Joseph Carey Merrick (5 Ogos 1862 – 11 April 1890) ialah seorang lelaki Inggeris yang diberi jolokan "The Elephant Man" ("Orang Gajah") kerana rupanya yang mengalami gangguan kongenital. Oleh sebab kecacatan inilah beliau meraih seluruh negara Britain zaman Victoria. Nama beliau sering tersilap sebut sebagai John Merrick, dan nama inilah yang dipakai untuk watak beliau dalam filem The Elephant Man yang ditayangkan mulai 3 Oktober 1980 sempena memperingati beliau.

Joseph Merrick
Kelahiran
Joseph Carey Merrick

(1862-08-05)5 Ogos 1862
Leicester, England
Meninggal dunia11 April 1890(1890-04-11) (umur 27)
London, England
WarganegaraInggeris
PekerjaanPenghibur jalanan, Bahan penyelidikan perubatan
Ibu bapaMary Jane Potterton
Joseph Rockley Merrick

Biografi sunting

 
Merrick pada tahun 1889

Joseph Merrick ialah anak sulung kepada Mary Jane Potterton dan Joseph Rockley Merrick.[1] Disebabkan kesilapan oleh Sir Frederick Treves dalam bukunya yang berjudul The Elephant Man and Other Reminiscences, maka beliau kadang-kadang dipanggil John Merrick.[2] Beliau mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Dalam catatan autobiografi yang tertera dalam risalah pertunjukannya, Merrick berkata bahawa kecacatannya mula timbul ketika berusia tiga tahun apabila tumbuhnya lebam-lebam kecil di sebelah kiri tubuhnya.[3] Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 12 tahun. Menurut pengalaman keluarganya, ibunya juga mengalami kecacatan. Bapanya kahwin lagi, tetapi ibu tirinya tidak suka Joseph yang masih muda itu. Ketika memikul tugas menjual barangan di jalanan, Merrick sering kali diejek oleh kanak-kanak setempat. Disebabkan sukar mencari rezeki dan puas bertengkar dengan ibu tirinya, Merrick maka Merrick meninggalkan rumah.

Selama ini tinggal merempat dalam kemiskinan, akhirnya pada 29 Ogos 1884, beliau mendapatkan pekerjaan sebagai penghibur jalanan, di mana beliau diberi layanan dan upah yang memuaskan. Pada suatu ketika sepanjang kerjayanya, Merrick ditayangkan di belakang kedai kosong di Mile End Road di kota London (kini dihuni London Sari Centre), apabila beliau bertemu dengan sorang tabib bernama Frederick Treves. Seperti yang dicatatkan dalam kisah kenangan Treves puluhan tahun kemudian, beliau menyerahkan sehelai kad niaganya kepada Merrick seandainya Merrick sanggup dijadikan bahan kajian perubatan. aappun, kedua-dua mereka berpisah juga. Apabila pertunjukan jalanan diharamkan di United Kingdom pada tahun 1886, Merrick pergi ke Belgium untuk mencari kerja. Di situ, beliau menderita akibat deraan seorang penghibur yang mencuri duit simpanan Merrick sebanyak £50 (bernilai kira-kira £3,900 dalam matawang 2007[perlu rujukan]).

Sekembalinya di London, Merrick secara tidak sengajanya menimbulkan gangguan di stesen keretapi Liverpool Street. Akibat jangkitan parah pada bronkus lebih-lebih lagi dihalang oleh kecacatannya, Merrick sukar sekali hendak bertutur dengan jelas. Nasib baik, beliau masih menyimpan kad perniagaan Treves, oleh itu Treves dipanggil ke mari oleh pihak berkuasa. Dalam peranannya selaku tabib di Hospital London, Treves mengaturkan tempat tinggal yang tetap untuk Merrick.

 
Topeng yang dipakai Merrick untuk menutup mukanya.

