Jeannette Mauren "Jojo" Struys (lahir 18 Julai 1975) ialah seorang model, pelakon, pengacara televisyen, penulis, personaliti kesihatan dan ahli perniagaan Malaysia.[1][2][3] Beliau telah berpengalaman menulis rencana, mengendalikan bengkel dan menerbitkan rancangan televisyen yang mengkhususkan kepada kesihatan. Beliau juga ialah pengasas studio kecergasan dan kesihatan, OhanaJo Studio. Dalam bidang lakonan, beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Cate dalam sitkom Kopitiam (2002–2003) dan sebagai Aleya dalam filem Cinta Luar Biasa (2004).

Jojo Struys
Kelahiran
Jeannette Mauren Struys

(1975-07-18) 18 Julai 1975 (umur 48)
PendidikanIjazah Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Curtin
Pekerjaan
  • Model
  • pelakon
  • pengacara
  • emcee
  • penyampai radio
  • penulis
  • penari
  • personaliti kesihatan
  • ahli perniagaan
Tahun aktif1997–kini
PasanganMichael Lim (k. 2012)
Laman web rasmijojostruys.com

Kehidupan awal sunting

Jojo Struys dilahirkan pada 18 Julai 1975 di Singapura sebagai anak tunggal kepada ibu bapanya yang berketurunan Serani.[4] Ibunya berketurunan separa Cina dan Scotland, manakala bapanya berbangsa Belanda dengan latar berlakang Asia dan Perancis.[1][3] Beliau merupakan pemegang ijazah Perniagaan di Universiti Curtin di Australia.[1][3][5]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan dan lakonan di Singapura, kemudian beliau berhijrah ke Malaysia dan bergiat aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan TV dan radio.[1][3][6][7]

Jojo menghadiri uji bakat pelakon untuk watak kameo dalam sitkom Kopitiam (2002–2003), akhirnya beliau mendapat peranan utama dalam siri ini dengan memegang watak sebagai Cate. Bekerja di bawah arahan Rashid Sibir, beliau melakonkan watak Aleya dalam filem Cinta Luar Biasa (2004) lakonan Saiful Apek, Syanie, Hans Isaac dan Nasha Aziz.[8] Ini kemudian diikuti oleh filem Salon (2005) arahan Woo Ming Jin lakonan Raja Farah, Pierre Andre dan Chelsia Ng.[9]

Sebagai pengacara TV, Jojo pernah mengacarakan rancangan Pillow Talk dan Jojo's Ticket To Wellbeing.[10][11] Minatnya terhadap bidang penyiaran mendorong Jojo menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, Kyanite TV pada 2010.[1] Syarikatnya bekerja untuk Mediacorp, Astro, Go Asean dan Asian Food Network.[3] Beliau juga pernah menggalas peranan sebagai pengarah untuk rancangan Astro Hitz Yuna Inspired dan telah mendapat sokongan daripada DiGi, Canon dan Malaysia Airlines bagi program yang melibatkan penyanyi, Yuna.[1]

Pada tahun 2012, beliau melancarkan dua album meditasi Letting Go yang tersedia di semua kedai Starbucks di seluruh Malaysia.[12][13]

Sebagai penulis, beliau banyak menulis ruangannya dalam akhbar The Star mengenai beberapa isu bagi memberi kesedaran kepada pembaca.[1][2] Bukunya, Jojo Struys' Guide To Wellness telah dilancarkan pada 10 September 2013 dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing sebagai sebahagian daripada siri MPH Masterclass. Buku ini mengandungi 11 bab, yang mana penuh dengan tips dan nasihat yang berguna untuk semua orang yang bercita-cita untuk mencapai skala kesihatan yang baik.[2][14]

Pada tahun 2014, beliau melancarkan aplikasinya sendiri yang dinamakan sebagai Letting Go With Jojo Struys.[15]

Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pengacara rancangan travelog Jojo's Diary of Asia yang disiarkan di TLC pada 3 Ogos 2015.[16]

Jojo mengasaskan OhanaJo Studio pada 2017 yang beroperasi di Sunway SPK, Damansara, mengkhusukan dalam amalan yoga dan kecergasan.[17] Ia telah menerima anugerah Yoga & Sound Healing Studio of the Year di Anugerah Spa & Kesejahteraan AMSPA 2020 yang julung kali diadakan dan Anugerah Kesejahteraan Yogalife 2020.[18]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah berkahwin dengan suaminya, Michael Lim pada 2012 di Bali, Indonesia.[19] Di waktu lapang, beliau meluangkan masanya bermain tenis.[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Chicken Rice War Cheryl Filem pertama
2004 Cinta Luar Biasa Aleya
2005 Salon Zora Filem terakhir

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2002–2003 Kopitiam Cate ntv7
2004 Pillow Talk Dirinya sendiri
2006 Jojo's Ticket To Wellbeing
2008 Health Buzz TV3
2011 Astro Hitz Yuna Inspired Astro Hitz
2015 Jojo's Diary of Asia TLC

Bibliografi sunting

  • Jojo Struys (2013). Jojo Struys' Guide to Wellness (dalam bahasa Inggeris). MPH Group Publishing. ISBN 9789674151317.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Jojo Struys Pernah Patah Hati". mStar Online. 25 April 2011. Dicapai pada 12 Mac 2015.
  2. ^ a b c "Simply Jojo Struys" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 3 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2017. Dicapai pada 12 Mac 2015.
  3. ^ a b c d e Oon Yeoh (25 Jun 2017). "Woman of many talents" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  4. ^ Intan Maizura (26 Jun 2005). "My perfect weekend - Jojo Struys" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  5. ^ Mohd Nasif Badruddin (25 Oktober 2008). "Menari balet sejak usia enam tahun". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  6. ^ Jad Mahidin (25 Oktober 2002). "Jojo - The name to remember" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  7. ^ Ravi Nambiar (11 Ogos 2003). "Multi-talented model-cum-actress Jojo into tap dancing" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  8. ^ Izza Safinaz Ibrahim (2 Oktober 2004). "Jojo serikan Cinta Luar Biasa". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  9. ^ Norhadiani Baharom (16 November 2005). "Jojo, Cheslia tak gusar". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  10. ^ Mohd Nasif Badruddin (15 November 2007). "Celoteh Jojo bukan kosong". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  11. ^ Gerald Chuah (10 Julai 2006). "On the go with Jojo" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  12. ^ Wani Muthiah (28 Mac 2012). "Struys way to relax" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  13. ^ "Jojo Struys Jadi Tempat Orang Luah Perasaan". Perak Today. 6 April 2013. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  14. ^ Aida Sue (18 September 2013). "Dapatkan buku panduan hidup dan kesihatan selebriti Jojo Struys: Jojo Struys' Guide to Wellness". Diva. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  15. ^ Budiey (29 April 2014). "Jojo Struys Lancar Aplikasi Letting Go with Jojo Struys". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  16. ^ Budiey (24 Julai 2015). "EKSKLUSIF: Apa Yang Menariknya JOJO'S DIARY ASIA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  17. ^ Nadia Badaruddin (14 September 2018). "The Q & A with Jojo Struys" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  18. ^ Reena Sekaran (25 Februari 2020). "OhanaJo wins Yoga & Sound Healing Studio of the Year award". FMT Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  19. ^ Jojo Struys (30 Jun 2020). "Is getting married just a piece of paper?" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  20. ^ Haryani Ngah (4 Mei 2006). "Jojo juara universiti dua kali". EPG. Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2019.

Pautan luar sunting