José Altafini

pemain bola sepak Itali

José João Altafini (lahir 24 Julai 1938) juga dikenali sebagai "Mazzola" di Brazil (ketika Altafini mula bermain bola sepak, beliau dilihat menyerupai legenda bola sepak Itali, Valentino Mazzola), merupakan bekas pemain bola sepak Brazil-Itali yang beraksi di posisi penyerang.[1] Beliau memulakan kerjayanya di kelab Brazil, Palmeiras. Kemudian, beliau berpindah ke kelab AC Milan di Itali dan beliau mencipta nama di sana. Beliau meraih kejayaan domestik dan antarabangsa bersama kelab tersebut. Beliau turut beraksi untuk kelab Napoli dan Juventus sebelum menamatkan kariernya di Switzerland dengan beraksi untuk kelab Chiasso dan Mendrisiostar. Seorang penyerang berprolifik, Altafini memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu perlawanan Piala Eropah.[2] Beliau merupakan penjaring gol keempat terbanyak dalam sejarah Serie A (bersama Giuseppe Meazza) dengan menjaringkan 216 gol dan beliau turut memegang rekod pemain termuda menjaringkan 100 gol di Serie A.[3] Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili Brazil dan Itali. Beliau sebahagian daripada skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 1958 sebelum mewakili Itali ke kejohanan Piala Dunia 1962.

José Altafini
Maklumat peribadi
Nama penuh José João Altafini
Tarikh lahir (1938-07-24) 24 Julai 1938 (umur 85)
Tempat lahir Piracicaba, Brazil
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1956–1958 Palmeiras 114 (89)
1958–1965 Milan 205 (120)
1965–1972 Napoli 180 (71)
1972–1976 Juventus 74 (25)
1976–1979 Chiasso 60 (18)
1979–1980 Mendrisiostar 20 (11)
Jumlah 653 (334)
Pasukan kebangsaan
1957–1958 Brazil 8 (4)
1961–1962 Itali 6 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Diakui merupakan salah satu penyerang terbaik dan lengkap dalam kalangan generasinya dan salah satu pemain terhebat Milan dan Serie A, Altafini merupakan seorang penyerang berbisa, lincah, pantas dan kuat. Beliau kini bekerja sebagai pundit di siaran televisyen Itali, Sky Italia. Beliau juga pengulas di radio Itali, RTL 102.5. Selain itu, beliau merupakan pengulas kedua dalam permainan video Pro Evolution Soccer di Itali.[4] Sebagai seorang pundit, beliau amat popular dengan membikin ungkapan "golaço" (dalam bahasa Itali, "golasso") apabila gol penting dijaringkan[5] serta seruannya yang ikonik iaitu "incredibile, amici!" ("luar biasa, temanku!").[6][7]

Kehidupan awal sunting

Altafini telah dilahirkan pada 24 Julai 1938 di Piracicaba, sebuah bandar yang terletak dalam daerah São Paulo, Brazil. Bandar tersebut dihuni komuniti besar Itali yang kebanyakannya berasal dari Trentino Alto Adige, di mana dialek tertentu masih dituturkan. Beliau berasal daripada keluarga buruh Itali. Bapanya bernama Gioacchino Altafini manakala ibunya bernama Maria Marchesoni dan berasal dari Caldonazzo (Trentino) sekali gus mengizinkannya memperoleh kerakyatan Itali.[8] Bapa José bekerja di kilang gula manakala ibunya bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga kaya.[9] José mula bermain bola sepak untuk akademi kelab di bandar São Paulo, XV de Novembro Sporting Club pada usia 16 tahun. Pada masa itu, beliau diberi nama samaran "Mazola", kerana rupa paras fizikalnya menyerupai dan mirip legenda pemain tengah Itali, Valentino Mazzola.[10] Seawal usia 17 tahun, beliau mula bermain untuk kelab remaja Brazil-Itali di São Paulo iaitu Palmeiras. Pada mulanya, beliau beraksi di posisi pemain tengah menyerang dan di posisi sayap. Namun, beliau berpindah ke posisi yang lebih menumpukan serangan iaitu posisi penyerang.[11][12]