Merrick disambut sebagai orang ternama di kalangan golongan atasa zaman Victoria. Alexandra dari Denmark, Puteri Wales ketika itu, meluahkan minatnya terhadap Merrick, diikuti orang-orang lain dalam golongan atasan untuk tampil menerima kehadirannya. Lambat-laun beliau menjadi kegemaran Ratu Victoria. Walaupun begitu, Treves pernah emngulas bahawa Merrick pernah berhajat untuk melawat hospital untuk golongan buta agar beliau boleh mencari wanita yang tidak loya melihat wajahnya. Di akhir hayat, beliau mendapat ketenangan jiwa dengan mengarang dan melawat kawasan desa.

Pada tahun 1887, beliau meluangkan beberapa minggu di dusun Fawsley Hall, Northamptonshire. Langkah berjaga-jaga khusus diambil sepanjang perjalanan ke sana, yang mana beliau terpaksa menaiki kereta yang dilitupi bidai agar tidak menarik perhatian ramai. Beliau banyak menikmati masa berjauhan dari kota London, mendapat ramai kawan baru dan mengumpul bunga liar untuk dibawa kembali ke kota London. Beliau mengunjungi dusun itu lagi pada tahun 1888 dan 1889. Beliau dijaga di hospital sehingga detik akhirnya pada usia 27 pada 11 April 1890, nampaknya disebabkan lehernya terkehel kerana tidak mampu menampung keberatan kepalanya yang begitu besar ketika tidur. Disebabkan sukar hendak tidur berbaring kerana kepalanya yang begitu berat, beliau mungkin cuba melakukannya untuk mencontohi manusia biasa. Koroner bagi inkuesnya ialah Wynne Edwin Baxter, yang menjadi terkenal kerana menangani inkues mangsa-mangsa pembunuhan Jack the Ripper sekitar tahun 1888.

Rankga Merrick disimpan dalam koleksi patologi di Hospital London Diraja. Walaupun mayatnya tidak pernah dipamerkan di khalayak ramai, adanya sebuah muzium kecil yang menceritakan kisah kehidupan Merrick.

Penyakit sunting

Fail:Joseph Merrick skeleton.jpg
Rangka Joseph Merrick.
 
Satu-satunya surat yang diektahui ditulis oleh Merrick

Mulanya, Joseph Merrick dipercayai menderita akibat penyakit untut. Pada tahun 1971, Ashley Montagu berhujah dalam bukunya berjudul The Elephant Man: A Study in Human Dignity bahawa Merrick mengalami neurofibromatosis jenis I, sejenis gangguan genetik yang juga digelar penyakit von Recklinghausen. Pada tahun 1986, pernah dianjurkan pula bahawa Merrick sebenarnya mengalami sindrom Proteus, yang pernah didiagnosis oleh Michael Cohen pada tahun 1979.[4] Berbeza dari neurofibromatosis, sindrom Proteus yang memetik namanya dari dewa Proteus yang berubah bentuk dalammitos Yunani, menjejaskan tisu-tisu kecuali saraf, apatah lagi merupakan gangguan sporadik dan bukannya penyakit genetik.[5]

Pada bulan Jun 2001, Paul Spiring mengarang rencana dalam majalah Biologist (see [1]) yang mana dia menghujahkan diagnosis baru, iaitu bahawa Merrick mengalami gabungan neurofibromatosis jenis I (NF1) dan sindrom Proteus (lihat [2]). Hipotesis ini disokong oleh Robert Matthews, seorang wartawan akhbar The Sunday Telegraph, dalam rencananya yang berjudul Two Wrongs don't make a right - until someone joins them up... (lihat [3] Diarkibkan 2013-01-14 di archive.today). Penemuan ini juga dijadikan asas untuk sebuah filem dokumentari terbitan Discovery Health Channel yang ditayangkan muali 21 Julai 2003 (lihat [4], [5] & [6]).

Pada tahun 2002, sebuah pasukan penyelidikan televisyen bersama beberapa orang pakar genealogi, merayu kepada pihak BBC untuk menjejak salasilah keluarga Merrick. Sebagai maklumbalasnya, seorang penduduk Leicester bernama Pat Selby dijumpai sebagai cucu kepada bapa saudara Merrick. Sebuah pasukan penyelidikan mengambil contoh DNAnya untuk cuba mengenal pasti penyakit yang menyebabkan kecacatanb beliau. Siasatan selanjutnya juga mendapati bahawa adik perempuan Merrick, Marion Eliza, mengalami penyakit mielitis. Marion Eliza meninggal dunia akibat keracunan makanan pada usia 23 tahun.

Pada tahun 2003, ujian DNA yang dijalankan oleh Dr. Charis Eng pada sampel-sampel rambut dan tulang Merrick menunjukkan tiada mutasi dalam gen PTEN (yang hanya terdapat dalam sesetengah penghidap sindrom Proteus). Oleh itu, belum ada lagi bukti zahir yang menyokong teori bahawa Merrick mengalami sindrom Proteus.

Pengaruh kebudayaan sunting

Susulan penerbitan buku Montagu, Merrick sekali lagi mendapat perhatian ramai sekitar tahun 1980 apabila dijadikan subjek untuk teater pentas The Elephant Man yang diperkenalkan pada tahun 1979 dan memenangi Anugerah Tony, yang mana watak Merrick mula-mulanya dilakonkan oleh Philip Anglim, kemudian diganti oleh David Bowie. Pada tahun 1980, keluarnya dalam pawagam filem The Elephant Man yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, John Hurt memegang watak Merrick. Pada tahun 1980 juga keluarnya novel berasaskan filem tersebut yang dikarang oleh Christine Sparks. Setiap hasil penerbitan ini mengambil pendekatan tersendiri terhadap kisah benar ini. Pada tahun 1982, teater pentas ini disiarkan sebagai rancangan televisyen. Selalunya, pelakon yang memainkan watak Merrick tidak bersolek apa-apa pun, sebaliknya meniru gerak-gerinya maka penonton terpaksa membayangkan kecacatannya.

Pada bulan Mei 1987, timbulnya laporan yang menyatakan bahawa Michael Jackson menawarkan sebanyak $1 juta kepada Hospital London Diraja untuk membeli rangka Merrick. Laporan-laporan tersebut merangkumi petikan kenyataan dari pihak Hospital dan juga jurucakap Jackson.[6][7] Jackson membalas dakwaan tersebut dengan menyertakan babak tarian bersama animasi rangka orang gajah dalam video muzik bagi lagu "Leave Me Alone" pada tahun 1989, yang juga mengajuk cerita-cerita akhbar lain mengenai beliau. Pada tahun 1993, Jackson secara terus-terang menafikan laporan-laporan tersebut ketika ditemubual oleh Oprah Winfrey:

Lagi cerita mengarut. Saya mengagumi kisah Orang Gajah itu. Beliau mengingatkan saya kepada diri saya, jadi saya juga amat memahaminya. Terasa hendak menangis apabila melihat diri saya dalam kisah itu, tetapi saya tidak pernah meminta—Mana nak letak tulang-tulangnya? Mengapa saya nak tulang tu?… Orang reka cerita, semua percaya. Jika terdengar bohong acap kali, maka terasa hendak percaya.

Rujukan sunting

  1. ^ William Addams Reitwiesner (4 Ogos 2006). "Ancestry of Joseph Merrick". William Addams Reitwiesner Genealogical Services. Dicapai pada 19 Jun 2008.
  2. ^ Treves, Frederick (1923). The Elephant Man and Other Reminiscences. London: Cassell. OCLC 223089477.
  3. ^ Jeanette Sitton, author (4 Disember 2007). "Joseph's Autobiography". Friends of Joseph Carey Merrick Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2005. Dicapai pada 19 Jun 2008.
  4. ^ Tibbles J, Cohen M (1986). "The Proteus syndrome: the Elephant Man diagnosed". Br Med J (Clin Res Ed). 293 (6548): 683–685. doi:10.1136/bmj.293.6548.683. PMID 3092979.
  5. ^ Beth A Pletcher (29 Mac 2006). "Proteus syndrome". eMedicine. Dicapai pada 19 Jun 2008.
  6. ^ Staff writer (30 Mei 1987). "Jackson bids for Elephant Man Remains". Los Angeles Times.
  7. ^ Staff writer (17 Jun 1987). "Jackson Loses New Bid for Elephant Man Bones". Los Angeles Times.