Dato' Haji Juhari Bulat adalah Speaker[1] yang dilantik pada 2020 dan merupakan mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah[2] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Ayer Hangat setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[3] lalu.

Dato' Haji

Juhari Bulat

DSSS, AMK, BKM (Kedah)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
25 Ogos 2020 – 27 Jun 2023
TimbalanAhmad Fadzli Hashim
Didahului olehAhmad Kasim
Digantikan olehZubir Ahmad
Kawasan pilihan rayaAyer Hangat
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Ayer Hangat
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului olehMohd Rawi Abd Hamid
Digantikan olehShamsilah Siru
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
4 Julai 2018 – 24 Ogos 2020
Didahului olehAzmi Che Husain
Digantikan olehAhmad Fadzli Hashim
Butiran peribadi
Lahir (1957-11-07) 7 November 1957 (umur 66)
Padang Matsirat, Langkawi, Kedah
Parti politik BERSATU
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2016-2020)
(2020-)

Politik sunting

UMNO sunting

Beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Langkawi selama 13 tahun sebelum dilantik AJK UMNO Bahagian pada 2004 hingga 2008[4].

BERSATU sunting

Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Ayer Hangat, Kedah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang penyandang, Dato' Mohd. Rawi Abd. Hamid (BN) dan Azlina Azinan (PAS) pada PRU 14 lalu.[5]

Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah. Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah[6] di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia.

Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi sebelum digantikan oleh Dato' Mohd Suhaimi Abdullah yang telah tamat tempoh menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2021)

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Juhari dilantik Speaker DUN Kedah
  2. ^ Profil Timbalan Speaker DUN Kedah
  3. ^ Calon DUN Ayer Hangat, Kedah
  4. ^ "Juhari Bulat". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Julai 2021.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
  6. ^ Juhari Bulat dilantik Speaker DUN Kedah baharu