José de Jesús Corona

Footballer

José de Jesús Corona Rodríguez, (lahir 26 Januari 1981) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk Cruz Azul. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Jesús Corona
Jesús Corona.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh José de Jesús Corona Rodríguez
Tarikh lahir (1981-01-26) 26 Januari 1981 (umur 41)
Tempat lahir Guadalajara, Mexico
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Cruz Azul
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2004 Atlas 47 (0)
2004–2009 Tecos UAG 168 (0)
2009– Cruz Azul 164 (0)
Pasukan kebangsaan
1997 Mexico B17 3 (0)
2004–2005 Mexico B23 15 (0)
2005– Mexico 34 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Mei 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Kerjaya kelabSunting

Corona memulakna kerjayanya di F.C. Atlas pada tahun 2002. Beliau telah bermain sebanyak 47 perlawanan dari tahun 2002 sehingga 2004. Beliau kemudian berpindah ke Tecos UAG pada 2004.

Pada 16 Jun 2009, Corona menandatangani kelab Cruz Azul selama tiga tahun. Pada tahun yang sama, beliau membantu Cruz Azul melangkah ke perlawanan akhir liga menentang C.F. Monterrey, tetapi pasukannya sekadar naib juara. >

Kerjaya antarabangsaSunting

Corona telah dipilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Mexico di Piala Dunia FIFA 2006 sebagai pilihan kedua penjaga gol. Beliau tidak dapat bermain untuk Mexico pada kejohanan itu. Pada 2007, bekas jurulatih Hugo Sánchez memasukkan beliau dalam senarai 23 pemain untuk Piala Emas CONCACAF sebagai penjaga gol ketiga. Beliau asalnya menjadi penjaga gol pertama pada kejohanan Piala Emas CONCACAF 2011 tetapi beliau telah bergaduh dalam aksi kedua perlawanan separuh akhir Primera División de México 2010-11 di antara pasukannya, Cruz Azul dan Monarcas Morelia. Jurulatih pasukan Mexico, José Manuel de la Torre memotong beliau daripada skuad yang bertanding dalam Piala Emas 2011 dan Copa América 2011. Beliau digantikan oleh Jonathan Orozco.

Beliau mewakili Mexico di Sukan Olimpik 2012. Beliau menjadi kapten pasukan Mexico yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir menumpaskan Brazil, 2-1 untuk memenangi pingat emas buat pertama kali di Stadium Wembley.

PenghargaanSunting

KelabSunting

Cruz Azul

AntarabangsaSunting

Mexico

IndividuSunting

RujukanSunting

Templat:Skuad Cruz Azul