Joseph Neil Crowley[1] (9 Julai 1933 - 28 November 2017) merupakan presiden ke-13 Universiti Nevada, Reno dari tahun 1978 sehingga 2001. Beliau merupakan individu paling lama berkhidmat sebagai presiden di universiti tersebut.

Biodata sunting

Crowley dilahirkan di Oelwein,Iowa. Beliau pernah berkhidmat bersama Tentera Udara Amerika Syarikat selama empat tahun dan menghadiri program luar negara Universiti Maryland pada ketika itu. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam tentera, beliau mengambil jurusan Sains Politik di Universiti Iowa dan menerima BA pada tahun 1959. Crowley turut menerima MA dalam bidang sains politik dari Universiti Negeri California, Fresno dan kemudiannya menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Washington pada tahun 1967.

Pada tahun 1961, Crowley mengahwini Joy Reitz dan mereka dikurniakan empat orang anak.

Crowley di Universiti Nevada, Reno pada 1966, sebagai pengganti satu semester dalam Jabatan Sains Politik. Selepas menamatkan PhD pada tahun 1967, beliau menerima kontrak sepenuh masa sebagai profesor sains politik di universiti berkenaan. Crowley telah menjadi Senat Fakulti Universiti dari tahun 1972 sehingga 1973. Crowley turut pernah menjadi fellow di Agensi Pemeliharaan Persekitaran Amerika Syarikat pada tahun 1973 dan pengarah pengajian institusi untuk Suruhanjaya Kualiti Air Kebangsaan pada tahun 1974.

Pada tahun 1976, Crowley menjadi pengerusi jabatan sains politik sehingga Februari 1978. Pada 24 Februari 1978, beliau dilantik sebagai penyandang Presiden Universiti menggantikan Max Milam. Beliau bertindak sebagai penyandang sehingga 23 Mac 1979 sebelum dilantik sebagai Presiden Universiti yang tetap. Pada 31 Mei 2000, Crowley memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti pada penghujung tahun 2000.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting