Jores Okore

Pemain bola sepak

Tetchi Jores Charlemagne Ulrich Okore (lahir 11 Ogos 1992), dikenali sebagai Jores Okore, merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pertahanan untuk Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Denmark.

Jores Okore
Maklumat peribadi
Nama penuh Tetchi Jores Charlemagne
Ulrich Okore[1]
Tarikh lahir (1992-08-11) 11 Ogos 1992 (umur 31)
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 5
Kerjaya remaja
2000–2007 B.93
2007–2011 Nordsjælland
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Nordsjælland 65 (5)
2013– Aston Villa 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2011– Denmark B21 4 (0)
2011– Denmark 8 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 02:08, 22 August 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:35, 7 September 2014 (UTC)

Okore dianggap sebagai pemain pertahanan yang agresif, dan terkenal dengan kecepatan dan kekuatannya.[2]

Kehidupan awal sunting

Okore dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast; dia berpindah ke Denmark dengan keluarganya ketika berumur 3 tahun, dimana dia bermain bola sejak berumur 8 tahun bersama B.93 di daerah Østerbro, Copenhagen.[3] Dia berpindah ke FC Nordsjælland pada tahun 2007, dimana dia merupakan kapten pasukan belia.[4]

Karier senior sunting

FC Nordsjælland sunting

Setelah sebelumnya membuat beberapa penampilan dalam perlawanan Piala Denmark , termasuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FCN dalam musim 2010-11. Okore membuat kemunculan sulung liga ketika menentang AC Horsens pada 3 April 2011, sebagai pemain gantian kepada Michael Parkhurst.[5] Dia terus membuat penampilan pasukan utama selepas kecederaan Parkhurst, untuk baki musim 2010–11, berjaya membuat sebelas penampilan liga dan satu bantuan gol.[2][6] Jorés Okore menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama kelab yang berpangkalan di Farum pada bulan Jun 2011,[4] dan dijadikan ahli rasmi skuad senior untuk musim Superliga 2011–12 oleh ketua jurulatih baru, Kasper Hjulmand.

Pada 18 September 2011, Okore menjaringkan gol senior pertamanya untuk FC Nordsjælland, ketika kemenangan 2–0 ke atas Brøndby. Ia merupakan satu-satunya gol yang di jaringkan pada musim itu.[7] Pada bulan November 2011 dia menandatangani kontrak baru, melanjutkan kontrak semasanya dengan FCN sehingga bulan Disember 2016.[8] Dia dijadikan naib-kapten FC Nordsjælland untuk muim 2012–2013.

Ketika tingkap perpindahan bulan Januari 2013, Okore menolak perpindahan ke Chelsea dan Metalist Kharkiv.

Aston Villa sunting

Pada 13 Jun 2013, Okore menyertai Aston Villa secara perjanjian empat tahun dengan yuran dipercayai sekitar £4 juta.[9] FC Nordsjælland mengesahkan melalui akaun Twitter dan Facebook rasmi kelab bahawa ia merupakan penjualan paling mahal mereka. Dia membuat kemunculan sulung Liga Perdana Inggeris pada 21 Ogos 2013 di Stamford Bridge menentang Chelsea, menggantikan Ciaran Clark yang cedera beberapa minit sebelum separuh masa.[10] Okore beraksi dalam kesebelasan utama Liga Perdana buat kali pertama pada 24 Ogos ketika menentang Liverpool. Pada 16 September 2013, Aston Villa mengumumkan Okore akan terlepas musim 2013–14 season setelah mengalami kecederaan serius, yang memerlukan pembedahan, ketika perlawanan menentang Newcastle United pada 14 September.[11]

Karier antarabangsa sunting

Pada 6 September 2011, Okore membuat penampilan antarabangsa yang pertama untuk pasukan bawah-21 ketika berumur 19 tahun, dalam kelayakan Piala bawah-21 UEFA, menang 3–0 ke atas Ireland Utara.

Pada 6 November 2011 Jores Okore dipanggil ke pasukan bola sepak kebangsaan Denmark menggantikan Simon Kjær, untuk perlawanan persahabatan menentang Sweden pada 11 November 2011.[12] Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan itu, masuk pada minit ke 62, menggantikan Andreas Bjelland.[13] Pada 24 Mei 2012, Okore telah dipilih ke dalam skuad Denmark untuk Euro 2012.[14]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 16 September 2013[15]
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
FC Nordsjælland 2009–10 Danish Superliga 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0
2010–11 Danish Superliga 11 0 3 0 0 0 0 0 14 0
2011–12 Danish Superliga 25 1 3 0 2 0 0 0 30 1
2012–13 Danish Superliga 29 4 0 0 5 0 0 0 34 4
Jumlah 65 5 7 0 7 0 0 0 79 5
Aston Villa 2013–14 Liga Perdana Inggeris 3 0 1 0 0 0 0 0 4 0
Jumlah 3 0 0 0 0 0 0 0 4 0
Jumlah karier 68 5 8 0 7 0 0 0 83 5

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21. Dicapai pada 16 August 2013.
  2. ^ a b Larsen, Niels (8 April 2011). "Hvem f... er Jorés Okore?" (dalam bahasa Danish). Tipsbladet.dk. Dicapai pada 11 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Pedersen, Johnny Gudmand (15 November 2011). "FCNs Okore drømmer om Chelsea". Sporten.dk (dalam bahasa Danish). GoNews.dk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada 17 November 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b Helmin, Jesper (9 June 2011). "Lang FCN contract for Okore" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai pada 11 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Blond, Mikael (4 April 2011). "Superliga-debutant: Var lidt surrealistisk" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai pada 11 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "FCN: Målscorere" (dalam bahasa Danish). FCN.dk (F.C. Nordsjælland). Dicapai pada 11 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Jores Okore". www.uefa.com. Dicapai pada 14 June 2013.
  8. ^ Akbal, Ejder (4 November 2011). "Jores Okore forlænger med Nordsjælland" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai pada 6 November 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Aston Villa sign Danish defender Jores Okore". itv.com. 13 June 2013. Dicapai pada 13 June 2013.
  10. ^ "Chelsea 2 Aston Villa 1: match report". The Telegraph. 22 August 2013. Dicapai pada 24 August 2013.
  11. ^ "Jores Okore: Aston Villa defender injures cruciate ligament". BBC Sport. Dicapai pada 17 September 2013.
  12. ^ Blond, Mikael (6 November 2011). "19-årig FCN-komet afløser Kjær" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai pada 6 November 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Houlind, Søren (11 October 2011). "Sommerfuglene ramte Okore" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai pada 11 October 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Fink, Lars (24 May 2012). "Overraskelse: Okore skal til EM" (dalam bahasa Danish). TV2. Dicapai pada 24 May 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Jores Okore". Soccerbase. Dicapai pada 26 May 2014.

Pautan luar sunting