Joseph-Louis Lagrange

Joseph-Louis de Lagrange (lahir dengan nama Giuseppe Luigi Lagrangia  25 Januari 1736 – meninggal 10 April 1813 pada umur 77 tahun) ialah seorang ahli matematik dan astronomi Perancis-Itali yang membuat sumbangan penting dalam mekanik klasik, mekanik cakerawala dan teori nombor. Pada usia 20 tahun, beliau menjadi ahli matematik diraja kepada Raja Prusia Friedrich yang Agung di Berlin dan kemudian menjadi guru besar di École normale di Paris. Selama Revolusi Perancis, beliau menjadi tumpuan kepada Marie Antoinette dan kemudian Napoleon. Di Paris, beliau membantu dalam menyempurnakan sistem metrik berkenaan berat dan ukuran.

Joseph-Louis Lagrange
Joseph-Louis (Giuseppe Luigi),
comte de Lagrange
Kelahiran
Giuseppe Lodovico Lagrangia

(1736-01-25)25 Januari 1736
Meninggal dunia10 April 1813(1813-04-10) (umur 77)
KerakyatanPiedmont-Sardinia
Empayar Perancis Pertama
Pusat pendidikanUniversiti Turin
Terkenal keranaMekanik analisis
Mekanik cakerawala
Analisis matematik
Teori nombor
Teori persamaan
Kerjaya saintifik
BidangMatematik
Astronomi
Mekanik
InstitusiÉcole Normale
École Polytechnique
Penasihat akademikLeonhard Euler
Giovanni Battista Beccaria
Pelajar terkemukaJoseph Fourier
Giovanni Plana
Siméon Poisson
Dipengaruhi olehÉvariste Galois

Kehidupan awal sunting

Lagrange merupakan anak sulung kepada 11 orang adik-beradik dengan nama asal Giuseppe Lodovico Lagrangia, dan mempunyai keturunan daripada golongan Perancis dan Itali. Bapanya merupakan seorang doktor undang-undang di Universiti Torino, dan ibunya merupakan anak tunggal terhadap seorang doktor di Cambiano.[1] Pada asalnya, beliau dibesarkan sebagai seorang Katolik Rom, meskipun berubah menjadi seorang agnostik.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Lagrange Diarkibkan 25 Mac 2007 di Wayback Machine St. Andrew University
  2. ^ Morris Kline (1986). Mathematics and the Search for Knowledge. Oxford University Press. m/s. 214. ISBN 978-0-19-504230-6. Lagrange and Laplace, though of Catholic parentage, were agnostics.

Pautan luar sunting