Buka menu utama

Joshua Kimmich (lahir 8 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Joshua Kimmich
20180602 FIFA Friendly Match Austria vs. Germany Joshua Kimmich 850 0717.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-02-08) 8 Februari 1995 (umur 24)
Tempat lahirRottweil, Jerman
Ketinggian1.76 m (5 ka 9+516 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniBayern Munich
Nombor32
Kerjaya remaja
2000–2007VfB Bösingen
2007–2013VfB Stuttgart
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2015RB Leipzig53(3)
2015–Bayern Munich116(9)
Pasukan kebangsaan
2011Jerman B172(0)
2013Jerman B185(0)
2013–2014Jerman B199(1)
2014–Jerman B2114(2)
2016–Jerman43(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 31 Ogos 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 6 September 2019 (UTC)

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

Kimmich beraksi di akademi VfB Stuttgart sebelum sertai RB Leipzig pada Julai 2013. VfB Stuttgart seterusnya menjamin untuk membawa masuk Kimmich semula. Beliau melakukan penampilan pertamanya di 3. Liga untuk Leipzig pada 28 September tahun yang sama ketika menentang SpVgg Unterhaching yang berkesudahan seri 2-2. Beliau menjaringkan gol profesional pertamanya ketika menang 3-2 ke atas 1. FC Saarbrücken pada 30 November 2013.

Bayern MunichSunting

Musim 2015–16Sunting

Pada 2 Januari 2015, Kimmich setuju untuk menyertai Bayern Munich selepas menandatangani kontrak lima tahun dalam perpindahan bernilai kira-kira 7 juta euro. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Bayern pada 9 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang FC Nöttingen. Penampilan sulungnya di Bundesliga pula pada 12 September ketika menentang FC Augsburg. Empat hari kemudian, Kimmich tampil pada kemunculan pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Olympiakos dan seterusnya, beliau diletakkan dalam kesebelasan utama Bayern dan beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan yang berkesudahan Bayern menang 3-0 ke atas SV Darmstadt 98.

Kimmich menamatkan musim pertamanya di Bayern dengan 23 kemunculan liga dan 15 daripadanya beliau diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau turut beraksi sehingga 120 minit pada Perlawanan Akhir DFB-Pokal 2016 menentang Borussia Dortmund di Olympiastadion pada 21 Mei.

Musim 2016–17Sunting

 
Kimmich ketika menjalani latihan bersama Bayern pada tahun 2015.

Kimmich memulakan musim 2016-17 dengan beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan DFL-Supercup 2016 menentang Dortmund yang berkesudahan Bayern menang 2-0. Pada 9 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern pada perlawanan liga ketika menentang Schalke.[2] Empat hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol pertamanya di Liga Juara-Juara semasa pasukannya membenam FC Rostov 5-0.[3] Pada 24 September, Kimmich merekodkan gol keempat pada perlawanan keempatnya ketika beliau menjaringkan gol kemenangan Bayern ke atas Hamburg 1-0.[4]

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada 31 Mei 2016, Kimmich dinamakan dalam senarai 23 pemain pasukan kebangsaan Jerman ke UEFA Euro 2016 dan beliau diberi nombor jersi 21. Pada 21 Jun 2016, Kimmich dipilih untuk beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ireland Utara. Beliau menggantikan Benedikt Höwedes untuk mengisi posisi bek kanan. Tempoh Kimmich sebagai pilihan pertama posisi bek kanan kekal sehingga pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir Euro 2016 dan beliau dinamakan "Bintang Pasukan Kejohanan" UEFA.

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
4 September 2016 Oslo, Norway   Norway
0–2
0–3
Kelayakan Piala Dunia 2018

Statistik kerjayaSunting

Sehingga 6 Disember 2016
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Leipzig 2013–14 26 1 0 0 26 1
2014–15 27 2 2 0 29 2
Jumlah 53 2 2 0 0 0 0 0 55 3
  Bayern Munich 2015–16 23 0 4 0 9 0 0 0 36 0
2016–17 11 4 2 0 5 3 1 0 19 7
Jumlah 34 4 6 0 14 3 1 0 55 7
Jumlah kerjaya 87 7 8 0 14 3 1 0 110 10

PencapaianSunting

NotaSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Joshua Kimmich". FC Bayern Munich. Dicapai 6 November 2016. 
  2. ^ "FC Schalke 04 0-2 Bayern Munich". BBC Sport. 9 September 2016. Dicapai 10 September 2016. 
  3. ^ "Bayern Munich 5-0 FC Rostov". BBC. 13 September 2016. Dicapai 14 September 2016. 
  4. ^ "Hamburger SV 0-1 Bayern Munich". BBC. 24 September 2016. Dicapai 24 September 2016. 

Pautan luarSunting