D Block 70 Aircraft and Related Equipment and Support August 20, 2019
  24. ^ Air Force Tests New Bomb That Could Replace Controversial Cluster Munitions. Military.com. 2 September 2020.
  25. ^ "Komutanlar Anadolu Kartali'nda (In Turkish)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-20. Dicapai pada 2010-10-05.
  26. ^ "Anadolu Kartali'na Yerli Bilim Katkisi (In Turkish)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2010-10-05.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting