Joshua Wong Chi Fung

Joshua Wong Chi Fung (Cina: 黃之鋒, lahir 13 Oktober 1996) merupakan seorang pelajar universiti dan aktivis rakyat dari Hong Kong yang berbangsa Vietnam.

Joshua Wong Chi-fung
Hoàng Chi Phong
Kelahiran (1996-10-13) 13 Oktober 1996 (umur 27)
WarganegaraChina
Kerakyatanpemastautin tetap Hong Kong
PendidikanOpen University of Hong Kong
Pusat pendidikanUnited Christian College (Kowloon East)
PekerjaanPelajar
Terkenal keranaTunjuk perasaan Hong Kong 2014
Gerakan politikScholarism
Laman web rasmiwongchifung.wordpress.com

Kumpulan aktivis pelajar yang diasasi beliau Scholarism, merupakan antara pihak bertanggungjawab memimpin demonstrasi besar-besaran penduduk awam Hong Hong dalam protes digelar sebagai "Revolusi Payung" di jalan-jalan utama wilayah tersebut antara September hingga Disember tahun 2014. Beliau turut menubuhkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan penentuan nasib sendiri Hong Kong beberapa tahun kemudian iaitu Demosistō.[1]

Namanya di tangga ke-10 senarai tokoh berpengaruh tahun 2015 majalah Fortune serta dalam senarai tokoh remaja berpengaruh 2014 majalah Time.[2]

Awal penglibatan sunting

Revolusi Payung 2014 sunting

Pada Joshua Wong melancarkan 'Revolusi Payung' di Hong Kong. Pada 21 Oktober 2014, penunjuk perasaan berehat di atas sekatan jalan raya di Mongkok, Hong Kong. Sebahagian daripada Hong Kong lumpuh ekoran demonstrasi besar-besaran ekoran gesaan hebat yang mendesak pilihan raya bebas diadakan di wilayah tersebut.

Beijing menawarkan penduduk Hong Kong memilih pemimpin mereka dalam pilihan raya pada 2017, namun calon-calon hanya dibenarkan bertanding selepas diluluskan oleh satu jawatankuasa lantikan kerajaan China.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying menuduh campur tangan luar dalam demonstrasi besar-besaran itu. Namun Joshua segera menafikannya . “Kaitan saya dengan negara-negara asing hanya terhad kepada telefon bimbit buatan Korea, komputer buatan Amerika Syarikat dan video animasi Jepun, Gundam yang dimiliki saya,’’ katanya dalam akaun Facebooknya. [3]

Insiden antarabangsa sunting

Ditahan di Thailand sunting

Wong ditahan sebaik sahaja berada di Thailand, di mana beliau merupakan tetamu undangan Universiti Chulalongkorn dalam acara menperingati pembunuhan beramai-ramai Universiti Thammasat[4] Meskipun beliau dihantar balik ke Hong Kong tidak lama selepas itu,[4] Wong dapat juga berhubung dengan orang di Thailand melalui Skype.[5]

Disekat imigresen Malaysia sunting

Pada 26 Mei 2015, Jabatan Imigresen Malaysia menyatakan Joshua dihantar balik ke Hong Kong.Sebelum itu beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11.50 pagi. Wong tiba dari Hong Kong menaiki pesawat udara Dragon Air.Nama beliau disenaraikan dalam golongan orang yang dilarang masuk ke negara ini mengikut tatacara operasi standard yang ditetapkan. Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa Joshua Wong dihantar pulang kembali ke Hong Kong menaiki penerbangan KA634 pada jam 12.50 tengah hari.

Wong sepatutnya menghadiri beberapa acara yang diatur untuknya minggu akhir Mei 2015 dan Malaysiakini menjadi rakan media kepada program berkenaan. [6]

Pemenjaraan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Joshua Wong's party named 'Demosisto'". Radio Television Hong Kong. 6 April 2016.
  2. ^ Maafkan kami, Joshua Wong
  3. ^ Krisis di Hong Kong ada campur tangan asing
  4. ^ a b Cheung, Eric; Phillips, Tom; Holmes, Oliver (5 October 2016). "Hong Kong activist Joshua Wong attacks Thailand after being barred 'at China's request'". The Guardian.
  5. ^ "Joshua Wong considered 'persona non grata'". The Nation. Bangkok, Thailand. 8 October 2016. Dicapai pada 8 October 2017.
  6. ^ Joshua Wong persona non grata di Malaysia