Julia Juli adalah merupakan sebuah drama bertemakan kisah dongeng yang disiarkan di Slot Lagenda. Dibintangi oleh Dynas Mokhtar, Misha Omar, Nik Sayyidah, Aqasha, Zed Zaidi, Rahim Jailani, Abby Abadi dan ramai lagi. Drama ini disiarkan dua kali sehari di saluran televisyen yang berbeza iaitu TV3 pada jam 4 petang, manakala siaran ulangannya pada jam 8:30 malam di TV9. Drama ini mula ditayangkan sebanyak 20 episod bermula pada 3 Mac 2009.

Julia Juli
Genre
Ditulis olehRosemadewi Zain
PengarahAdam Hamid
M. Nazir Juhan
Dibintangi oleh
Dynas Mokhtar
Misha Omar
Nik Sayyidah
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Shawal Ruslan
Rahim Jailani
Abby Abadi
Lagu pembukaan"Cinta Adam Dan Hawa" nyanyian Misha Omar
Lagu penutup"Cinta Adam Dan Hawa" nyanyian Misha Omar
PenggubahAzmeer
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitNorazah Sahud
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Tenview (M) Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
TV9
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Mac 2009 – 6 April 2009
Kronologi
MengikutiAnak Betong
Diikuti olehMerah Putih

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan kehidupan Juli sebagai seorang kakak sulung yang terlalu taksub kepada dunia fesyen dan kecantikan. Beliau dipaksa untuk berkahwin dengan Putera Adika yang tidak disukainya lalu diapun mengambil keputusan untuk melarikan diri ke bumi. Setibanya dia di bumi, Juli bertemu dengan Arif, seorang perunding fesyen kaya yang telah terpikat dengan kecantikannya. Raja Iskandar yang murka dengan perlakuan puteri sulungnya itu lalu mengutus kedua-dua adik Juli, iaitu Julu dan Jula untuk mencari kakak mereka dan membawanya pulang ke kayangan semula. Namun, sesampainya mereka dibumi, Julu dan Jula terpisah dan kemudian mereka tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Maka bermula dugaan mereka dalam menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di bumi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Imuda sebagai Memanda Negeri
  • Aqasha sebagai Putera Adika
  • Kamalia Mat Dom sebagai Bonda Putera Adika
  • Aznah Hamid sebagai Hanim
  • Khairil Anwar Aman sebagai Haron
  • Faridwari sebagai Indera
  • Nasha Hassan sebagai Diana
  • Irene Tan sebagai Connie
  • Yana sebagai Nora
  • Zarynn Min sebagai Hani
  • Ilyas Ismail sebagai Dino

Pelakon undangan sunting

Lagu-lagu sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Cinta Adam Dan Hawa"LoloqAzmeer
2."Bunga Bunga Cinta"Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan
3."Semoga Abadi"Jossie HitijahubessyAte M, Imaniar
4."Untukmu Selamanya"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan
5."Nafas Cahaya"LoloqM. Nasir


Rujukan sunting