Josephine Baker (3 Jun 1906 – 12 April 1975) adalah seorang penari, penyanyi, dan aktivis hak asasi kelahiran Amerika Syarikat.[3] Dia termasuk warga orang Amerika Afrika yang berjaya dalam bidang seni tari di Perancis.

Josephine Baker
Josephine Baker mengenakan kostum pisang
Latar belakang
Nama lahirFreda Josephine McDonald(Inggeris)
GenreKabaret
Music hall
Muzik pop Perancis
Jazz Perancis
PekerjaanPenari, Penyanyi, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1921—1975
Syarikat rakaman
Columbia, Mercury, RCA Victor
Laman sesawang
www.cmgww.com/stars/baker

Selain dari kerjaya hiburannya, beliau turut menyumbang dalam Pemberontak Perancis semasa Perang Dunia Kedua;[4] beliau dikurniakan Pingat Pemberontak oleh Jawatankuasa Pembebasan Negara Perancis, Salib Perang (Croix de Guerre) oleh Angkatan Tentera Perancis serta Légion d'honneur berpangkat Kesateria (Chevalier) oleh Jeneral Charles de Gaulle.[5]

Awal hayat sunting

'Josephine Baker lahir pada tanggal 3 Juni 1906 di Missouri, Amerika Syarikat dengan nama Freda Josephine McDonald.[3] Ibunya, Carrie McDonald, berharap menjadi penari Balai Musik. Tetapi kemudian mencari nafkah sebagai pencuci pakaian. Ayahnya, Eddie Carso adalah seorang drummer untuk pertunjukan vaudeville.[6]

Nama Baker berasal dari nama suami keduanya, Will Baker, yang menikahinya pada usia 16 tahun.[3] Beberapa pertunjuk Ella yang terkenal adalah Jurnal Negro (La Revue Nègre) dan Folies Bergère.[3]

Kerjaya seni sunting

Karier profesional Josephine bermula ketika gadis itu baru berusia 15 tahun, dan seperti tornado yang melanda New York, di mana dia mula munculkan diri sebagai gadis koir, dan kemudian Paris, Berlin dan Brussel. Penari berusia 19 tahun itu segera menaklukkan ibu kota Perancis menjadi bintang Folies Bergère. Josephine mulai mencuba nasib sendiri dalam peranan lain, tampil sebagai penyanyi selama turnya di Amerika Selatan dan Asia.

Semasa Perang Dunia Kedua sunting

 
Baker berseragam semasa khidmat tenteranya tahun 1948

Sebaik Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman yang menakluk Poland pada September 1939, Baker dilantik badan pengintipan tentera Perancis Deuxième Bureau pimpinan Jacques Abtey untuk mengumpul maklumat penting dari pihak Jerman di kedutaan mereka. Baker mengambil peluang ini bergaul di majlis tari kedutaan dan kelab malam untuk menawan hati para pegawai Jerman, Itali dan Vichy yang mampu rela memberikan maklumat yang berguna dan boleh dilaporkan kepada pasukan Abtey tanpa sebarang rasa sangsi.[7]

Apabila pihak Jerman Nazi menakluk Perancis, Baker berpindah ke kediaman lainnya di Dordogne selatan Perancis di mana beliau menyumbang tempat tinggal dan visa perjalanan untuk relawan dalam Tentera Perancis Bebas pimpinan Charles de Gaulle.[8] Beliau juga menggunakan peluang kerjanya sebagai penghibur melihat keadaan di negara-negara neutral di Portugal dan Amerika Syarikat serta memerhati dan merakam pergerakan tentera Jerman yang bertapak di barat Perancis yang dilanjutkan ke balatentera United Kingdom.

Pascaperang sunting

Kematian sunting

Pada 10 April 1975, Joséphine diserang angin ahmar akibat pendarahan otak tidak lama selepas sekembalinya beliau ke kediaman apartmennya di Paris selepas membuat persembahan tarian ke-14 menggemuruh penonton pada malam sebelumnya.[9] Beliau ditemukan dalam keadaan koma lalu ke Hospital Pitié-Salpêtrière, di sanalah beliau menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya pada usia 68 tahun.[10][11][12]

Mayat beliau dikebumikan mengikut adat tentera dan mengikut ritus Gereja Katolik[nota 1] di Gereja Madeleine, Paris pada 15 April 1975. Mayat beliau dipindahkan ke Gereja Saint-Charles de Monte-Carlo di Monaco pada tangkat harinya di mana mayatnya disemadikan di sana[14][15][16][17]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Sebagai Catatan Rujukan
1927 La Sirène des Tropiques Papitou Filem bisu [18][19]
1927 Die Frauen von Folies Bergères Filem bisu [20]
1927 La revue des revues Diri sendiri [20]
1928 Le pompier des Folies Bergères unnamed erotic short [21][22]
1934 Zouzou Zouzou [23]
1935 Princesse Tam Tam Aouina [21][20]
1945 Fausse alerte Zazu Clairon [24][25]
1941 Moulin Rouge [20]
1954 An jedem Finger zehn [20]
1955 Carosello del varietà [20]