Kerjaya kelab sunting

Palmeiras sunting

Altafini melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Brazil-Itali di São Paulo, Palmeiras pada 29 Januari 1956. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan tersebut dan menjadi penjaring termuda kelab iaitu ketika usia 17 tahun serta rekod tersebut masih gah hingga ke hari ini.[13] Beliau beraksi untuk kelab Brazil tersebut selama dua musim (1956 dan 1957). Beliau menjaringkan 32 gol dalam 63 perlawanan kompetitif dan 83 gol dihasilkan dalam 114 perlawanan jika termasuk perlawanan separuh rasmi dan persahabatan.[14] Nisbah jaringan golnya iaitu 0.74 gol setiap perlawanan meletakkannya sebagai pemain kelima terbaik Palmeiras.[15] Pada 9 Jun 1957, beliau mencetak kelima-lima gol Palmeiras dalam perlawanan menentang Noroeste sekali gus beliau mencipta rekod pemain Palmeiras pertama menjaringkan gol terbanyak dalam sesuatu perlawanan.[16] Pada 6 Mac 1958, Altafini menjaringkan dua gol dalam perlawanan bersejarah menentang pasukan legenda, Santos yang dibintangi Pelé, Pepe dan Zito yang berlangsung di Torneio Rio-São Paulo. Walaupun Altafini menghasilkan gol, perlawanan berkesudahan 7-6 berpihak kepada Santos.[17]

Milan sunting

 
Altafini beraksi untuk Milan

Altafini memulakan kariernya di Itali dengan berpindah ke A.C. Milan pada tahun 1958 selepas aksi Piala Dunia di Sweden. Bakat dan potensinya dikesan oleh ejen Milan ketika Altafini mengikuti perlawanan persahabatan di Itali menenetang kelab Internazionale dan Fiorentina dalam persiapan menghadapi kejohanan akan datang dan Altafini menyumbat gol pada perlawanan tersebut. Beliau dibeli oleh kelab Itali sebelum kejohanan Piala Dunia di Sweden dengan nilai 135 juta lira Itali.[18] Altafini melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 21 September 1958 ketika beliau berusia 20 tahun. Pada musim pertamanya di Milan, beliau menjaringkan 28 gol dalam 32 penampilannya di Serie A selain beliau meraih kejuaraan "Scudetto" pertamanya. Beliau turut menghasilkan empat gol dalam empat perlawanan Coppa Italia pada musim tersebut. Secara keseluruhannya, beliau menjaringkan 32 gol sepanjang 36 kemunculannya dalam seluruh kejohanan.[19][20][21] Beliau menghasilkan gol liga sulungnya pada 5 Oktober menentang Bari. Altafini merupakan penjaring terbanyak Coppa Italia 1960-61 dengan mencetak empat gol walaupun Milan gagal lolos ke pusingan kedua kejohanan. Pada 27 Mac 1960, Altafini menjaringkan empat gol dalam pertembungan Milan menentang musuh tradisi, Inter Milan yang berkesudahan Milan menang 5-3. Pada musim-musim berikutnya, Milan menghuni tangga kedua dan ketiga liga dan Altafini meneruskan rentak cemerlangnya apabila jaringan golya mencecah lebih 20 gol.[22] Pada 12 November 1961, beliau menjaringkan empat gol ketika menentang Juventus sekali gus membolehkan Milan meraih kejuaraan Serie A sekali lagi ketika musim 1961–62. Pada musim yang sama, Altafini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Serie A dengan menjaringkan 22 gol dalam 33 perlawanan. Anugerah itu dikongsi bersama Aurelio Milani.[23][24]

Dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1963, Altafini menjaringkan dua gol menentang Benfica bagi memastikan Milan merangkul kejuaraan Eropah pertama.[25] Perlawanan tersebut berkesudahan 2-1 dan Altafini menamatkan saingan kejohanan Piala Eropah sebagai penjaring terbanyak dengan menjaringkan 14 gol[26][27] dan rekod itu dikejutkan pada musim 2013-14 oleh Cristiano Ronaldo yang menghasilkan 17 gol.[28] Ketika Milan mencatatkan kemenangan 5–0 ke atas l'Union Luxembourg, beliau menjaringkan kelima-lima gol Milan pada perlawanan tersebut dan rekod tersebut dikongsi lapan pemain lain termasuklah Lionel Messi.[29][30] Milan tewas dalam perlawanan akhir Piala Antara Benua 1963 kepada Santos 1-0 dalam perlawanan play-off selepas terikat seri 6-6 secara agregat. Altafini menjaringkan satu gol pada kejohanan tersebut pada perlawanan kedua yang menyaksikan Milan tewas 4-2. Persembahan cemerlang Altafini membolehkannya dicalonkan dalam anugerah Ballon d'Or 1963 dan 1964. Beliau menduduki tempat ke-11 dan ke-16 masing-masing. Kemunculannya lebih terhad pada musim-musim seterusnya dan Milan turut merangkul sedikit trofi. Milan menghuni tempat kedua di belakang Internazionale pada musim 1964–65.[31] Sepanjang tujuh musimnya bersama Milan, Altafini merangkul dua kejuaraan Serie A, satu trofi Piala Eropah serta dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak Serie A, Coppa Italia dan Piala Eropah.[32]

Napoli sunting

Pada tahun 1965, Altafini melakukan perpindahan ke Napoli kerana berselisih pendapat dengan Amarildo dan Paolo Ferrario ketika di Milan.[33] Di Napoli, beliau membentuk barisan serangan mantap bersama playmaker Argentina-Itali iaitu Omar Sivori serta mereka merupakan rakan sepasukan ketika mewakili Itali ke kejohanan Piala Dunia 1962 di Chile.[34] Beliau kekal di Napoli selama tujuh tahun sehingga tahun 1972. Pada 31 Disember 1967, ketika perlawanan menentang Torino yang berkesudahan seri 2-2, Altafini menjaringkan gol akrobatik iaitu sepakan gunting. Gol tersebut amat luar biasa ("golaço") dan mengangkatnya sebagai pemain popular dalam kalangan peminat Napoli.[35] Saat di Napoli, beliau membantu Napoli mencabar gelaran "Scudetto". Beliau membantu Napoli mencatat keputusan terbaiknya di Serie A pada musim 1967-68 apabila Napoli menghuni tangga kedua liga di belakang pendahulu liga, Milan. Beliau turut merupakan penjaring kedua terbanyak Serie A pada musim tersebut. Selain itu, Alfatini membantu Napoli menduduki tangga ketiga liga pada tahun 1966 dan 1971. Ketika musim 1971–72, Altafini membantu Napoli mara ke final Coppa Italia 1971–72 walaupun mereka kecundang kepada kelab lama Altafini, Milan dengan skor 2-0. Sepanjang tempoh kariernya di Napoli, beliau hanya meraih kejuaraan kecil iaitu Coppa delle Alpi ketika musim 1966–67.[36]

Juventus sunting

 
Altafini (kiri) bersama rakan sepasukannya di Juventus, Dino Zoff pada tahun 1972.

Altafini berpindah ke Juventus pada tahun 1972 dan beliau bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Napoli iaitu Dino Zoff. Walaupun usianya semakin melonjak tua, beliau sering digunakan sebagai pemain gantian. Altafini membantu Juventus meraih dua gelaran "Scudetto" ketika musim 1972–73 dan 1974–75. Ketika musim 1972–73, Juventus berada di tangga kedua liga di belakang pendahulu, Milan. Pada perlawanan liga terakhir Juventus pada musim tersebut iaitu menentang Roma, Juventus ketinggalan pada separuh masa pertama tetapi Altafini menjaringkan gol penyamaan penting (gol kesembilan Altafini pada musim tersebut) sebelum Antonello Cuccureddu menyumbat gol kemenangan pada lewat permainan manakala Milan sebagai pendahulu liga tewas kepada Hellas Verona. Kemenangan yang dicatatkan oleh Juventus pada perlawanan terakhir liga membolehkan mereka meraih "Scudetto".[37][38] Selain itu, kenangan lain Altafini bersama Juventus ketika beliau menjaringkan gol menentang kelab lamanya, Napoli ketika musim 1974-75 di kala usia 37 tahun.[39] Sebelum perlawanan tersebut, Juventus berada di puncak liga dan berada kelebihan dua mata berbanding Napoli yang menghuni tangga kedua liga. Altafini beraksi sebagai pemain gantian ketika beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan dan beliau menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-88 sekali gus meraikan kemenangan Juventus ke atas Napoli dengan skor 2-1. Kemenangan ini turut menyaksikan Juventus sekali lagi merangkul "Scudetto". Altafini pula menjaringkan lapan gol dalam 20 kemunculannya pada musim tersebut.[40]

