José Piendibene

(Dilencongkan dari Jose Piendibene)

José Miguel Piendibene Ferrari atau Piendibene (5 June 1890 - 12 November 1969) ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan Uruguay.

José Piendibene
José Piendibene
Maklumat peribadi
Nama penuh José Miguel Piendibene Ferrari
Tarikh lahir (1890-06-05)5 Jun 1890
Tarikh kematian 12 November 1969(1969-11-12) (umur 79)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1908-1928 Peñarol 506 (253)
Pasukan kebangsaan
1909-1923 Uruguay 40 (20)
Pasukan diurus
1934 Peñarol
1940-1941 Peñarol
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karier sunting

Kelab sunting

Piendibene memulakan debut beliau bersama kelab Peñarol pada bulan April 1908, pada ketika itu beliau baru berusia 17 tahun. Pada awalnya, beliau bermain di posisi penyerang. Selama beliau bersama kelab Peñarol, beliau telah membantu kelab itu memenangi Liga Premier Uruguay sebanyak enam kali.

Negara sunting

Piendibene memulakan debut beliau bersama pasukan Uruguay pada tahun 1909, pada ketika itu pasukan Uruguay berjaya menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 3-0 di mana dua gol telah disumbangkan oleh Piendibene.

Piendibene mewakili pasukan Uruguay dalam kejohanan Copa América pada tahun 1916. Dalam perlawanan itu, beliau telah menjaringkan gol pertama kejohanan itu ketika menentang Chile di mana pasukan Uruguay menang dengan jaringan 4-0. Dalam kejohanan itu, beliau menjaringkan 2 gol secara keseluruhan.

Piendibene juga mewakili pasukan Uruguay dalam kejohanan Copa América pada tahun 1917 tetapi beliau tidak bermain dalam sebarang perlawanan yang melibatkan pasukan Uruguay[1].

Sepanjang karier beliau bersama negara, beliau telah mewakili pasukan Uruguay sebanyak 40 kali, dan menjaringkan 20 gol. Perlawanan terakhir beliau bersama pasukan Uruguay pada bulan November 1923, di mana beliau telah menjaringkan gol ketika pasukan Uruguay menang ke atas pasukan Chile dengan jaringan 2-1 dalam satu perlawanan persahabatan.


Pencapaian sunting

Kelab sunting

Kejohanan Kelab Tahun Pencapaian
Liga Perdana Uruguay CURC 1911 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1918 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1921 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1924 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1926 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1928 Juara liga


Negara sunting

Kejohanan Tuan rumah Pencapaian
Copa America 1910   Argentina Naib johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916   Argentina Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1917   Uruguay Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1920   Chile Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1921   Argentina Tempat ketiga


Rujukan sunting

  1. ^ "Southamerican Championship 1917". RSSSF. Dicapai pada 05 Januari 2014. Check date values in: |accessdate= (bantuan)