Penghormatan sunting

Pada 30 November 2021, sebatang tugu mewakili beliau didirikan dalam permakaman Panthéon di ibukota Paris yang lazim untuk warganegara Perancis terbilang dan tersohor namanya;[26] beliau warga pertama dari kaum wanita yang berkulit hitam diberikan penghormatan sedemikian.[27]

Nota sunting

  1. ^ Joséphine Baker pernah memeluk agama Yahudi untuk berkahwin dengan Jean Lion pada tahun 1937, tetapi penganutan tersebut tidak berkekalan.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ "Josephine Baker (Freda McDonald) Native of St. Louis, Missouri". Dicapai pada 2009-03-06.
  2. ^ "V & A - About Art Deco - Josephine Baker". Victoria and Albert Museum. Dicapai pada 2009-03-06.
  3. ^ a b c d Lewis, Jone Johnson. "Josephine Baker". New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2010.
  4. ^ Bostock, William W. (2002). "Collective Mental State and Individual Agency: Qualitative Factors in Social Science Explanation". Forum Qualitative Sozialforschung. 3 (3). ISSN 1438-5627. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2021. Dicapai pada 20 September 2009.
  5. ^ Roberts, Kimberly (8 April 2011). "Remembering Josephine Baker". Philadelphia Tribune.
  6. ^ Lewis, John Johnson (22 Juli 2019). "Biography of Josephine Baker, Dancer, Singer, Activist, and Spy". ThoughtCo. Dicapai pada 7 Mac 2022. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Rose (1989), m/s. 182–269.
  8. ^ "Female Spies in World War I and World War II". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 3 June 2017.
  9. ^ Snégaroff, Thomas (9 Julai 2015). "Josephine Baker" (dalam bahasa Perancis). Franceinfo. Dicapai pada 15 Julai 2020.
  10. ^ "African American Celebrity Josephine Baker, Dancer and Singer". AfricanAmericans.com. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2009. Dicapai pada 12 January 2009.
  11. ^ Chassaigne, Philippe (2012). Les années 1970: fin d'un monde et origine de notre modernité (ed. ke-2). Paris: Armand Colin. ISBN 978-2-200-27625-6. Unknown parameter |bnf= ignored (bantuan); Unknown parameter |original-date= ignored (bantuan)
  12. ^ "Josephine Baker Is Dead in Paris at 68". The New York Times. 13 April 1975. m/s. 60. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2017. Dicapai pada 12 January 2009.
  13. ^ McMillen, Margot Ford; Roberson, Heather (2004). Into the spotlight: four Missouri women. University of Missouri Press. m/s. 74. ISBN 0826215564.
  14. ^ Pierre-Bloch, Le Temps d'y penser encore, J.-C. Simoën, 1977, 273 pages, Templat:P..
  15. ^ Joséphine Baker et Jo Bouillon, Joséphine, Robert Laffont, coll. « Vécu », Paris, 1976
  16. ^ Templat:Harvsp.
  17. ^ "Joséphine Baker" (Pdf). Monaco: Journal de Monaco. 25 April 1975. m/s. 367. Dicapai pada 22 Jun 2020.
  18. ^ Bergfelder, Harris & Street (2007), m/s. 193.
  19. ^ Francis (2021), m/s. 68.
  20. ^ a b c d e f McCann, Bob (2009). Encyclopedia of African American Actresses in Film and television. m/s. 31. ISBN 978-0-7864-5804-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2020. Dicapai pada 20 February 2016.
  21. ^ a b Jules-Rosette (2007), m/s. 75.
  22. ^ Francis (2022), m/s. 6.
  23. ^ Bergfelder, Harris & Street (2007), m/s. 191–198.
  24. ^ Jules-Rosette (2007), m/s. 75, 217.
  25. ^ De Baroncelli, Jacques. The French Way – Josephine Baker. Dicapai pada 18 January 2019.
  26. ^ "Joséphine Baker au Panthéon : retrouvez l'intégralité de la cérémonie" [Joséphine Baker at the Pantheon: transcript of the entire ceremony]. Le Monde (dalam bahasa Perancis). 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
  27. ^ Chrisafis, Angelique (30 November 2021). "Josephine Baker, music hall star and civil rights activist, enters Panthéon". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
Sumber utama

Pautan luar sunting