José María Callejón Bueno (lahir 11 Februari 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang kini bermain untuk kelab Itali, S.S.C. Napoli di posisi penyerang dan sayap.

José Callejón
Maklumat peribadi
Nama penuh José María Callejón Bueno
Tarikh lahir (1987-02-11) 11 Februari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Motril, Sepanyol
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 7
Kerjaya remaja
Costa Tropical
2002–2006 Real Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Real Madrid C
2007–2008 Real Madrid B 41 (21)
2008–2011 Espanyol 97 (10)
2011–2013 Real Madrid 55 (8)
2013– Napoli 158 (51)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Sepanyol B21 4 (1)
2014– Sepanyol 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Oktober 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Oktober 2017

Kerjaya kelab sunting

Real Madrid sunting

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan B pada Mei 2007 dan bermain empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol.

Pada musim 2007-08, beliau telah bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan 21 gol dan menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak di Segunda División B.

Espanyol sunting

Pada penghujung musim, Callejon meninggalkan Real Madrid dan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab RCD Espanyol. Beliau membuat debut La Liga pada 20 September 2008 sebagai pemain gantian ketika menentang Getafe CF, seri 1-1.

Pada 15 Mac 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab Catalan itu ketika seri 3-3 bertemu RCD Mallorca. Pada 15 Januari 2011, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan mengalahkan Sevilla FC, 2-1. Beliau hanya terlepas satu perlawanan liga dan menjairngkan enam gol untuk Espanyol.

Kembali ke Real sunting

Pada 23 Mei 2011, Callejon kembali semula ke Real Madrid dengan menandatangani kontrak lima tahun dengan bayaran 5.5 juta euro. Pada 16 Julai, beliau bermain pada perlawanan pertamanya untuk Real pada perlawanan persahabatan menentang Los Angeles Galaxy serta menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-30.

Pada 2 Oktober 2011, Callejon menjaringkan gol pertamanya yang rasmi untuk Real ketika menentang bekas kelab beliau, Espanyol. Beliau menjaringkan gol melalui hantaran Cristiano Ronaldo. Beliau tidak meraikan gol itu tetapi sebaliknya mengangkat tangannya ke udara sebagai tanda hormat kepada bekas kelab beliau. Pasukan Real menang 4-0.

Callejón bermula dengan baik dalam kempen Liga Juara-Juara pada 22 November 2011 dengan menjaringkan dua gol ketika membelasah GNK Dinamo Zagreb 6-2. Beliau menambah lagi dua jaringan ketika menentang wakil Belanda, Ajax Amsterdam 3-0.

Beliau menjaringkan tiga gol pada saingan Piala Raja Sepanyol menentang SD Ponferradina dengan jumlah agregat 7-0. Pada 14 Januari 2012, beliau menjaringkan gol kemenangan ketika mengatasi Mallorca 2-1. Pada perlawanan berikutnya, beliau menjaringkan gol sekali lagi ke atas Athletic Bilbao, 4-1.

Napoli sunting

Musim 2013–14 sunting

Pada 9 Julai 2013, kelab Itali, S.S.C. Napoli telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan Callejón yang dilaporkan bayaran mencecah 10 juta euro.

Callejón menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya di Serie A pada 25 Ogos dengan menjaringka gol pembukaan pada perlawanan kemenangan 3-0 ke atas Bologna F.C. 1909 dan beliau meneruskan menjaringkan tujuh gol pada 20 perlawanan seterusnya. Pada 22 Oktober, beliau menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah buat kelab barunya pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Olympique de Marseille, 2-1.

Pada 3 Mei 2014, beliau membuat hantaran kepada Dries Mertens buat gol ketiga ketika menang 3-1 ke atas ACF Fiorentina pada perlawanan akhir Coppa Italia. Callejón menjairngkan gol pada perlawanan terakhir msi mketika membelasah Hellas Verona F.C., 5-1 pada 18 Mei. Beliau menjaringkan gol ke-100 Napoli pada semua kejohanan pada musim ini dan gol ke-20 bagi Callejon.

Musim 2014–15 sunting

Callejón menjaringkan gol pertamanya pada musim 2014-15 pada hari pembukaan kempen Serie dengan menang 2-1 ke atas Genoa CFC. Pada 19 Oktober, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Internazionale, seri 2-2.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 7 November 2014, Callejón dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol buat pertama kali pada perlawanan menentang Belarus dan Jerman. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada 15 November ketika menang 3-0 ke atas Belarus pada perlawanan kelayakan Euro 2016.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 12 April 2015
Kelab Musim Liga Piala1 Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Real Madrid B 2006–07 4 0 4 0
2007–08 37 21 37 21
Jumlah 41 21 41 21
  Espanyol 2008–09 24 2 6 2 30 4
2009–10 36 2 1 0 37 2
2010–11 37 6 2 0 39 6
Jumlah 97 10 9 2 106 12
  Real Madrid 2011–12 25 5 6 3 5 5 36 13
2012–13 30 3 7 2 4 2 41 7
Jumlah 55 8 13 5 9 7 77 20
  Napoli 2013–14 37 15 5 3 10 2 52 20
2014–15 30 10 5 0 12 0 47 10
2015–16 38 7 2 1 7 5 47 13
2016–17 37 14 4 2 8 1 49 17
Jumlah 158 51 16 6 46 11 220 68
Jumlah kerjaya 351 90 38 13 55 18 444 121
1Termasuk kejohanan Supercopa de España.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Real Madrid
Napoli

Individu sunting

Pautan luar sunting