Jonathan Kite merupakan pelakon TV, pelakon komedi, dan impresionis Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi wataknya sebagai Oleg Golishevsky dalam siri TV 2 Broke Girls.[1]

Jonathan Kite
Kelahiran (1979-09-02) 2 September 1979 (umur 44)
Skokie, Illinois, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Illinois, Urbana–Champaign
PekerjaanPelakon TV, pelakon komedi
Tahun aktif2003–kini

Kite dibesarkan di Skokie, Illinois,[2], merupakan anak kepada Lynn dan David Kite. [3] Beliau memiliki ijazah teater dari Universiti Illinois di Urbana-Champaign. [3]

Selain 2 Broke Girls, Kite turut pernah membintangi Raising Hope, Kickin' It, American Dad!, The Life & Times of Tim, In the Flow with Affion Crockett, dan Wizards of Waverly Place, selain muncul dalam iklan-iklan untuk AT&T dan Muscle Milk.

Beliau turut dikenali sebagai pengajuk selebriti-selebriti terkenal seperti Vince Vaughn, Tom Hanks, Robert Downey Jr., Seth Rogen, Mark Wahlberg, dan Liam Neeson.[3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting