Jue Aziz
Zuliana "Jue" Abdul Aziz (lahir 18 Februari 1983)[2] merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia. Beliau mulai dikenali melalui satu program realiti. Jue menyertai program realiti itu secara tidak disengajakan ketika menemani kakak iparnya. Bagaimanapun beliau telah terpilih untuk menyertai program realiti dan seterusnya berjaya menjadi finalis. Jue memiliki pengalaman berlakon teater sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, berdasarkan dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat ketika itu.
Jue Aziz | |
---|---|
Kelahiran | Zuliana binti Abdul Aziz 18 Februari 1983 |
Pendidikan | Diploma Kesetiausahaan |
Pusat pendidikan | Kolej Stamford |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Bayu Daniels (k. 2014; c. 2019)[1] |
Anak-anak | 1 |
Kehidupan awal sunting
Jue Aziz dilahirkan pada 18 Februari 1983 dan berasal dari Ampang, negeri Selangor dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik.[3] Jue Aziz juga memiliki Diploma Kesetiausahaan, Kolej Stamford.[4]
Kehidupan peribadi sunting
Jue telah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 di Makassar, Indonesia[5] dan mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish.[1][6]
Pada tahun 2019, Jue memberi kenyataan bahawa beliau sudah bercerai dengan bekas suami beliau iaitu Bayu dan mereka masih mengekalkan hubungan baik antara mereka berdua.[7][8]
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Anak Mami The Movie | Filem pertama, pelakon undangan | |
2003 | Jutawan Fakir | Setiausaha bank | |
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Gadis 1 | |
2011 | Hantu Bonceng | Halimaton | |
2012 | Jidin Sengal | Amy | |
Cinta Beruang | Liza | ||
2014 | Hantu Nan Sempit | Suraya | |
2015 | Suami Aku Ustaz | Cikgu Liana | |
Kapsul | Fatimah Yaakob | ||
2016 | Mat Moto Otai | ||
2018 | Hantu Kak Limah | Isteri Wani | Pelakon undangan |
2023 | Escape | Reen |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Dua Hati | Kyra | TV3 | Drama pertama |
2007 | Manjalara | Ari | ||
2008 | Impak Maksima the Series | Mimi | ||
2009 | Kala Hati | Nurjannah | ||
2010 | Janji Kekasih | Karina | ||
2011 | Nilapura | Puteri Ratna Emas | ||
Lagenda Budak Setan The Series | Emilia / Ayu | Astro Prima | ||
2015 | Embok Belum Terbakar | Manisah | TV2 | |
2016 | Kasih Dari Langit | TV AlHijrah | ||
2018 | Ketika Masa Terhenti | Hawa | TV1 |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Orang Minyak Naik Minyak | Astro Prima | |
2011 | Susuk Amanda | Amanda | |
2012 | Embun Terbakar | Embun | |
2013 | Bayangan Rindu | Puteri | Astro Box Office |
2017 | Rombongan Marhaban Sesat Jalan | TV9 | |
Air Zamzam Untuk Mak | TV3 | ||
16 Puasa | Isteri Wani | Astro First Eksklusif | |
Semerah Darah | Astro Citra | ||
Dosa Terlindung | Hana | TV3 | |
2019 | 17 Puasa | Isteri Wani | Astro First Eksklusif |
2021 | Zombie Jarum Vaksin | Nisa | Astro Citra |
2022 | Ke Hujung Nyawa | Jannah | TV AlHijrah |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Gedik Samba [9] | Pengacara | TV3 |
Teater sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Tasik Naga Chini [10] | Putri Mayang Sari | |
2009 | Impak Maksima The Musical | Mimi |
Anugerah dan pencapaian sunting
- Pemenang tempat ketiga Malaysia Most Beautiful 2006 [11]
Rujukan sunting
- ^ a b Zaidi Mohamad (4 Februari 2015). "Belum sempurna lagi perkahwinan ini tanpa zuriat - Jue Aziz". Hiburan. Berita Harian. Dicapai pada 14 November 2015.
- ^ Amar Mustaza, N. (23 Disember 2011). "Jue Aziz berang dituduh tidak berdisiplin". Sinar Harian. Dicapai pada 14 November 2015.
- ^ "Jue Aziz: Memasak Hilangkan Stres - Majalah Rapi, Dicapai 30 Julai 2017". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-29. Dicapai pada 2017-07-29.
- ^ Jue Aziz - Berita Harian 13 Oktober 2016
- ^ 21 May 2014. Saya Bertuah Jadi Isteri Bayu – Jue Aziz Akui Nikah Di Indonesia. OhBulan.
- ^ Tiga Kali Keguguran, Jue Aziz Tak Putus Asa Dapatkan Cahaya Mata, Astro Gempak, 14 Disember 2016.
- ^ Jue Aziz akui sudah bercerai. sinar harian. Dicapai pada Januari 28, 2019.
- ^ Kami dah cerai - Jue Aziz. harian metro. Dicapai pada 2 Februari 2019.
- ^ Tidak benci lelaki. Diarkibkan 2018-12-16 di Wayback Machine Kosmo Online.
- ^ Ani Awang. Bangsawan Naga Chini persembahkan lakonan mantap. Diarkibkan 2018-12-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia.
- ^ Berita Harian 13 Oktober 2016
Pautan luar sunting
- Jue Aziz di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Jue Aziz di Instagram