Jonathan Bamba (lahir 26 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Ligue 1, Lille.[2] Bamba berasal daripada keturunan Ivory Coast.[3]

Jonathan Bamba
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-03-26) 26 Mac 1996 (umur 28)
Tempat lahir Alfortville, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lille
Nombor 14
Kerjaya remaja
2002–2005 CA Paris-Charenton
2005–2011 UJA Alfortville
2011–2015 Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2018 Saint-Étienne 42 (8)
2016Paris FC (pinjam) 14 (0)
2016Sint-Truiden (pinjam) 8 (2)
2017Angers (pinjam) 16 (3)
2018– Lille 64 (14)
Pasukan kebangsaan
2011 Perancis B16 2 (0)
2013 Perancis B18 3 (0)
2015–2016 Perancis B20 7 (2)
2017–2019 Perancis B21 21 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2019

Kerjaya kelab sunting

Saint-Étienne sunting

Bamba merupakan pemain lepasan akademi Saint-Étienne yang disertainya pada tahun 2011.

Bamba melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 pada 25 Januari 2015 ketika menentang Paris Saint-Germain selepas beliau menggantikan Yohan Mollo pada minit ke-82 permainan yang berakhir dengan kekalahan 0-1 di gelanggang sendiri. Semasa jendela perpindahan musim panas tahun 2015, beliau menjaringkan gol ketika menentang Ajax dalam pertemuan persahabatan. Pada 20 September 2015, beliau beraksi dalam perlawanan liga menentang Nantes dan menjaringkan gol pada minit ke-26 sekali gus mencatatkan jaringan sulungnya dalam perlawanan kompetitif bersama Saint-Étienne.[4]

Pada 18 Januari 2016, Bamba telah menyertai kelab Ligue 2, Paris FC sehingga penghujung musim 2015-16 di samping Paris FC tidak diberi pilihan untuk membeli Bamba secara tetap apabila tempoh pinjamannya tamat.[5][6] Bamba kemudiannya telah dipinjamkan ke kelab Belgium, Sint-Truiden pada musim panas 2016. Namun, Sint-Truiden menghantarnya semula ke Saint-Etienne dengan lebih awal semasa cuti musim sejuk musim 2016–17. Pada 4 Januari 2017, Bamba telah dipinjamkan ke kelab Ligue 1, Angers sehingga ke penghujung musim 2016-17.[7]

Pada 24 September 2017, Bamba menjaringkan gol penyamaan kedua Saint-Étienne daripada kotak penalti pada aksi liga yang tamat dengan keputusan terikat seri 2–2 menentang Rennes sekali gus mencatatkan gol keempatnya di Ligue 1 (tiga jaringan daripadanya ialah melalui sepakan penalti) untuk musim 2017–18.[8]

Lille sunting

Pada 2 Julai 2018, Bamba telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Lille.[9] Pada 11 Ogos 2018, Bamba telah melakukan penampilan sulungnya untuk Lille dan menjaringkan gol terakhir perlawanan untuk menyudahkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Stade Rennais. Pada dua minggu kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan ketiganya di Ligue 1 bersama Lille dan meneruskan rentak jaringannya apabila beliau menyumbat dua jaringan gol bagi membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Guingamp.[10] Pada 30 September, Bamba menghasilkan dua gol termasuk tendangan penalti pada enam minit terakhir untuk memastikan pasukannya mengutip tiga mata penuh pada aksi menewaskan Marseille 3-0.[11] Pada 6 Oktober, beliau menjaringkan gol ketujuhnya di Ligue 1 apabila beliau sekali lagi mencetak dua jaringan gol dan membantu jaringan gol Nicolas Pépé untuk menundukkan Saint-Étienne 3-1.[12]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 4 April 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Saint-Étienne 2014–15 3 0 1 0 0 0 0 0 4 0
2015–16 5 1 1 0 1 0 4[b] 0 11 1
  Paris FC 2016–17 14 0 0 0 0 0 14 0
  Sint-Truiden 2016–17 8 2 3 1 11 3
  Angers 2016–17 16 3 3 0 0 0 19 3
  Saint-Étienne 2017–18 34 7 2 1 1 0 37 8
Jumlah di Saint-Étienne 42 8 4 1 2 0 4 0 52 9
  Lille 2018–19 38 13 3 1 0 0 41 14
2019–20 26 1 3 0 2 0 6[c] 0 37 1
Jumlah 64 14 6 1 2 0 6 0 78 15
Jumlah kerjaya 144 27 16 3 4 0 10 0 197 30
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Piala Belgium.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  3. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Pencapaian sunting

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Jonathan BAMBA - Football : la fiche de Jonathan BAMBA (Saint-Étienne)".
  2. ^ Biodata Jonathan Bamba di Soccerway. Capaian 2015-01-26.
  3. ^ "Jonathan Bamba: le jeune ivoirien à Saint Trond". africatopsports.com (dalam bahasa Perancis). Africa Top Sports. 17 August 2016. Dicapai pada 4 April 2020.
  4. ^ "Saint-Étienne vs. PSG - 25 January 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2015-01-26.
  5. ^ "Jonathan Bamba to join Paris FC on loan". Get French Football News. 18 January 2016.
  6. ^ "Bilel Moshni (Angers) et Jonathan Bamba (Saint-Etienne) au Paris FC". L'Équipe. 18 January 2016.
  7. ^ "Transfert : Jonathan Bamba prêté à Angers". L'Équipe. 4 January 2017.
  8. ^ "Saint-Étienne come from behind twice in Rennes draw". www.ligue1.com. 24 September 2017.
  9. ^ "En fin de contrat à Saint-Etienne, Jonathan Bamba signe à Lille". L'Équipe. 2 July 2018.
  10. ^ "Bamba doubles up as Lille take down Guingamp". www.ligue1.com. 26 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 2020-06-11.
  11. ^ "Lille stun Marseille to move up to second". www.ligue1.com. 30 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-30. Dicapai pada 2020-06-11.
  12. ^ "Lille sink Saint-Etienne to go second". www.ligue1.com. 6 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 2020-06-11.

Pautan luar sunting