Joshua (Bahasa Ibrani: יְהוֹשֻׁעַYehoshua; Yunani: Ἰησοῦς, sama seperti Jesus; Latin: Josue atau Jesus dalam bahasa Ibrani; Arab: يوشع بن نون Yusha‘ ibn Nūn), berdasarkan kepada Kitab Yahudi, menjadi pemimpin kepada puak-puak bani Israel selepas kematian Musa. Cerita beliau banyak diceritakan di dalam kita-kitab Exodus, Nombor dan Joshua. Berdasarkan Bible, nama Joshua adalah Hoshea anak lelaki kepada Nun, dari Puak Ephraim, akan tetapi Musa memanggil beliau Joshua, (Numbers 13:16Template:Bibleverse with invalid book) dan nama ini merupakan nama yang beliau banyak diketahui. Joshua telah dilahirkan di Mesir sebelum Peristiwa Exodus, dan berkemungkinan sebaya dengan Caleb, yang mana beliau kadang kali ditemaninya.

Joshua
Musa dan para Utusan dari Kanaan, oleh Giovanni Lanfranco, minyak pada kanvas, 85¾ × 97 inci, di Muzium J. Paul Getty, Los Angeles, Amerika Syarikat
Nabi
LahirKerajaan Baru Mesir
MeninggalKanaan
Dihormati olehYahudi, Kristian, Islam
Tempat keramatMakam Joshua
Hari perayaan
AtributSelalunya digambarkan dengan Caleb, membawa anggur keluar dari Kanaan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Joshua berdoa kepada Tuhan untuk menghentikan Matahari.

Joshua merupakan salah seorang daripada dua belas perisik bani Israel yang dihantar oleh Musa bagi menjelajah tanah Kana'an. (Numbers 13:1–16Template:Bibleverse with invalid book) Selepas kematian Musa, beliau memimpin bani Israel dalam penaklukan tanah Kana'an, dan membahagikan tanah ini kepada puak-puak bani Israel. Tahun di mana kejadian ini berlaku masih menjadi perdebatan akedemik. Berdasarkan kebiasaan kronologi Bible, Joshua hidup di antara tahun 1450 – 1370 SM, atau sekitar akhir Zaman Gangsa. Berdasarkan Joshua 24:29Template:Bibleverse with invalid book, Joshua mati pada umur 110 tahun.

Umat Islam juga melihat Joshua sebagai pemimpin orang Israel, selepas kewafatan Musa. Sesetengah orang Islam juga percaya Joshua sebagai "pembantu" Musa yang disebut dalam Al-Quran, sebelum Musa bertemu dengan Khidir dan Joshua memainkan peranan penting dalam kesusasteraan Islam dengan narasi yang penting dalam Hadis, oleh itu dia adalah satu kajian dalam agama perbandingan. Joshua juga mempunyai kedudukan mulia di kalangan umat Islam. Menurut tradisi Islam, beliau bersama Caleb, salah seorang dari dua orang perisik yang telah dihantar Musa untuk mengintip tanah Kanaan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Yunani) "Ὁ Ἅγιος Ἰησοῦς ὁ Δίκαιος". Megas Synaxaristis.
  2. ^ "Righteous Joshua the son of Nun (Navi)". ocafs.oca.org. Dicapai pada 8 January 2018.

Pautan luar sunting

Joshua
Didahului oleh
Musa
Hakim dari Israel Diikuti oleh:
Othniel

Templat:Prophets of the Tanakh