Di samping itu, Altafini membantu Juventus melangkah ke final Coppa Italia dan Piala Eropah pada tahun 1974. Pada musim tersebut, Juventus hampir meraih rekod "treble" apabila tewas dalam kedua-dua aksi final kejohanan tersebut walaupun telah merangkul "Scudetto".[41] Juventus tewas kepada kelab lama Altafini, Milan pada aksi final Coppa Italia menerusi penentuan penalti manakala dalam aksi final Piala Eropah, mereka dikecewakan wakil Belanda, Ajax.[42][43] Ketika musim 1973–74, Juventus gagal meraih sebarang trofi manakala Altafini mencetak tujuh gol dalam 21 kemunculan dan pada musim terakhirnya bersama Juve, Altafini hanya tampil dalam 10 perlawanan. Walau bagaimanapun, Juventus hampir merangkul "Scudettto" apabila mereka menghuni di tangga kedua liga di bawah pendahulu dan musuh tradisi, Torino. Altafini memutuskan beliau ingin meninggalkan Serie A selepas menempuh selama 18 musim di Itali.[44]

Saat beliau meninggalkan Juventus ketika berusia 38 tahun pada tahun 1976, Altafini telah beraksi dalam 459 perlawanan Serie A dan menjaringkan 26 gol walaupun beliau telah menghasilkan lebih banyak gol pada permulaan kariernya. Bahkan, beliau hanya menjaringkan 53 gol dalam lapan musim terakhirnya di Itali manakala setelah lapan musim beliau beraksi di Itali, Altafini telah menghasilkan 134 gol. Beliau kini merupakan penjaring gol keempat terbanyak Serie A di samping Giuseppe Meazza. Mereka berdua di belakang Silvio Piola, Totti dan Nordahl. Beliau turut memegang rekod pemain kedua di belakang Javier Zanetti yang melakukan kemunculan terbanyak di Serie A dalam kalangan pemain bukan Itali.[5]

Switzerland sunting

Selepas meninggalkan Itali pada tahun 1976, Altafini beraksi selama empat tahun di Switzerland untuk kelab divisyen kedua, FC Chiasso sebelum layak ke Liga Super League. Beliau menjaringkan 14 gol dalam 26 perlawanan liga pada musim pertamanya di Switzerland. Kemudian, beliau beraksi untuk kelab lain di divisyen kedua, Mendrisiostar sebelum mengumumkan persaraan pada usia 42 tahun pada tahun 1980 selepas melalui 25 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.[45]

Kerjaya antarabangsa sunting

Brazil sunting

Altafini melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan Brazil ketika berusia 18 tahun dan 327 hari pada 16 Jun 1957 menentang Portugal dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan Brazil menang 3-0.[46] Pada 7 dan 10 Julai, beliau membantu Brazil menjuarai Copa Roca menentang musuh tradisi, Argentina dan beliau menjaringkan satu gol.[47][48]

Altafini beraksi di bawah nama Mazzola sebahagian daripada pasukan Brazil yang menjuarai Piala Dunia 1958 di Sweden. Beliau merupakan pemain kedua termuda di dalam skuad selepas Pelé. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan pembukaan kejohanan menentang Austria pada 8 Jun namun beliau mengalami kecederaan pada perlawanan seterusnya menentang England yang berkesudahan keputusan terikat seri tanpa jaringan. Beliau turut terlepas perlawanan peringkat kumpulan.[49] Beliau kembali semula pada perlawanan peringkat suku akhir menentang Wales. Beliau beraksi dengan cemerlang dan membantu Pelé menjaringkan gol tunggal perlawanan.[50] Namun, beliau digantikan oleh Vavá pada peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir. Walaupun Altafini tidak beraksi pada final, pasukan Brazil berjaya menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kali selepas menewaskan tuan rumah, Sweden. Secara keseluruhannya, beliau telah tampil dalam 8 perlawanan untuk pasukan Brazil dan menjaringkan empat gol.[51]

Itali sunting

Altafini melakukan penampilan sulungnya untuk Itali pada 15 Oktober 1961 pada perlawanan play-off Piala Dunia 1962 menentang Israel. Beliau menjaringkan gol pada perlawanan tersebut yang berlangsung di Ramat Gan dan tampil pada perlawanan kedua sebelum Itali menempah tiket ke kejohanan akhir. Sebelum aksi Piala Dunia, beliau menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Perancis dan Belgium. Altafini beraksi dalam dua perlawanan pertama Piala Dunia 1962 iaitu menentang Jerman Barat dan Chile dan menyaksikan Itali tersingkir pada pusingan pertama.[52] Walaupun hanya berusia 24 tahun, beliau tidak menerima panggilan oleh skuad kebangsaan Itali selepas kempen Piala Dunia 1962 yang mengecewakan dan beliau dikritik kerana persembahannya yang melepaskan kawalan bola dengan mudah.[53] Altafini hanya tampil dalam enam perlawanan untuk Itali dan menjaringkan lima gol. Secara keseluruhannya dalam kerjaya antarabangsa Altafini, beliau telah menjaringkan sembilan gol dalam 6 14 perlawanan.

Media sunting

 
Altafini (kiri) dihadiahi jersi ulang tahun ke-50 oleh Presiden Brazil sempena kejayaan Piala Dunia 1958.

Pengulas sunting

Selepas mengumumkan persaraan, Altafini menjadi pengulas bola sepak terkenal di Itali dengan membikin ungkapan golazzo iaitu satu terjemahan daripada perkataan Portugis, golaço yang bermaksud 'great goal' (gol hebat) walaupun ia sememangnya bukan perkataan Itali. Beliau sering menggunakan ungkapan tersebut ketika mengulas pada awal dan akhir program Football Italia di Channel 4.[54]

Filem sunting

Di dalam filem biografi iaitu Pelé: Birth of a Legend, watak Altafini dilakonkan oleh pelakon asal Mexico, Diego Boneta.

Penulis sunting

Altafini juga menulis dua buah buku iaitu Incredibile amici! Il mio manuale del calcio, bersama Pierluigi Pardo dan Futebol e alegria. Personaggi, fatti, aneddoti del mio calcio bersama Maurizio Barberis.

Statistik kerjaya sunting

Karier di Itali sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Milan 1958–59 32 28 4 4 2 2 38 34
1959–60 33 20 4 2 2 4 38 26
1960–61 34 22 2 4 2 0 38 26
1961–62 32 22 2 0 34 22
1962–63 31 11 2 1 9 14 4 5 46 31
1963–64 30 14 1 0 4 4 3 1 38 19
1964–85 12 3 12 3
Jumlah 204 120 9 9 19 20 13 12 245 161
  Napoli 1965–66 34 14 2 1 1 1 4 6 41 22
1966–67 27 16 1 1 5 1 33 18
1967–68 29 13 2 1 3 3 34 17
1968–69 21 5 4 2 3 1 0 0 28 8
1969–70 15 8 3 0 3 0 5 3 26 11
1970–71 25 7 11 4 36 11
1971–72 29 8 5 2 2 0 36 10
Jumlah 180 71 28 11 17 6 9 9 234 97
  Juventus 1972–73 23 9 6 0 6 3 35 12
1973–74 21 7 8 2 2 1 1 0 32 10
1974–75 20 8 6 0 9 5 35 13
1975–76 10 1 4 1 3 0 17 2
Jumlah 74 25 24 3 20 9 1 0 119 37
Jumlah kerjaya 458 216 61 23 55 34 24 22 598 295

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
1957 3 2
1958 5 2
Jumlah 8 4
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1961 2 1
1962 4 4
Jumlah 6 5

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Milan[55]
Juventus[56]
Napoli[57]

Antarabangsa sunting

Brazil[58]

