Julian Brandt (2 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi sayap untuk kelab Jerman, Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman.

Julian Brandt
Julian-Brandt.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-05-02) 2 Mei 1996 (umur 24)
Tempat lahir Bremen, Jerman
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 19
Kerjaya remaja
2001–2009 SC Borgfeld
2009–2011 FC Oberneuland
2011–2013 VfL Wolfsburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014 Bayer Leverkusen II 1 (1)
2014–2019 Bayer Leverkusen 164 (33)
2019– Borussia Dortmund 1 (1)
Pasukan kebangsaan
2011 Jerman B15 2 (2)
2011–2012 Jerman B16 3 (1)
2012–2013 Jerman B17 19 (5)
2013–2014 Jerman B19 14 (2)
2015 Jerman B20 6 (2)
2015– Jerman B21 8 (1)
2016 Olimpik Jerman 6 (0)
2016– Jerman 26 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 September 2019

Brandt telah melakukan 55 penampilan untuk pasukan remaja Jerman dari pasukan bawah-15 hingga pasukan bawah-21. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman yang memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 pada tahun 2014.

Kerjaya kelabSunting

Pada zaman remajanya, Brandt beraksi untuk pasukan setempat, SC Borgfeld dan seterusnya di FC Oberneuland sebelum beliau sertai akademi VfL Wolfsburg.

Pada tahun 2014, Brandt berpindah ke Bayer 04 Leverkusen pada jendela perpindahan Januari dengan bayaran perpindahan 350 ribu euro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2014 dalam perlawanan Bundesliga menentang Schalke 04. Beliau menggantikan Son Heung-Min pada minit ke-82 sebelum perlawanan berkesudahan Leverkusen tewas 1-2. Tiga hari kemudian, beliau melakukan debut di perlawanan Eropah menentang Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara. Pada 4 April 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen namun pasukannya tewas 1-2 menentang Hamburger SV.[1]

Pada 15 Ogos 2015, Brandt menjaringkan gol kemenangan Leverkusen selepas dimasukkan ke padang ketika menentang TSG 1899 Hoffenheim pada perlawanan pembukaan musim 2015-16.

Antara 20 Mac dan 30 April 2016, beliau menjaringkan gol dalam enam perlawanan Bundesliga berturut-turut sekali gus meletakkan belia pemain termuda pertama berbuat demikian sejak Gerd Müller.

Pada 30 September 2016, Julian dicalonkan dalam Anugerah Golden Boy bersama 39 pemain-pemain bawah 21 tahun yang berbakat dan memiliki potensi besar.

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada 17 Mei 2016, Brandt dinamakan ke dalam senarai 27 pemain Jerman ke skuad UEFA Euro 2016.

Beliau sebahagian daripada skuad Sukan Olimpik 2016 yang meraih pingat perak.

PencapaianSunting

AntarabangsaSunting

Jerman B19

CatatanSunting

  1. ^ "Hamburger SV vs. Bayer Leverkusen 2 – 1". Soccerway. 4 April 2014. Dicapai pada 4 April 2014.

Pautan luarSunting