Juan Bernat Velasco (lahir 1 Mac 1993) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk kelab Paris Saint-Germain. Beliau selalunya bermain di posisi bek kiri tetapi beliau juga diletakkan di posisi sayap.

Juan Bernat
Bernat-VCF vs ESP-2012.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJuan Bernat Velasco
Tarikh lahir (1993-03-01) 1 Mac 1993 (umur 27)
Tempat lahirCullera, Sepanyol
Ketinggian1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainanBek kiri / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniParis Saint-Germain
Nombor14
Kerjaya remaja
Valencia
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2012Valencia B24(6)
2011–2014Valencia51(1)
2014–2018Bayern Munich76(3)
2018–Paris Saint-Germain43(1)
Pasukan kebangsaan
2009Sepanyol B163(0)
2009–2010Sepanyol B1711(4)
2012Sepanyol B196(0)
2013Sepanyol B207(1)
2013–2014Sepanyol B217(0)
2014–Sepanyol11(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 29 Februari 2020 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15 November 2020

Kerjaya kelabSunting

ValenciaSunting

Beliau membuat penampilan sulung untuk pasukan belia Valencia pada usia 17 tahun ketika beraksi di Tercera División dan membantu pasukannya untuk kembali ke Segunda División B. Beliau kemudian dibawa ke skuad senior pada pramusim 2011 dan beliau menjaringkan gol ketika menentang Sporting Clube de Portugal, Valencia menang 3-0 lalu beliau menandatangani kontrak profesional sehingga tahun 2015.

Bernat membuat debut untuk skuad senior di La Liga ketika menang 4-3 ke atas Racing de Santander pada 27 Ogos 2011. Bernat menjaringkan gol pertamanya untuk Valencia pada 28 November 2012 ketika menjaringkan gol terakhir untuk pasukannya menang 3-1 ke atas UE Llagostera pada perlawanan Piala Raja Sepanyol (Valencia menang 5-1 secara agregat). Beliau menjaringkan gol pertamanya di liga ketika bertemu Elche CF namun pasukannya tewas 1-2.

Dari tahun 2013, Bernat mula bermain di posisi pertahanan.

Bayern MunichSunting

Pada 7 Julai 2014, Bernat menandatangani kontrak lima tahun bersama FC Bayern Munich. Beliau membuat debut liga pada 22 Ogos ketika menang 2-1 ke atas VfL Wolfsburg. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika tewas 1-4 kepada Wolfsurg pada 30 Januari 2015.

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada 3 Oktober 2014, Bernat dipanggil oleh pengurus Vicente del Bosque untuk senarai 23 pemain ke kelayakan Euro menentang Slovakia dan Luxembourg. Beliau membuat debut pada 12 Oktober menentang Luxembourg dengan menggantikan Andrés Iniesta pada 20 minit terakhir dan menjaringkan gol terakhir Sepanyol, 4-0.

StatistikSunting

Sehingga 31 Mac 2015
Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2014 2 1
2015 2 0
Jumlah 4 1

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 12 Oktober 2014 Luxembourg City, Luxembourg   Luxembourg 4–0 4–0 Kelayakan Euro 2016

PenghargaanSunting

KelabSunting

Bayern Munich

AntarabangsaSunting

Spain B-19

Pautan luarSunting