Kartunis Joy nama sebenarnya Nazam bin Sukri. Lahir pada 23 Disember 1965 di Ulu Gali, Raub, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah (1972-1977) di SRJK (Inggeris) (sekarang SK Seri Sekinchan) dan menengah ( 1978-1982 ) di SMJK Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor. Pernah bekerja sebagai guru sementara di SMJK Yoke Kuan (1984) dan SK Batu 38, Sabak Bernam.

Joy
KelahiranNazam bin Sukri
(1965-12-23) 23 Disember 1965 (umur 58)
Ulu Gali, Raub, Pahang
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranJoy

Beliau mengikuti kursus perguruan pada Julai 1987 hingga November 1989, di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, beliau memulakan kerjaya guru terlatih di Sek. Keb. Setapak, Jln. Pahang, Kuala Lumpur (1990 hingga Disember 1994). Pada tahun 1995 beliau berpindah, mengajar di Sek. Keb. Batu 9, Jalan Bomba, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan sehingga kini.

Lukisan Kartun sunting

Kartunis Joy melakar nama di peringkat awal tahun 80an, melalui majalah hiburan, sukan dan akhbar tabloid. Selain Joy, beliau mempunyai nama samaran lain seperti Ajam, Nazri , AMRI dan ZAM. Antara majalah hiburan dan akhbar yang pernah menyiarkan karya kartun kartunis Joy adalah seperti :

Majalah Hiburan sunting

  • URTV
  • VARIA POP
  • KISAH CINTA
  • LAGU, FILEM DAN TV
  • PANORAMA

Majalah Sukan sunting

  • Dunia Sukan

Akhbar Tabloid sunting

  • MINGGUAN WANITA ( tahun 1984, 1985 )
  • HARIAN METRO ( beberapa kali dalam tahun 1998,1999,2000 ).

Majalah Kartun sunting

Kartunis Joy mencuba bakatnya pula kepada majalah kartun yang terulung, GILA-GILA dengan galakan dan bimbingan Kartunis Rejabhad. Kartunnya tersiar melalui Ruangan Mekar di GG kelolaan Rejabhad. Sehinggalah pada tahun 1982, melalui edisi GILA GILA hari raya ketika itu, Joy dan beberapa kartunis lain seperti AMAN, BOR, YUSNA, SHAH CD, dan lain-lain diperkenalkan dengan profil masing-masing. Selepas itu, Joy terus rancak berkarya untuk majalah GILA-GILA. Di samping sering turut serta menjayakan demonstrasi kartun bersama kartunis lain di pesta-pesta buku KL. Di samping majalah GILA-GILA, majalah kartun seperti BATU API, HUMOR, GELI HATI dan JENAKARAMA turut menjadi medan tempat karya kartunis ini beraksi. Antara tajuk kartun yang menjadi perhatian ialah:

  • MALANG SI PENCURI- MAJALAH HUMOR
  • ADEGAN YANG TAKDE DALAM SEJARAH -MAJALAH JENAKARAMA
  • API..API..API... -MAJALAH JENAKARAMA

Kartunis Joy aktif membuat ilustrasi untuk buku cerita kanak-kanak sekitar awal tahun 90 an.