Individu sunting

Nota sunting

Catatan sunting

  1. ^ Carlisle, Jeff (2009-02-28). Soccer's Most Wanted™ II: The Top 10 Book of More Glorious Goals, Superb Saves, and Fantastic Free-Kicks. Potomac Books, Inc. m/s. 185–. ISBN 9781597976589. Dicapai pada 27 November 2012.
  2. ^ name=magliarossonera.it
  3. ^ name=record26>Redazione La Nazione. "Solo Altafini come Gilardino: bomber a 26 anni". Goal.com. Dicapai pada 5 March 2016.
  4. ^ "Campioni Sportivi: José Altafini". Dicapai pada 28 December 2014.
  5. ^ a b "José Altafini: Italy-Brazil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 28 December 2014.
  6. ^ name=magliarossonera.it
  7. ^ name=icampionidellosport.com
  8. ^ "Brasileiros no Calcio: José Altafini". Dicapai pada 28 December 2014.
  9. ^ name="Altafini e il film su Pelé"
  10. ^ name=magliarossonera.it
  11. ^ name=icampionidellosport.com
  12. ^ name=milanworld.net
  13. ^ name=icampionidellosport.com
  14. ^ name=paixaopalmeirense.com.br>"os vinte maiores artilheiros do palmeiras". Dicapai pada 28 December 2014.
  15. ^ name=paixaopalmeirense.com.br
  16. ^ name=paixaopalmeirense.com.br
  17. ^ name=paixaopalmeirense.com.br
  18. ^ name=milanworld.net>"Hall of Fame: José Altafini". milanworld.net. Dicapai pada 28 December 2014.
  19. ^ name=storiedicalcio.altervista.org
  20. ^ name=milanworld.net
  21. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini">"A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini". A.C. Milan. Dicapai pada 28 December 2014.
  22. ^ name=world-football-legends.co.uk
  23. ^ name=world-football-legends.co.uk
  24. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  25. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  26. ^ name=world-football-legends.co.uk
  27. ^ name="Messi sets UEFA Champions League goal record">"Messi sets UEFA Champions League goal record". Dicapai pada 28 December 2014.
  28. ^ "Record-breaking Ronaldo takes scoring honours". UEFA. 24 May 2014. Dicapai pada 15 March 2015.
  29. ^ name=world-football-legends.co.uk
  30. ^ name="Messi sets UEFA Champions League goal record"
  31. ^ name=world-football-legends.co.uk
  32. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  33. ^ name=magliarossonera.it
  34. ^ name=icampionidellosport.com
  35. ^ "Serie A 1967-68 - Enciclopedia del Calcio". Dicapai pada 28 December 2014.
  36. ^ name=world-football-legends.co.uk
  37. ^ name="Gli eroi in bianconero: Josè ALTAFINI"
  38. ^ name=world-football-legends.co.uk
  39. ^ name=world-football-legends.co.uk
  40. ^ name="Gli eroi in bianconero: Josè ALTAFINI"
  41. ^ name=icampionidellosport.com
  42. ^ name=icampionidellosport.com
  43. ^ name=world-football-legends.co.uk
  44. ^ name=world-football-legends.co.uk
  45. ^ name=world-football-legends.co.uk
  46. ^ name="Seleção Brasileira">"Seleção Brasileira (Brazilian National Team) 1957-1958". Dicapai pada 28 December 2014.
  47. ^ name=storiedicalcio.altervista.org
  48. ^ name="Seleção Brasileira"
  49. ^ "Tardes de Pacaembu: O FUTEBOL SEM AS FRONTEIRAS DO TEMPO ~ Um resumo biográfico de 475 craques com 8.300 fotos". Dicapai pada 28 December 2014.
  50. ^ name=icampionidellosport.com
  51. ^ name=storiedicalcio.altervista.org
  52. ^ "José Altafini". EU Football.
  53. ^ name=icampionidellosport.com
  54. ^ name=world-football-legends.co.uk
  55. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  56. ^ name="Gli eroi in bianconero: Josè ALTAFINI"
  57. ^ name="Gli eroi in bianconero: Josè ALTAFINI"
  58. ^ name="Gli eroi in bianconero: Josè ALTAFINI"
  59. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  60. ^ Roberto Di Maggio; Davide Rota (4 June 2015). "Italy - Coppa Italia Top Scorers". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2015. Dicapai pada 15 June 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  61. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  62. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"
  63. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Josè Altafini"

Pautan luar sunting