Buka menu utama

Jujutsu Brazil (Bahasa Portugis: jiu-jitsu brasileiro, Bahasa Inggeris: Brazilian jiu-jitsu) adalah sistem seni bela diri dan sukan tempur yang memberi tumpuan kepada pergerakan mencengkam dengan penekanan khusus terhadap gerakan tempuran tanah. Sukan jenis ini dibangunkan dari asas judo jenis Kodokan (newaza) yang diajar oleh beberapa pelopor berpengaruh sehingga akhirnya menjadi suatu sukan pertarungan sendiri melalui inovasi, amalan dan adaptasi daripada unsur-unsur dalam pergerakan judo.